Sekat daripada rakyat asing mengisi minyak subsidi

PETALING JAYA : Kerajaan seharusnya memikirkan satu kaedah agar pemberian subsidi minyak tidak diberikan kepada rakyat dan kenderaan asing.

Ketua Wira PERKASA, Irwan Fahmi Ideris berkata, kenderaan asing tidak sepatutnya mendapat subsidi minyak seperti rakyat Malaysia.

“Masalah ini tetap akan datang. Apabila ditarik subsidi minyak ini, yang merananya adalah rakyat Malaysia.

“Sebagai contoh boleh dikatakan setengah daripada rakyat Singapura mengisi minyak di Johor dan mereka memperoleh subsidi daripada pengisian minyak tersebut,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan baru-baru ini berkata harga petrol RON 95 mungkin kekal pada kadar RM2.30 seliter sehingga Jun tahun depan.

Rasionalisasi subsidi petrol yang baharu mungkin tidak akan dibuat sehingga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melaksanakan sistem pengkhususan pemberian subsidi petrol kepada golongan sasaran pada Jun 2015.

Irwan berkata disebabkan perkara itu, negara telah kerugian berbillion ringgit kerana kemasukan kenderaan asing yang menggunakan subsidi milik rakyat negara ini.

“Kerajaan seharusnya memikirkan satu mekanisme untuk mengelakkan kenderaan luar menikmati subsidi milik rakyat Malaysia. Contohnya mengenakan minyak yang tidak dibayar subsidi kepada kenderaan asing, menggunakan MyKad apabila mengisi minyak dan sebagainya,” katanya.

Kenyataan dipetik daripada Free Malaysia Today

Comments

  1. Kerajaan Malaysia boleh menganjurkan satu peraduan utk rakyat Malaysia memberi cadangan yg terbaik utk menyekat warga asing dpd mencuri minyak bersabsidi kita.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kali ini sudah pasti kami tidak akan tertipu lagi.

Sudah Cukup segalanya digadai, Hj Najib Wajar Meletakkan Jawatan

PDRM Harus bertindak