JANGAN BAZIRKAN WANG RAKYAT
KENYATAAN MEDIA PERTUBUHAN KEBAJIKAN KOMUNITI PRIHATIN MALAYSIA (PRIHATIN) PPM-002-10-18072020
TEMPAT PUSAT PEMBERIAN VAKSIN (PPV) PERLU DIKAJI SEMULA.
1. Pertubuhan Kebajikan Komuniti Prihatin Malaysia (PRIHATIN) membantah penggunaan tempat yang tidak bersesuaian dalam menajalankan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dikelolai oleh pihak Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin Covid-19 (JKJAV). Hal ini berikutan timbul rungutan beberapa pihak khususnya penduduk sekitar tempat pusat pemberian vaksin tersebut.
2. Terdapat beberapa tempat yang tidak disenangi penduduk dalam mejalankan PICK ini, antaranya kawasan Golf Resort yang didalamnya mempunyai kediaman dan penduduk yang ramai. Penduduk sekitar bimbang akan berlakunya penularan wabak Covid19 didalam kawasan berkenaan. Lebih lagi dengan varian delta yang boleh menjangkiti sesiapa dalam masa yang singkat. Selain itu kesan dari kehadiran orang ramai dikawasan tesebut menyebabkan kesesakan di tempat tersebut.
3. Saya ingin bertanya mengapa tidak menggunakan kawasan yang lebih luas dan tidak terpakai seperti sekolah? Kita mempunyai banyak sekolah yang kosong disebabkan semua pelajar kini menjalani pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PDPR). Mengapa kerajaan perlu membazirkan wang rakyat dengan menyewa tempat seperti di Golf Resort, Pusat Konvesyen dan sebagainya? Sepatutnya penggunaan sekolah amat relevan dan lebih menjimatkan. Jika menggunakan alasan tempat tidak sesuai dan selesa mengapa semasa mahu adakan pilihan raya umum boleh pulak kerajaan gunakan sekolah? Mengapa tidak mengeluarkan wang dengan menyewa tempat yang lebih selesa seperti sekarang?
4. Walaupun kejayaan program vaksinasi ini dilihat lebih maju berbanding negara lain, dalam masa yang sama kita perlu berjaya merancang kewangan negara dengan lebih bijak. Sudah berapa bulan program ini berjalan dan berapa sudah kos yang kerajaan sediakan? Adakah ini yang kita banggakan? Penilaian semula tempat pemberian vaksin ini perlu dibuat oleh JKJAV. Selain dari kejayaan vaksinasi kita juga dapat menjimatkan kewangan negara yang mengalami kesan ekonomi akibat pandemik Covid 19 yang belum berakhir.
5. Walaupun kita dapat mendengar dan melihat saranan yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan di merata tempat tentang kempen pencegahan diri dari Covid 19 setiap hari, masih ramai lagi rakyat kita yang leka dengan SOP yang perlu dipatuhi. Disebabkan kelalaian itu juga mengakibatkan jangkita kes meningkat. Keadaan sektor kesihatan kita sudah penat. Petugas kesihatan tidak mampu bertahan jika kita ambil sikap sambil lewa dalam membuat pencegahan ini. Kerajaan perlu bersikap proaktif dalam menentukan kesesuaian tempat PPV ini. Jangan sampai ia menjadi punca pencetusan kluster baru yang besar. Pihak JKJAV perlu mengkaji semula Pusat Pemberian Vaksin ini dengan lebih teliti agar ia tidak menimbulkan keresahan penduduk yang terlibat.
Sekian,
Irwan Fahmi Ideris
PRESIDEN
Pertubuhan Kebajikan Komuniti Prihatin Malaysia (PRIHATIN)
Comments
Post a Comment