Jangan gentar dedah orang kenamaan campuri siasatan

PUTRAJAYA 23 Ogos - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak gentar menjalankan tugas dan mendedahkan sekiranya terdapat orang kenamaan tertentu yang mencampuri mana-mana siasatan mereka.

Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi Ideris berkata, polis tidak perlu berselindung kepada pihak media sebaliknya mendedahkan nama orang kenamaan yang mencampuri urusan siasatan tersebut.
Sebagai pihak berkuasa yang mendapat sokongan penuh rakyat, tambah beliau, polis perlu adil dan saksama dalam menjalankan tugas tanpa menyembunyikan sebarang maklumat.

" Perkasa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya berhubung kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang menyatakan terdapat pihak cuba 'bermain-main' dengan pihak berkuasa.

"Perkara ini perlu diberikan tumpuan dan pihak polis perlu menyiasat secara menyeluruh terhadap mana-mana orang kenamaan yang mempersoalkan serbuan di sebuah pangsapuri di Pulau Pinang dan menembak mati lima anggota kongsi gelap baru-baru ini," katanya di sini semalam.
Laporan polis yang dibuat pada pukul 5 petang semalam itu turut disertai Ketua Wira Perkasa Perak, Mohd. Hafez Mubin Mohd. Salleh serta 30 ahli Perkasa.

Menurut Irwan Fahmi, serbuan polis di sebuah pangsapuri di Pulau Pinang dan menembak mati lima anggota kongsi gelap itu sepatutnya tidak dipersoalkan oleh mana-mana pihak kerana polis menjalankan tugas yang diamanahkan rakyat.

"Namun malang apabila terdapat 'tangan-tangan' tertentu mencampuri urusan polis dan mempertikai tindakan yang telah diambil, perkara ini tidak boleh dibiarkan demi memastikan keadilan dapat ditegakkan," katanya


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130824/je_05/Jangan-gentar-dedah-orang-kenamaan-campuri-siasatan#ixzz2cr7a8BGb
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Comments

Popular posts from this blog

Kali ini sudah pasti kami tidak akan tertipu lagi.

Sudah Cukup segalanya digadai, Hj Najib Wajar Meletakkan Jawatan

PDRM Harus bertindak