KENYATAAN MEDIA PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA
Kenyataan Media
PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA
28 OKT 2023
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia merujuk kepada kenyataan gesaan untuk mengkaji semula Minggu Solidariti Palestin yang di anjurkan oleh KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM).
Perkasa menyambut baik saranan dengan program Minggu Solidariti Palestin yang di ilhamkan oleh Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia. Dan program ini dapat mendidik pelajar pelajar di peringkat persekolahan tentang nilai nilai kemanusian yang di anjurkan oleh pihak sekolah dengan mencari dan membuat aktiviti aktiviti yang melambangkan kedamaian seperti melukis, melakukan Solat hajat bagi yang beragama islam untuk umat islam di palestin sebagai contoh.
Dalam masa yang sama Perkasa juga merasa terkilan dan kecewa serta mengecam kerana ada segelintir pihak yang cuba untuk mengotorkan Minggu Solidariti dengan adegan dan aksi seperti memegang senjata mainan di dalam Minggu Solidariti ini.
Sepatutnya insiden ini tidak harus berlaku di sekolah apatah lagi kita sedang mendidik generasi muda untuk kita terapkan nilai nilai murni serta berperikemanusiaan untuk dorongan mereka di masa akan datang.
Perkasa menggesa agar kerajaan melalui KPM mengambil tindakan undang undang yang sewajarnya kepada mana pihak yang cuba menyalahguna atau pon tafsiran tentang Minggu Solidarity Pelastin ini.
Perkasa juga menyeru kepada seluruh rakya malaysia tanpa mengira fahaman politik agar terus bersolidariti bersama rakyat palestin tanpa perlu kita menunjukkan aksi aksi negatif kepada generasi yang akan datang.
IRWAN FAHMI IDERIS
Comments
Post a Comment