Marina Mahathir harus bertaubat

Kenyataan Media Wira Perkasa Malaysia. 
4hb Rabiul Awal 1435 / 6hb Januari 2014.

Apa motif Marina Mahathir sertai himpunan bersama penganut Kristian?

Umum mengetahui siapa Marina Mahathir, salah seorang daripada individu yang memperjuangkan LGBT dan dalam masa yang sama beliau juga adalah salah seorang daripada yang berkait rapat dengan pergerakan Islam Liberal, Sister in Islam(SIS).Apa motif beliau bersama sama individu lain menyertai perhimpunan bagi menunjukkan solidariti bersama penganut kristian di perkarangan sebuah gereja di Klang semalam? Apakah beliau mahu mencetuskan satu lagi kontroversi atau sengaja mahu mencari publisiti murahan dan dalam masa yang sama mengeluarkan kenyataan yang mengecam tindakan JAIS. 

Sebagai seorang Muslim beliau sepatutnya berada bersama sama Muslimin dan Muslimat lain dalam mempertahankan kalimah Allah agar tidak digunakan oleh kristian. Yang mana pengarang penerbitan the herald, lawrence Andrew dengan angkuh membuat kenyataan menegaskan orang kristian akan terus menggunakan kalimah Allah. Kenyataan tersebut ternyata telah memperlekehkan titah KDYMM Sultan Selangor serta keputusan Mahkamah.

Sebagai seorang Muslim dan anak kepada mantan Perdana Menteri Malaysia yang banyak memperjuangkan Islam dan membela nasib bangsa, tindakan beliau itu telah menimbulkan seribu satu persoalan pada rakyat Malaysia khusunya yang beragama Islam. Dimana letak akidah beliau dan adakah beliau bersetuju dengan pengunaan kalimah ALLAH oleh orang bukan Islam. Wira Perkasa Malaysia dengan sekeras kerasnya mengutuk tindakan Marina Mahathir itu.

Irwan Fahmi Ideris
Ketua Wira Perkasa Malaysia.

4hb Rabiul Awal 1435 / 6hb Januari 2014.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kali ini sudah pasti kami tidak akan tertipu lagi.

The Star menghina umat Islam sekali lagi

Sudah Cukup segalanya digadai, Hj Najib Wajar Meletakkan Jawatan