Hari ini Sejarah Hitam untuk Undang Udang Syariah
Asalamualaikum
Seharusnya Raja-raja Melayu berbincang berkenaan undang undang Syariah disetiap negeri hendaklah sama. Kini undang undang Syariah disetiap negeri berbeza.
Seharusnya Raja-raja Melayu bersepakat undang-undang dan juga hukuman hendaklah sama disetiap negeri. Seharusnya perkara ini dibincangkan dalam Mesyuarat Raja-raja Melayu, bukan sekadar bermesyuarat memilih Perdana Menteri. Kepentingan umat Islam seharusnya menjadi agenda penting.
Keputusan Mahkamah hari ini adalah suatu tamparan hebat kepada Raja-raja Melayu selaku ketua Agama di Negeri masing-masing.
#BlackFriday
Irwan Fahmi Ideris
Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia
3:21pm, 9 Feb 2024
Comments
Post a Comment