Dihimpit dan terus dihimpit.
Kepimpinan Wira Perkasa merasa kesal akibat penambahan kadar toll. Ini bukalah masa untuk menaikkan kadar toll. Ini kerana rakyat sekarang ini dibebani dengan masalah kos kehidupan yang tinggi. Sepatutnya kerajaan harus memikirkan suatu cara untuk mengatasi masalah dengan tidak membebankan rakyat. Kita lihat rakyat dihari ini yang mana rata-rata terhimpit akibat kenaikan barang- barang asas.
Ketidak cekap kerajaan yang menguruskan kewangan Negara dan akibatnya yang ditanggung oleh rakyat. Sedangkan memanda-memanda menteri yang menggunakan kenderaan kerajaan, tidak perlu membayar toll dan tidak perlu membayar petrol yang mungkin tidak dapat memahami keadaan kesusahan rakyat.
Kita juga perlu melihat keamanan hari ini adalah daripada kepimpinan pemimpin dahulu yang begitu cekap mengtakbir negara sehingga krisis kewangan dunia kita dapat mengatasi dan menyelamatkan negara kita daripada hutang dengan IMF. Inilah sepatutnya menjadi contoh kepada kepimpinan kerajaan hari ini supaya tidak membebankan rakyat.
Kepimpinan Wira Perkasa menyeru supaya kerajaan sentiasa berwaspasa jangan menyusah dan membebankan rakyat.
Irwan Fahmi Ideris
Ketua Wira Perkasa Malaysia
Comments
Post a Comment