Mingkin Pesta Chap Go Meh Lebih Penting daripaya Nyawa Rakyat




 Kenyataan Media Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia(PERKASA) 

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia(PERKASA) merujuk kepada portal berita kesihatan Codeblue yang menerbitkan surat daripada seorang pesara yang dikatakan tidak boleh menerima rawatan di Institut Jantung Negara(IJN) baru baru ini. 

Perkasa terkejut dengan cadangan yang di buat oleh pihak KKM yang akan discaj ke semua pesakit Penjawat Awam dan pesara di IJN sebagai langkah penjimatan kos yang di lihat sebagai menggadaikan nyawa rakyat yang sedang mendapatkan rawatan di IJN.  Sedangkan penjawat awam ini juga berjasa kepada Negara, membangunkan Negara.

Perkasa juga ingin bertanya adakah pihak KKM bercadang untuk mengeluarkan ke semua pesakit pesakit Penjawat Awam dan pesara di IJN seperti mana dakwaan yang di buat oleh KKM?  

Perkasa juga ingin bertanya apakah ada jaminan pemantauan yang akan di buat oleh pihak KKM bila pesakit pesakit yang telah di discaj dari IJN nanti? Apakah nyawa mereka ini tidak penting?

Sepatutnya pihak IJN tidak perlu membuat keputusan terburu buru untuk mengeluarkan ke semua pesakit Penjawat Awam dan pesara yang sedang menerima rawatan di IJN ketika ini kerana kos rawatan dan perubatan pada waktu ini amat tinggi. 

Dan semua Penjawat Awam dan pesara berhak mendapatkan rawatan di IJN sebagai pakej persaraan mereka setelah mereka berbakti kepada Negara. 

Kerajaan harus memikirkan kaedah penjimatan kepada semua sektor yang ada dan jangan perjudikan nyawa rakyat dengan mencipta alasan untuk penjimatan kos sedangkan sektor Awam yang lain bermewah mewah dalam perbelanjan yang tidak sepatutnya. 

Kerajaan harus lah berfikir apakah masalah yang sedang di hadapi oleh rakyat apatah lagi dengan kos Sara hidup yang sedang melambung naik ketika ini dan rakyat tidak mendapat pembelaaan yang sewajarnya Dari kerajaan, malah rakyat di hidangkan dengan drama politik yang tiada kesudahannya. 

Kerajaan juga harus mencari jalan penyelesaian dan bukannya mencari jalan singkat untuk melihat kesengsaraan rakyat pada waktu ini.  Apakah kerajaan mengadaikan nyawa rakyat untuk berjimat? Jika benar maka kerajaan ini adalah kerajaan yang zalim dan tidak seharunya menjadi kerajaan. 

Sambutan Chap Go Mei tempoh hari mungkin lebih penting daripada nyawa rakyat.

Irwan Fahmi Ideris

Ketua Penerangan

Pertubuhan Pribumi Perkasa (MALAYSIA)

Comments

Popular posts from this blog

Doa Nasiri

KENYATAAN MEDIA PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA

kesan apabila kerajaan menarik balik kes rayuan isu kalimah ALLAH