Setelah Agama, Agong pula di Hina

Kenyataan Media Wira Perkasa Malaysia
18 Rabiul Awal 1434 / 20hb Januari 2014.


Semakin hari semakin biadap. Kenyataan seorang peguam yang mempertikai titah Yang Di-Pertuan Agong dan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1986 berhubung isu kalimah Allah. Siapa beliau untuk mempertikai titah dan keputusan tersebut?

Jika belum cukup mendalami adap dan tatasusila dalam mempertikai 2 perkara tesebut, lebih baik beliau berdiam diri dan belajar akan adap dan tatasusila dahulu. Walaupun beliau arif dan pakar dalam Perlembagaan tetapi beliau cukup arif dalam hal ehwal Islam sepenuhnya. Apa keperluan beliau untuk mencampur hal-hal agama Islam di Malaysia?

Jika beliau tidak selesa dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan tersebut beliau memilih negara lain untuk beliau bebas mengamalkan apa jua agama dalam apa jua bentuk sekalipun. Jika mahu terus tinggal di Malaysia, beliau harus akur dengan apa jua keputusan yang diputuskan.
Melabelkan Malaysia sebagai negara sekular dan bukan negara Islam, satu lagi kenyataan biadap terhadap Perlembagaan Persekutuan yang mana telah termaktub bahawa agama rasmi Malaysia adalah ugama Islam.
Dari mata kasar kenyatan yang mempertikaikan titah Yang Di-Pertuan Agong dan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan adalah sesuatu yang tidak boleh diterima oleh rakyat Malaysia yang majoritinya beragama Islam. Kita semua akan maklum dengan sejarah Negara Tembok Besar yang mana rakyat mereka sendiri tidak suka akan sistem beraja diamalkan lalu dihapuskan sistem tersebut, apakah mungkin mereka mahu mempraktikan sistem sedemikian di Tanah Melayu ini?

Ingat ini Tanah Melayu yang berdaulat dan agama rasminya ialah Islam! Atau ada motif lain disebalik kenyataan tersebut yang sengaja mahu menunjukkan kepada mata dunia bahawa Malaysia tidak memberi peluang dan ruang secukupnya bagi mengamalkan agama agama lain selain dari Islam dan dalam masa yang sama seolah olah kaum selain Melayu dianiaya oleh Melayu / Islam.

Berdasarkan Kajian Inventori Tempat Ibadat Bukan Islam yang di jalankan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada tahun 2008, jumlah rumah ibadat yang dikenalpasti samada berdaftar dan tidak berdaftar di seluruh Semenanjung Malaysia adalah sebanyak 4,244 buah. Ia terdiri daripada Tokong Cina/Buddha/Watt Siam sebanyak 2,117 buah, Gereja 524 buah, Kuil Hindu 1,466 buah, Gurdwara Sikh 78 buah dan lain-lain tempat keagamaan selain Islam 59 buah. 

Peruntukan bagi rumah-rumah ibadat bukan Islam di salurkan oleh Unit Penyelarasan Perlaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri. Berdasarkan maklumat yang diterima daripada Unit tersebut, bagi tempuh 2000 hingga 2010, sejumlah RM30juta (RM28,960,928.00) telah diperuntukkan bagi menaiktaraf dan membina 1,360 buah rumah ibadat bukan Islam.

Cukup sekadar sebagai maklumat buat pihak yang tertentu dan tidak perlu dihuraikan panjang lebar statistik tersebut. Diharap pihak berwajib tidak berkompromi didalam isu ini, secara terang terangan kenyataan pakar perlembagaan tersebut boleh mencetuskan kekeliruan diantara agama mahupun kaum, dimana natijah dari kekeliruan tersebut akan mengeruhkan lagi keadaan.
Jangan sampai memberi peluang kepada umat Melayu/Islam melaksanakan undang undangnya sendiri bilamana ugama dan bangsanya dihina secara terang terangan.

Irwan Fahmi Ideris
Ketua Wira Perkasa Malaysia

Comments

Popular posts from this blog

Doa Nasiri

KENYATAAN MEDIA PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA

kesan apabila kerajaan menarik balik kes rayuan isu kalimah ALLAH