Posts

Negara bakal dijajah kembali

Apakah negara kita membagun dengan adanya bantuan daripada Negara luar? Tidak ada TPP, negara kita sudah pun diketegerikan antara yang sedang membangun.  Adakah Sejarah akan berulang? Malaysia secara tidak langsung  akan menerima 'US Advisor' setaraf dengan 'British Advisor' atau Residen British pada masa campur tangan Inggeris sehingga Tanah Melayu terjajah secara fisikal. Adakah negara kembali dijajah dengan ode baru? Neo-colonisation atau adakah TPPA sekadar merentasi era globalisasi ? dan akan terhakiskah kedaulatan Raja-raja Melayu dalam suatu masa tertentu ? Semasa ekonomi dunia gawat, negara kita mengambil beberapa tindakan drastik membuat keputusan bijak dengan tidak meminjam pinjaman daripada IMF, tidak memperdagangkan Ringgit.  Dasar pandang ke timur pun mula diperkenalkan ini kerana Jepun sebagai contoh antara negara yang cepat (recovery) apa bila sesuatu berlaku daripada serangan Bom perang dunia ke dua dan pada 2008 Tsnunami. Kita lihat negara ini begitu ce...

Nyatakan ketetapan, adakah tindakan diambil sebab 90% adalah dikalangan orang Melayu?

Yb Datuk S Subramaniam, saya minta Kementerian Kesihatan hentikan serbuan di kedai2 vape seluruh Malaysia. nyatakan dahulu pendirian tetap KKM. Jangan berpolitik tentang isu ini. Hari ni haram vape, esok rampas nikotin, seterusnya kenakan cukai dan rampas semua barang2an vapor. Apa semua ni?  Punca pendapatan 90% anak muda Melayu di dalam industri vape. Jangan ganggu. Datuk kena ingat parlimen 140 Segamat MAJORITI orang Melayu. Orang-orang Melayu yang angkat Datuk sehingga menjadi Menteri. Jangan pulak nak berpaling tadah sekarang ni. Kalau nak rampas tolong rampas semua penjualan rokok yang ada nikotin. Rokok lebih jauh lebih merbahaya daripada Vape, Jangan pilih kasih dalam isu ini. Sekian,  Irwah Fahmi Ideris

Haramkan juga peniaga-peniaga kedai rokok, mereka juga menjual nicotine

Kenyataan Wira Perkasa Malaysia 23 Muharam 1437H | 5 November 2015    Wira Perkasa Malaysia hari ini ingin mempersoalkan tentang kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Kesihatan Datuk S. Subramaniam yang ingin membanteras penjualan cecair nikotin tanpa lesen yang digunakan untuk e-rokok. Merujuk kenyataannya melalui portal Malaysiakini, jika didapati tidak mempunyai lesen untuk menjual, pihaknya akan merampas e-rokok yang mengandungi cecair nikotin. Perkara ini sebenarnya telah dibangkitkan oleh Kementerian Kesihatan sejak tahun 2013. Namun hingga kini masih tidak mempunyai ketetapan  dari segi perlaksanaan penguatkuasaan mengikut Akta Racun 1952. Soalnya mengapa sekarang? Setelah beberapa tahun penjualan nikotin didalam e-rokok, baru sekarang mereka mahu mengambil tindakan. Apa sebenarnya yang mereka mahukan? Selepas penjualan e-rokok meningkat dan memberi hasil yang lumayan kepada peniaga barulah mereka mencari pelbagai kaedah untuk membanteras penjualan e-rokok. Penju...

Daulat Tuanku

Kenyataan Wira Perkasa Malaysia 27 Zulhijjah 1436H | 10 Oktober 2015 Wira Perkasa Malaysia ingin menyatakan sokongan penuh terhadap titah DYMM Raja-Raja Melayu yang terkandung dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Sesungguhnya Raja-Raja Melayu perihatin dengan kemelut isu 1MDB yang masih belum selesai. Apabila sesuatu masalah berlaku dalam negara khususnya melibatkan isu besar dan kepentingan rakyat, Raja berhak menitahkan kepada pentadbiran kerajaan untuk menyelesaikan dengan kadar segera. Siasatan terhadap 1MDB harus diselesaikan dengan kadar segera, kerana ia jelas ini adalah masalah paling besar yang negara sedang alami kini. Siasatan yang telus dan adil harus dilaksankan. DYMM Raja-Raja menitahkan agar jangan ada tangan-tangan luar yang cuba mencampuri siasatan kes 1MDB. Ini sangat penting dalam kita memelihara kedaulatan negara Malaysia. Kami Wira Perkasa Malaysia menyokong ucapan titah yang disampaikan oleh Baginda Sultan Johor Tuanku Sultan Ibra...

Berita daripada Israel

Berita daripada Israel

Apa Itu TPPA?

Image
Trans Pacific Partnership Agreement atau Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik adalah salah satu cara lain untuk kepentingan-kepentingan korporat US mengongkong negara-negara yang sedang membangun dari sudut geo-politik. Dalam hal ini, di kawasan Asia-Pasifik. Sebenarnya, apa saja cadangan dari Amerika Syarikat dalam perjanjian ini akan menguntungkan kepentingan-kepentingan korporat dari Negara itu, dan akan merugikan kita. Mereka mengatakan ia adalah perdagangan bebas; tapi ia adalah perdagangan yang tidak bebas dan tidak adil; cuba dikawal ketat melalui undang-undang antarabangsa. Apa yang dikehendaki dari persefahaman ini adalah supaya mereka dapat peluang monopoli perolehan kerajaan dan pasaran Malaysia selepas ia dibuka kepada syarikat asing tanpa kawalan. Malah, Amerika yang dikuasai oleh gergasi-gergasi korporat ingin meletakkan kepentingan syarikat-syarikat pelabur lebih tinggi daripada kepentingan rakyat dari pelbagai aspek kehidupan, seperti hak untuk kesihatan dan hak u...

Sedangkan Singapura tidak mengamalkan Sek Jenis Kebangsaan,

Image
Kenyataan Wira Perkasa Malaysia 11 Zulkhijah 1436 / 24hb Sept 2015 Wira Perkasa Malaysia menyokong kenyataan Datuk Sirajuddin, Pengerusi Biro Pendidikan terhadap sekolah satu aliran mewujudkan kestabilan sosial dan memperkukuhkan perpaduan. Cadangan ini harus di ambil perhatian terutamanya oleh pihak kerajaan dan semua lapisan bangsa. Wira Perkasa berpandangan jika sekolah satu aliran ini diterapkan ia akan memberi impak yg besar terutamanya pada perpaduan kaum. Tambahan pula sejak kebelakangan ini permasalahan kaum makin merebak dan menyular dengan begitu pantas. Kami melihat tiada permasalahan atau kesan negatif tentang sekolah satu aliran. Jadi agak musykil jika masih ada pihak yg masih tidak bersetuju dengan perkara yg baik seperti ini. Kami mengiktirafkan mereka yg menolak sekolah satu aliran ini adalah rasis dan tidak bersama dalam perpaduan kaum. Puak2 seperti ini harus diperlucutkan kerakyatan mereka sahaja. Hanya sekadar bercakap pasal perpaduan kaum tp tidak menyokong terhada...