DBKL PERLU AWASI PAPAN TANDA ELETRONIK

KENYATAAN WIRA PERKASA MALAYSIA
6 JULAI 2015 | 19 RAMADHAN 1436/1437

Pada 1.15 jam petang, 6 Julai 2015, Wira Perkasa Malaysia telah berkumpul dan menyerahkan Memo Bantahan terhadap paparan iklan oleh syarikat Servcorp di Ibu Pejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Jalan Raja Laut. Memo bantahan tersebut diserahkan oleh Ketua Wira Perkasa Malaysia Sdr. Irwan Fahmi Ideris dan diterima oleh Pembantu Peribadi kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur, En.Shukri. Kedatangan Wira Perkasa  disambut baik oleh pihak DBKL.

Wira Perkasa Mendesak supaya DBKL lebih bertanggungjawab bagi menentukan kelulusan apa jua iklan papan tanda supaya menepati segala perundangan dan ciri2 budaya identiti negara(termasuk mendaulat Bahasa Kebangsaan) selaras dgn prinsip2 rukun negara serta Islam Agama Persekutuan dan memainkan peranan yg penting supaya perkara seperti syarikat Servcorp  menggunakan gambar binatang untuk pakaikan pakaian rasmi orang Melayu Islam tidak berulang dan juga membuat ucapan Selamat Hari Raya yang merupakan hari perayaan ibadah yang khusus untuk orang Islam benar2 teliti. Servcorp tidak peka dengan sensitiviti orang Islam serta menyakitkan hati umat Melayu Islam dalam negara ini.

Kita perlu menjaga institusi Raja-Raja, berpandu kepada prinsip-prinsip rukun negara dan asas perlembagaan negara. Peringatan di negara ini bahawa Islam adalah Agama Persekutuan sepatutnya kota raya mesti mencerminkan identiti negara.

Kami berharap supaya setiap signboard hendaklah dihalusi supaya ianya tidak menjolok mata, tidak keterlaluan, tidak menghina mana2 budaya adat suatu bangsa dan agama, yg bernaung di panji panji Kedaulatan Institusi Raja yg juga Ketua Agama Islam dan Payong Negara.

Disini kami juga ingin mengucap setinggi tahniah kepada pihak DBKL kerana telah mengambil tindakan terhadap perkara ini. Kepekaan dan kecekapan dalam menangani permasalahan seperti ini juga harus berterusan agar  ianya boleh dicontohi oleh pihak lain.

Irwan Fahmi Ideris
Ketua Wira Perkasa Malaysia

Comments

Popular posts from this blog

Doa Nasiri

KENYATAAN MEDIA PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA

kesan apabila kerajaan menarik balik kes rayuan isu kalimah ALLAH