Selamat Hari Raya Aidiladha (Korban)

Sabda Nabi SAW:

"إذا فعلت أمتي خمس عشرة خصلة حل بها البلاء"، فقيل: وما هن يا رسول الله؟ قال: "إذا كان المَغْنَمُ دُولًا، والأمانة مغنمًا، والزكاة مغرمًا، وأطاع الرجلُ زوجته، وعقَّ أمه، وبرَّ صديقه، وجفا أباه، وارتفعت الأصوات في المساجد، وكان زعيمُ القوم أرذلَهم، وأُكرم الرجل مخافة شره، وشُربت الخمور، ولُبس الحرير، واتخذت القَيْنات والمعازف، ولعن آخرُ هذه الأمة أولها، فليرتقبوا عند ذلك ريحًا حمراء، أو خسفًا، ومسخًا".

Daripada Ali bin Abi Thalib ra, Rasulullah SAW bersabda:
“Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka BALA pasti akan turun kepada mereka, lalu ditanya apakah 15 perkara itu Ya Rasulullah ? Jawab Rasulullah saw  :

1. Apabila harta negara hanya beredar dikalangan orang tertentu sahaja.

2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.

3. Zakat dijadikan hutang.
Ulasan – nak dapat zakat susah. Penerima zakat tergolong daripada kroni atau orang tertentu.

4. Suami menurut kehendak isteri (dalam perkara bertentangan syariat).

5. Anak derhaka terhadap ibunya.

6. Akan tetapi (anak tadi) sangat baik terhadap kawan-kawannya.

7. Ia (anak) suka menjauhkan diri daripada ayahnya.

8. Suara sudah ditinggikan di Masjid.

9. Yang menjadi ketua sesuatu kaum adalah orang yang paling hina di antara mereka.

10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.

11. Arak sudah diminum secara berleluasa.

12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)

13. Para artis-artis disanjung-sanjung.

14. Muzik banyak dimainkan/didendangkan.

15. Generasi akhir umat ini akan melaknat generasi pertama (para sahabat terdahulu). - mempersenda sahabat-sahabat Rasulullah.

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau GEMPA BUMI ataupun mereka akan dirubah menjadi makhluk lain”

(Hadis Riwayat At-Tirmidzi).

Wallahu'alam

Comments

Popular posts from this blog

Jika tak mampu turunlah dengan cara bermaruah

APAKAH MENTERI DARIPADA DAP INI BODOH ATAU KRANG HAJAR???

Doa Nasiri