BLACK FRIDAY 24 MEI 2024

Kenyataan Media
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) 
24 MEI 2024 

Black Friday

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) merujuk kepada Teks Khutbah Jumaat Jabatan Agama Islam Perak(JAIPk) yang menyeru Umat Islam untuk menghentikan kempen memboikot produk kepada syarikat Pro-Israel yang di baca oleh Imam Imam seluruh masjid di Negeri Perak. 

Perkasa akan terus menyokong pembebasan Negara Palestin dengan bersolidariti bersama rakyat palestin dengan jihad memboikot segala produk dari syarikat yang menyalurkan sumbangan kewangan kepada Rejim Zionis Israel yang sedang bermaharaja lela membunuh Insan yang tidak berdosa di Palestin. 

Perkasa berasa hairan apabila Jabatan Agama Islam Perak mengeluarkan Teks Khutbah yang menyeru Umat Islam di Malaysia untuk berhenti melancarkan kempen memboikot ini? Di manakah tahap kesedaran yang ada pada Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) apabila isu sensitiviti Umat Islam cuba di hapuskan? Apakah jihad kita kepada rakyat Palestin selain dari berdoa tentang keselamatan Negara Palestin? Adakah memboikot produk kepada syarikat yang menyalurkan sumbangan kewangan kepada syarikat Pro-Israel Israel juga tidak di anggap sebagai jihad orang Islam di Malaysia? 

Adakah dengan alasan mereka membayar cukai kepada kerajaan dan juga zakat ianya menjadi sesuatu yang halal apabila Umat Islam di palestin sedang meratapi kesedihan bila melihat ada ahli keluarga mereka di bunuh di depan mata? Bagaimana pula dengan syarikat KK MART yang menghina kalimah ALLAH di stokin, adakah dia juga Salah seorang pembayar zakat? KK MART ini juga telah didakwa di Makamah dan kes sedang berjalan Seksyen 298 Kanun Keseksaan (KK) yang membawa hukuman penjara hingga setahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan dan sebutan semula pada 29 April 2024.

Islam adalah agama perdamaian dan agama toleransi. Ia bukan kata-kata kosong tetapi dijelaskan oleh Allah SWT dalam Al-Quran dan dibuktikan secara praktikal oleh Rasulullah SAW melalui sejarah kehidupan serta perjuangan Baginda.

Dan di dalam Al Quran juga ada menyatakan bahawa ada golongan kafir yang boleh di buat kawan dan musuh. Dan dengan penindasan Israel terhadap rakyat palestin telah membuka mata seluruh Umat Islam untuk turut menyatakan Solidariti bagi menentang kafir harbi ini. 

Ini antara perjuangan / jihad umat Islam Malaysia yang secara jelas menjejaskan ekonomi negara haram Israel sehingga Perdana Menteri Israel ada menyebut Malaysia dalam ucapan-ucapannya. Ini adalah hasil rakyat Malaysia yang meberi sokongan / solidiriti sesama rakyat Palastin.   

Untuk menyatakan solidiriti kepada rakyat Palastin tidak perlu menjadi Islam cukup sekadar menjadi manusia yang bersimpati terhadap rakyat Palastin dan kanak kanak yang dibunuh oleh Israel.

Perkasa berharap pihak istana dapat memainkan peranan untuk menasihatkan pihak Jabatan Agama Islam Perak agar lebih berhati hati untuk membuat sebarang bentuk Teks Khutbah Jumaat.

Irwan Fahmi Ideris
Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA)




Comments

Popular posts from this blog

Doa Nasiri

Jika tak mampu turunlah dengan cara bermaruah

KENYATAAN MEDIA PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA