Posts

Kenyataan Media Wira Perkasa Malaysia. 24 JamadilAwal 1435 / 26 Mac 2014

Image
Sengaja mengeruhkan keadaan pada kekeruhan keadaan yang sedia. Ada pihak yang sengaja mengambil kesempatan untuk mengeruhkan lagi keadaan dalam isu MH370. Sepatutnya mereka bukan mempertikaikan apa yang sudah diusahakan atau masih diusahakan dan dalam yang sama merancang usaha bagi menamatkan isu MH370. Mereka sepatutnya bersama sama membantu kerajaan Malaysia dalam usaha menyelesaikan kemelut yang dihadapi oleh negara. Lihat sahaja beberapa pemimpin pembangkang yang tidak sensitif dalam isu MH370 malah meperkotak katik segala usaha yang dijalankan. Dimana nilai nilai kemanusian mereka sebagai seorang manusia? Mempolitikan isu yang tidak sepatutnya dipolitikan menampakkan kerendahan moral sebagai seorang yang diangkat sebagai pemimpin. Adakah manusia seperti mereka layak diangkat sebagai pemimpin? Dalam majoriti rakyat beberapa negara yang terlibat dalam insiden kehilangan MH370 berdoa agar diselamatkan dari sebarang kecelakaan tetapi mereka sibuk memperlekehkan insiden tersebut d...

Siti Kassim tidak mencerminkan umat Islam

Image
Kenyataan Media Wira Perkasa Malaysia 4 Jamadil Awal 1435 / 6hb Mac 2014 Jangan memperbodohkan bangsa sendiri jika diri sendiri terlalu bodoh. Tindakan salah seorang peguam yang kononnya membawa imej keamanan semasa perhimpunan umat Islam mempertahankan Kalimah Allah di Istana Kehakiman semalam dan dalam masa yang sama menggelarkan orang Melayu yang menyertai perhimpunan tersebut sebagai 'bodoh'. Seharusnya beliau sepatutnya memikirkann sensitiviti orang orang Melayu yang beragama Islam yang menyertai perhimpunan itu. Mereka yang hadir dengan hati yang ikhlas untuk memberi sokongan. Apakah tindakan tersebut sesuatu yang diklasifikasikan sebagai bodoh? Jika diri sendiri terlalu bodoh untuk mengklasifikasikan orang lain sebagai bodoh, kami menasihati beliau jangan memperbodohkan diri beliau sendiri dengan kenyataan tersebut. Lihat sahaja dengan penampilan beliau semasa perhimpunan tersebut? Nilai sendiri..dan buat kesimpulan siapa yang lebih bodoh disini? Siapa lagi yang waj...

Mari kita pertahankan kalimah ALLAH

Asalamuaalaikum. Mari kita doakan moga ALLAH SWT beri kesihatan yang baik dan kelapangan waktu kepada kita semua untuk bersama sama hadir ke perhimpunan mempertahankan kesucian Nama ALLAH, Di Istana Kehakiman, Putrajaya. Pada 5 Mac bersamaan dengan hari Rabu Pada jam 8.30 pagi di hari pendengaran kes rayuan oleh pihak Gereja Khatolik di Mahkamah Persekutuan.   Majlis dimulakan dengan solat hajat, bacaan yaasin dan tahlil di dataran istana kehakiman untuk memohon istighasah kepada ALLAH supaya memperteguhkan pendirian para panel hakim mahkamah persekutuan untuk mempertahankan keputusan mahkamah rayuan pada 14 Oktober 2013 yg memutuskan Kalimah ALLAH eksklusif untuk umat Islam ALLAHUAKBAR!!! ALLAHUAKBAR!!! ALLAHUAKBAR!!! Irwan Fahmi Ideris Ketua Wira Perkasa Malaysia

Apakah yang isi kandung Perjanjian Sidang Plano?

Dimanakah perjanjian Sidang Pleno atau dikenali sebagai "Blue Book"  apakah yang ditandatangani? Apakah isi kandung perjanjian tersebut?  Mengapa beberapa profesor sendiri tidak pernah membaca dan melihat perjanjian ini? Perjanjian Persekutuan telah digubal oleh Sidang Pleno Inggeris-Melayu sejak antara Jun-Disember 1946. Di akhir mesyuaratnya Sidang Pleno telah menghasilkan apa yang dikenali sebagai Blue Book setebal 100 muka surat . Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah ditandatangani pada 21 Januari 1948 di King House dan diumumkan oleh kerajaan British . Perjanjian ini ditandatangani oleh Raja-Raja Melayu, dan Sir Edward Gent, sebagai wakil Kerajaan British . Perjanjian ini adalah sebagai persediaan ke arah penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948. Perjanjian ini penting kerana ia memansuhkan Malayan Union dan menyatukan negeri-negeri Melayu dalam sebuah Persekutuan untuk pertama kali. Kedudukan Raja-Raja Melayu juga telah dikembalikan. Antara 1946 -...

7 Wasiat Raja Raja Melayu, Siapa Khianat Siapa?

1. Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU. (Sudah Tiada) 2. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain. (Sudah ketinggalan) 3. Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara. (Masih kekal sehingga kini) 4. Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini. (Sudah ramai berani mempertikaikan) 5. Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan. (Sudah yg mula Agama lain mempertikaikan konon konon Perlembagaan Negara fasal 11 tetapi mereka terlupa tertakluk kepada (4) ) 6. Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAH...

Siapa Nur Jazlan mahu menasihati PERKASA?

KENYATAAN MEDIA WIRA PERKASA MALAYSIA 23 Rabiulakhir 1435 / 23 Feb 2014 Jika berpolitik atas dasar kepentingan individu dan bukan untuk bangsa dan agama,lebih baik Nur Jazlan tutup mulut. Adakah beliau faham akan matlamat penubuhan Perkasa itu sendiri.Perkasa tidak perlu sesiapapun untuk dijinakkan. Perkasa adalah sebuah pertubuhan yang mempunyai matlamat yang jelas dalam mempertahankan dan memperkasakan agama Islam, mempertahankan hak hak keistimewaan bangsa melayu dan pribumi, memperkasakan kedaulatan raja raja melayu.Perkasa bukan binatang untuk dijinakkan. Beliau harus faham akan matlamat Perkasa ditubuhkan. Perkasa tidak pernah memanggil atau memaksa ahli ahli Umno untuk menyertai Perkasa tetapi ada pelbagai alasan kenapa ahli Umno tersebut menyertai Perkasa. Umno sudah tidak mampu lagi membela nasib orang Melayu seratus peratus, orang Melayu sudah terlalu kecewa dengan Umno itu sendiri, terutama dengan sikap pemimpin seperti Nur Jazlan ini. Fikirkanlah isu yang lebi...

Inilah akibat drp Kepimpinan Negara yang lemah II

Image
Islam serang daripada pelbagai sudut,  Ini berita yang terbaru daripada Pulau Pinang,  tertera di beberapa kawasan di bahagian Pulau,  terdapat bena bena yang menyatakan JESUS ANAK ALLAH.  Ini sudah pasti mencabar orang orang islam. Apakah motif sebenar disebalik bena bena tersebut. Sedangkan undang undang Negara ini ada dalam perlembagaan Negara Fasal 11 (4) tidak boleh agama lain mengajar kepercayaan mereka terhadap orang orang yang beragama Islam. Apakah agama kristian tidak mengajar umatnya menghormati agama lain?  Betapa biadapnya agama ini. Kami umat islam diajar menghormati agama orang lain. Sedangkan dalam mahkamah rayuan telah menyatakan bahawa Allah adalah khusus kepada umat Islam. DYMM Seri Paduka Yang Dipertuan Agong juga telah menyatakan pendirian bahawa Allah adalah khusus untuk umat islam dan baginda bertitiah atas Ketua Agama dan Ketua Negara. Kita dapat melihat kepimpinan Negara amat lemah sehinggakan tidak dapat mempertahankan kalimah in...