Kenyataan Media Wira Perkasa Malaysia 6 Shawal 1434 / 13 Ogos 2013

Kenyataan Media Wira Perkasa Malaysia
6 Shawal 1434 / 13 Ogos 2013

Sekali lagi negara dikejutkan dengan penyebaran video penggunaan surau disebuah resort diselatan tanah air oleh sekumpulan penganut Budha yang telah mencetuskan kontroversi.Walau apa alasan yang diberikan oleh pihak yang bertanggungjawab membenarkan surau digunakan  oleh bukan Islam adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.   Dimana letak kesucian surau tersebut? Jika ianya bebas digunakan oleh pihak bukan Islam.Tindakan pihak   pengurusan tersebut adalah jelas sesuatu yang tidak boleh diterima oleh sekalian umat Islam,dimana perkara ini boleh menimbulkan ketengangan antara kaum.Tolenrasi dalam beragama ada batas batas dan komprominya, jangan hanya memikirkan keuntungan dari segi kewangan,agama dilihat perkara nombor 2. 
Perkara sebegini tidak boleh dibiarkan berlaku pada masa hadapan dan Wira Perkasa Malaysia mendesak tindakan yang  sewjarnya harus diambil kepada pihak yang bertanggungjawab dalam menangani isu sebegini agar tidak berulang lagi pengajaran pada yang pihak lain agar lebih sensitif dalam isu isu berkaitan dengan agama.
Kebelakangan ini penghinaan terhadap umat islam semakin menjadi-jadi. Pihak berwajib perlu menjalakan siasatan dan jika di dapati bersalah hukum dengan hukuman yang setimpal. 

Comments

Popular posts from this blog

Jika tak mampu turunlah dengan cara bermaruah

APAKAH MENTERI DARIPADA DAP INI BODOH ATAU KRANG HAJAR???

Doa Nasiri