PENGUMUMAN DAN PERLAKSANAAN ADALAH DUA PERKARA YANG BERBEZA

Asalamuaalaikum
Pembangkang yang hari ini sudah menjadi kerajaan, semasa menjadi pembangkang disajikan kepada rakyat begitu banyak fomular fomular yang dapat menyesaikan masalah rakyat.

Kini pembangkang tersebut sudah menjadi kerajaan, fomular mereka adalah menaikkan cukai, menarik subsidi, kos harga barang meningkat, barangan asas hilang daripada pasaran, menutup mulut rakyat yang mengkritik kerajaan, pelabur yang ada lari dan pelbagai lagi.

Kini setelah hampir 2 tahun setengah memerintah bukan meringankan beban rakyat tetapi menambah beban kepada rakyat.

Kerajaan ini selalu membuat pengumuman dan tetapi tiada perlaksanaan. Selesaikan masalah rakyat yang kian hari dihimpit dengan kos sara hidup yang meningkat.

Irwan Fahmi Ideris
Ketua Penerangan Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (PERKASA)
10:26am, 23 Mei 2024



Comments

Popular posts from this blog

Doa Nasiri

Jika tak mampu turunlah dengan cara bermaruah

KENYATAAN MEDIA PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA