HARGA BARANG MELAMBUNG KETIKA COVID-19

Asalamuaalaikum WBT

Sudah dekat dua minggu kita berada dirumah, sama-sama kita berdoa semoga kita memperolehi kesihatan yang baik hendaknya. Semasa keadaan #Covid19 melular, harga minyak dunia turun. Harga minyak petrol turun sehingga bawah RM1.50. Kebiasaan atas alasan ini peniaga-peniaga menaikkan harga barang, kini RM100 membeli di pasar seperti makan kurang daripada seminggu terutama barangang basah seperti sayur, ikan, ayam, daging dan sebagainya. Apakah alasan peniaga masih mengekalkan haraga barang-barang pada haraga minyak RM2,00 lebih dulu? Dahulu peniaga menggunakan alasan minyak mahal, transport dan senbagainya. Seharusnya KPDNKK perlu memantau peniaga-peniaga yang mengambil kesempatan. Seharusnya KPDNKK tidak boleh mengumumkan topeng muka boleh dijual dengan harga syiling sebanyak RM2.00 sekeping. Jika topeng ini berharga dengan begitu mahal sudah pasti orang tidak mampu memilikinya dan terdedah kepada penyakit ini. Apabila tidak membeli pendedahan penyakit akan berlaku. Apabila orang ini sakit bukankan dia perlu dimasukkan ke dalam Hospital? Apabila didalam hospital kerajaan perlu membelanjakan lebih banyak lagi. Ianya hanya berpunca dengan harga topeng muka yang berharga RM2.00, akhirnya kerajaan juga perlu menanggung segala kos perubatan. Ini baru seorang. Jika dia pula sudah menyebabkan orang lain sakit pula bagaimana? Bukankah akhinya kerajaan dan pembayar cukai yang tanggung? KPDNKK seharusnya memantau serta mengambil tindakan tegas terhadap peniaga-peniaga yang mengambil kesempatan. Kenakan tindakan yang tegas. Saya amat bimbang apabila harga minyak naik seperti normal harga barang juga turut naik dengan alasan yang sama, harga minyak naik. Peniaga ni pun satu hal juga kerana tidak merasakan bertanggungjawab mahukan untung yang lebih. Saya juga merasakan keputusan Perdana Menteri telah tersilap memilih Menteri KPDNKK, kerana awal-awal kita lihat menteri ini mementingkan peniaga daripada rakyat. Seharunya menteri ini perlu pro kepada rakyat disebabkan rakyat juga dia menjadi menteri. Oleh itu kita tak boleh mengharapkan kepada menteri ini dengan ini marilah kita sama-sama memastikan harga barang tidak naik dan kita kene pastikan supaya harga barang kini perlu turun kerana harga minyak ketika ini sangat murah dan iyanya suatu keperluan rakyat, Wasalam Irwan Fahmi Ideris #MalaysiaMovementControlOrder #KekalTenang



Comments

Popular posts from this blog

Jika tak mampu turunlah dengan cara bermaruah

APAKAH MENTERI DARIPADA DAP INI BODOH ATAU KRANG HAJAR???

Doa Nasiri