Posts

Kekalkan Akta Hasutan 1948

Wira Perkasa M'sia mahu kerajaan mengekalkan Akta Hasutan 1948. Apakah sebab untuk kerajaan mahu menghapuskan undang undang yang menjamin keselamatan negara. Kesilapan kerajaan menghapuskan ISA adalah contoh yang sepatutnya dicontohi. Selepas undang undang ISA sudah tiada lagi boleh dikatakan sudah ramai yang mula berani mengeluarkan kenyataan2 dan perbuatan2 yang yang menggangu gugat Negara contohnya apabila sudah ramai berani membelakangi undang undang dan juga sudah ada gerakan yang mahukan Sabah dan Sarawak keluar daripada Malaysia. Pernah seorang pemimpin daripada Sabah di ISA kan kerana cubaan mengeluarkan Sabah daripada Malaysia. Ini pula giliran Akta Hasutan 1948 yang akan dihapuskan. Wira Perkasa tidak memahami apakah tujuan sebenar dan matlamat sebenar yang melihatkan kerajaan mahu menghapuskan akta Hasutan 1948 yang masih lagi relaven.   Wira Perkasa Malaysia menentang tindakan kerajaan yang mahu menghapuskan Akta Hasutan 1948. Kerajaan harus sedar, kerajaan yang ad...

Apakah ini cubaan Menghapuskan kuasa Raja Rama Melayu?

Kenyataan Media Wira Perkasa Malaysia 30 Zulkaedah 1435 / 25hb September 2014 Kepimpinan Wira Perkasa Malaysia menyelar kenyataan Gooi Hsiao Leung MP Alor Star mengesa MB Selangor Azmin Ali "Reformasi Perlembagaan"  Gooi mencadangkan agar undang undang tubuh negeri Selangor mentakrifkan peranan Raja Berperlembagaan untuk mengelakkan kekeliruan ini satu hasutan dan juga mempertikaikan kuasa Raja Raja Melayu. Ini menunjukkan bahawa Gooi cuba mengurangkan kuasa Sultan, sedangkan kepincangan yang berlaku di Selangor itu semuanya berpunca daripada mereka sendiri. Kepimpinan Wira Perkasa Malaysia merasakan bahawasanya ini juga cubaan menghapuskan kuasa Melayu. Apakah mereka ini sudah lupa sosial kontrak yang mana telah dipersetujui oleh tok nenek mereka. Hormati apa yang telah dipersetujui dahulu. Bukan mengeluarkan kenyataan biadap seperti ini. Ini juga satu penghinaan terhadap orang orang Melayu. Kuasa Sultan mempunyai kuasa penuh untuk melantik sesiapa daripada parti yang m...

KEKALKAN AKTA HASUTAN 1948.

Image
Asalamuaalikum Akta Hasutan 1948 adalah satu akta yang masih lagi relaven kerana ianya antara undang-undang yang mempertahankan kuasa Raja-Raja Melayu dan kepentingan hak-hak orang-orang Melayu khusunya. Akta ini adalah undang-undang yang melindungi atau mencegah orang-orang  yang tidak bertanggungjawab menghasut rakyat dan ianya penting kerana menjamin keamanan yang kita kecapi selama ini. Walaupun akta ini dikatakan lapok tetapi ianya masih berkesan dalam mendidik rakyat supaya tidak mendatangkan huru hara kepada negara. Bangsa-bangsa lain mungkin sudah lupa bahawasanya Tok nenek mereka sudah setuju dengan Sosial Kontrak yang mana mengiktiraf Melayu sebagai tuan kepada negara ini, agama Islam sebagai Agama Persekutuan ( Sebagai Agama Rasmi Negara ini), mengiktiraf Raja-raja Melayu sebagai Ketua Negara, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Mereka bersetuju dengan Sosial Kontrak ini baru mereka ini boleh menjadi warganegara. Akan tetapi jika mereka tidak setuju dengan sosial...

Gerkan, tak Gerak tak Makan

Kenyataan Media Wira Perkasa Malaysia 12 Zulkaedah 1435 / 7hb September 2014 Kepimpinan Wira Perkasa Malaysia menggesa pemuda Gerakan lebih baik diam daripada banyak bercakap sedangkan parti kamu telah gagal menyakinkan bangsa kamu sendiri, buktinya daripada PRU 12 dan 13 Parti kamu ditolak oleh orang orang Pulau Pinang sehingga jatuhnya ke tangan DAP dan sehingga kini,  sedangkan setiap ahli Perkasa adalah pengundi,  jangan kamu Pemuda Gerakan yang gagal yang mahu menasihati kami,  sedangkan bangsa Melayu yang banyak mengundi parti parti komponen Barisan Nasional, Lebih baik kamu buat kerja kembalikan kepercayaan bangsa kamu sendiri dulu. Gerakan jangan nak jadi duri dalam daging. Nada parti kamu tak ubah seperti DAP senada. Kepimpinan Wira merasakan Gerakan antara beban kepada Ketuanan Melayu. Hormati kontrak sosial yang mana telah dipersetujui oleh tok nenek kamu dahulu. Hormat perlembagaan Negara yang ada. Buat kerja bukan banyak cakap... Irwan Fahmi Ideris Ketu...

Sudah sudahlah.

Asalamuaalaikum. Hari ini sudah genap setahun apabila saya bersama kepimpinan Wira Perkasa Malaysia pernah mendesak Dato Seri Hj Najib meletakkan jawatan kerana gagal mentakbir urus Negara. Malahan ramai yang menyatakan pelbagai pendapat membangkang dan juga menyokong. Sebelum ini ada yang menyatakan dengan pelbagai tohmahan dan tuduhan ada juga yang menyatakan saya dibiayai oleh Dato Seri Anwar dan sebagainya. Desakan tempoh hari adalah diatas tidak dipengaruhi oleh sesiapa dan saya bersama kepimpinan saya telah membuat keputusan bahawa Dato Seri Najib gagal. Untuk makluman sebelum itu saya bersama beberapa kepimpinan Perkasa Pusat seramai 10 orang sudah pun berjumpa dengan Dato Seri Najib secara tertutup di pejabatnya dan memberi pandangan dan serta keadaan selepas PRU13 dan juga bukti bahawa segalanya gagal termasuk 1 Malaysia. Dato Seri Najib gagal menyakinkan kaum cina untuk mengundi Barisan Nasional malahan kaum ini mencatat sejarah, peratusan yang paling tinggi keluar men...

Berhenti daripada Menabur Fitnah

Image
Kenyataan Media Wira Perkasa Malaysia. 29 Syawal 1435 / 22hb Ogos 2014 PKR memang sebuah parti yang SEBAR fitnah utk menang p.raya. Kemudian dgn mudah dan muka tak malu, minta maaf bila kena saman. Bulan lepas Syamsul PKR Bt.Katil minta maaf dgn Datuk Jamil Khir. Hari ini anak Anwar Nurul Izah minta maaf dgn Datuk Raja Nong Chik. Politik murahan,tak berakhlak dan tak ada klas. Rakyat pula mudah percaya dan media sosial membantu pula menyebar fitnah2 yg jijik ini. Lihat saja nasib Khalid Ibrahim MB Sgor. Di cetus sensasi TSKI, konon kononnya integriti di ragui. Matalamatnya nak singkir TSKI. Sebenarnya pemimpin utama PKR yg tiada integriti. Ada yg sudah dihukum  di Mahkamah. Banyak lagi contoh2 sebelum ini bagaimana kitaran fitnah yg di lakukan oleh pemimpin2 PKR.. Nampaknya kena tambah lagi mata pelajaran, awasi fitnah pkr utk jenarasi muda atau Y. Slogan PKR Selagi Pak Syeikh AI tak jadi PM, kilang fitnah PKR akan di perhebatkan. Kepimpinan Wira Perkasa Malaysia merasakan sud...

TITAH UCAPAN DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SELANGOR DI MAJLIS PERASMIAN MASJID PEKAN SEPANG PADA HARI SELASA, 15 JULAI 2014 BERSAMAAN 17 RAMADHAN 1435 H

Image
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Bismillahir Rahmanir Rahim Segala puji bagi Allah Subhanahu Wata’ala, Tuhan semesta alam, Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi kita Muhamad Sallallahu Alaihi Wasallam. Alhamdulillah, Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan limpah kurniaNya, Beta dapat hadir ke majlis perasmian masjid dan berjumpa serta berbuka puasa dan menunaikan solat tarawikh dengan rakyat Beta di daerah ini. Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana negara Malaysia dan negeri Selangor yang kita kasihi ini adalah dalam keadaan aman dan tidak ada kekacauan dan rusuhan, yang mana umat Islam dapat menjalankan ibadah puasa pada bulan Ramadhan yang mulia ini dengan aman dan tenteram. Allah Subhanahu Wata’ala telah menyuruh umat Islam menjalankan kewajipan berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia ini dan beramal serta menjalankan kerja-kerja yang mulia serta menghindari perkara-perkara yang dilarang...