PEMBUKAAN SEKOLAH MENGIKUT FASA

 KENYATAAN MEDIA PERTUBUHAN KEBAJIKAN KOMUNITI PRIHATIN MALAYSIA (PRIHATIN) PPM-002-10-18072020


31 OGOS 2021

TERUSKAN PDPR DAN TUTUP SEKOLAH SEMENTARA WAKTU.

1. Pertubuhan Kebajikan Komuniti Prihatin Malaysia (PRIHATIN) ingin mendesak pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), agar meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PDPR) dan tidak membuka lagi sesi persekolahan 2021 buat sementara waktu. Hal ini berikutan peningkatan kes jangkitan Covid 19 yang semakin tinggi yang telah mencecah sebanyak 20 ribu kes sehingga hari ini.

2. Saya yakin ibu bapa pasti sangat bimbang dengan melihat angka kes baru hari ini. Walaupun anak-anak mereka sering dipantau oleh guru di sekolah, namun risiko jangkitan masih ada dan ia boleh berlaku. Kebimbangan ini dikuti dengan penyebaran varian Delta yang boleh menjangkiti manusia dalam masa yang singkat. Walaupun pihak kerajaan sedang giat menjalankan program vaksinasi sehingga mencapai imuniti kelompok, namun kita perlu peka bahawa anak-anak kita masih lagi belajar mengenali tentang kesan bahaya virus Covid 19 ini kepada mereka.

3. Umum mengetahui bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan bahawa sesi persekolahan akan dibuka semula. Namun persoalan sekarang adakah kita benar bersedia dalam meneruskan sesi persekolahan ini? Varian Delta kini juga merupakan penyebab peningkatan kes jangkita naik mendadak. Sepatutnya teruskan sesi PDPR sehingga kita dapat mengawal kes jangkitan ini dari naik mendadak.

4. Sesi persekolahan pada masa akan datang perlu dibuat secara berperingkat dan penjadualan yang mengasingkan pelajar mengikut tingkatan pelajar. Kami mahu agar pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) laksanakan pembukaan sesi persekolahan mengikut fasa seperti berikut: 

Fasa pertama : Tingkatan 6 hingga Tingkatan 4

Fasa kedua : Tingkatan 3 hingga Tingkatan 1

Fasa Ketiga : Darjah 6 hingga Darjah 4

Fasa Keempat : Darjah 3 hingga Darjah 1

Fasa Kelima : Tadika dan Pra Sekolah

Tujuan pembukaan sekolah mengikut fasa adalah kerana kita mementingkan keselamatan dan kesihatan para pelajar. Selain itu dengan cara ini dapat ia memudahkan kawalan pencegahan jangkita virus Covid19 dari menular dengan cepat. Kita perlu mengutamakan kesihatan mereka kerana mereka adalah harapan negara pada masa akan datang. Jika kita tidak mempedulikan nasib dan masa depan mereka bagaimanakah kesan kepada pembangunan negara pada masa akan datang?

5. Kerajaan digesa tidak terburu-buru dalam membuat keputusan sesi persekolah ini. Kita sedang berjuang melawan virus yang kita tidak nampak. Sedangkan kita boleh dijangkiti inikan pula anak-anak ini. Mereka bukan boleh memilih untuk dijangkiti atau tidak dan mereka tidak tahu jika mereka dijangkiti virus ini. Kali ini kita tidak boleh buat kesilapan dalam menentukan keputusan. Jika silap padah menanti dan petugas kesihatan kita tidak dapat mengawal keadaan kemudian hari. Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.


Sekian,

Salam kemerdekaan yang ke 64

Irwan Fahmi Ideris

PRESIDEN

Pertubuhan Kebajikan Komuniti Prihatin Malaysia (PRIHATIN)

Comments

Popular posts from this blog

Jika tak mampu turunlah dengan cara bermaruah

APAKAH MENTERI DARIPADA DAP INI BODOH ATAU KRANG HAJAR???

Doa Nasiri