Tahniah Kepada Menteri KDN

Asalamuaalaikum WBT

Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Saya mewakili Wira Perkasa Malaysia ingin mengucapkan Tahniah kepada Menteri Dalam Negeri kerana telah mengambil satu tindakan yang amat wajar kepada seorang warga Singapura yang berusia 45 tahun yang memberikan penggunan Surau untuk kegunaan menjalakan aktiviti keagaam Budha. Apakah lelaki yang berusia 45 tahun ini benar-benar Islam? Saya amat yakin jika pahaman Agama Islam lelaki benar-benar paham ianya tidak akan berlaku sebegini, sedangkan tempat ini adalah tempat suci. Wanita yang dalam keadaan kotor(Haid) pn dilarang oleh Agama kita untuk memasuki Surau-Surau, Masjid-Masjid malahkan Kubur-kubur tidak dibenarkan masuk inikan secara terang orang-orang bukan Islam menggunakan Surau tersebut untuk Agama mereka. Ini juga boleh memsongkan akidah anak-anak kita.

Kepimpinan Wira Perkasa Malaysia juga telah lama menantikan kerajaan yang bijak bertindak mengikut undang-undang. Tindakan yang wajar telah diambil oleh Dato Sri Zahid Hamidi dengan membuat keputusan mearik balik status Penduduk Tetap kepada lelaki ini adalh amat wajar. Kami juga berharap jika penghinaa terhadap Agama Islam berlaku lagi terus bertindak. Dahulu sebab kerajaan tidak berani bertindaklah ianya menjadi sebegini. Agama Islam telah dicaci, diherik dan banyak lagi. Amat bertepatan meletakkan Menteri di KDN yang berani bertindak mengikut undang-undang dan bukan seperti sebelum-sebelum ini Amaran demi Amaran sahaja.

Kami memahami SOP (Standard Operation Prosier) pihak Polis yang mana apabila ketiadaan ISA polis tidak ada kuasa menahan tampa bicara. AG juga sepatutnya memaikan peranan yang tegas, tetapi malangnya Tan Sri Ghani Patail nampak cenderung membela daripada mendakwa beberapa kes-kes tidak didakwa contoh Ambiga yang mana mempunyai 6000 lebih lapuran polis terhadapnya. Sebelum ini juga Wira Perkasa Malaysia pernah mendesak Tan Sri Ghani Patail meletakkan jawatan kerana tidak menjalankan Amanah yang diberikan.

Tahniah sekali lagi kepda Menteri Dalam Negeri kerana membuat keputusan yang tepat untuk menagani isu ini. Ini juga boleh dijadikan teladan kepada semua. Menghormati Agama Islam sebagai Agama Persekutuan Negara seperti yang tertakluk dalam Perlembagaan Negara.

Irwan Fahmi Ideris
Ketua Wira Perkasa Malaysia

Comments

Popular posts from this blog

Kali ini sudah pasti kami tidak akan tertipu lagi.

Sudah Cukup segalanya digadai, Hj Najib Wajar Meletakkan Jawatan

PDRM Harus bertindak