Posts

PDRM Harus bertindak

KENYATAAN MEDIA WIRA PERKASA MALAYSIA 02 OGOS 2016 | 28 SYAWAL 1437H 1. Merujuk kenyataan yang dikeluarkan oleh Malaysiakini yang bertarikh 02 Ogos 2016, berkenaan penutupan kes iaitu laporan polis yang dibuat oleh Khairul Azwan Harun pada minggu lepas. Wira Perkasa Malaysia ingin mempertikaikan keputusan yang dikeluarkan oleh pihak Polis DiRaja Malaysia. Menurut dakwaan dalam kenyataan tersebut, penutupan kes ini berdasarkan ia hanya andaian yang dibuat oleh Khairul Azwan Harun. 2. Saya amat terkejut dengan ulasan yang diberi oleh Tan Sri Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Negara. Mengapa begitu mudah kes ini ditutup? Menurut dakwaan Khairul Azwan pada kenyataan lepas dia mendakwa terdapat satu penyaluran maklumat ke agensi luar termasuk Biro Siasatan Persekutuan (FBI). Tambahan lagi ada beberapa dokumen dipalsukan demi kepentingan individu yang terlibat. Setiap laporan polis dibuat perlu disertakan dengan alasan yang kukuh serta bukti. 3. Tindakan Khairul Azwan Harun ini telah mengaibkan ...

Sokong buat rebah

Kenyataan Media Wira Perkasa Malaysia 27 Julai 2016 | 22 Syawal 1437H 1. Wira Perkasa Malaysia ingin mempersoalkan tindakan Khairul Azwan Harun (Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia) yang telah membuat laporan Polis terhadap Tan Sri Abdul Ghani Patail bekas peguam negara, Tan Sri Zetty Akhtar Aziz bekas gabenor bank negara dan Tan Sri Abu Kasim Mohamed bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mendakwa mereka ini terlibat dalam konspirasi ingin menjatuhkan Perdana Menteri semalam. 2. Bagaimana Khairul Azwan yang lebih mengetahui hal ini?  Di manakah dia mendapat bukti? Dia mendakwa bahawa dia mengesyaki yang ketiga-tiga bekas kakitangan kerajaan ini mempunyai niat yang jahat terhadap Perdana Menteri. Kalau tiada bukti pihak polis pasti polis tidak melayan tindakan dia untuk membuat laporan polis. Jadi persoalan yang perlu dijawab disini adalah mana dia dapat bukti itu dan apakah ia telah diserahkan kepada pihak polis?  3. Saya merasakan dia tidak la...

Kepimpinan Melalui Teladan

Agama adalah landasan dan juga batas-batas kehidupan, ada yang boleh dan ada yang tidak. Saya yakin semua Agama mengajar kebaikan dan menghindarkan keburukan.  Akan tetapi kebanyakan pemimpin-peminpin pada hari ini tidak lagi takut kepada dosa, mungkin mereka ini tidak yakin dengan kehidupan selepas kematian. Mereka juga lupa bahawasanya apabila kita berbohong sebenarnya kita membohongi diri sendiri dan sama juga dengan zalim, ianya sebenarnya menzalimi diri sendiri dan mungkin akan mendapat pembalasan di dunia ini juga.  Sepatutnya pemimpin menjadi contoh "Kepimpinan Melalui Teladan" hari ini ramai yang bertuhankan wang ringgit. Demi wang ringgit sanggup berbuat apa sahaja. Sehingga sanggup menipu, khianat dan pelbagai lagi. Benar wang juga perlu tetapi perolihi lah dengan cara yang halal dan berkat. Janganlah sehingga kita mengambil kesenarang orang lain dan berikan kesusahan kita pada orang lain. Apakah dengan adanya beberapa insiden yang tidak pernah kita jangka dan terli...

"Kes Sivil bukan kes jenayah" Kata Perdana Menteri

Beberapa hari ini negara dikejutkan dengan kenyataan daripada kerajaan Amerika yang menyatakan bahawa seluruh rakyat Malaysia ditipu yang berkaitan dengan 1MDB. Kata Perdana Menteri ianya "Civil case" bukan "Crime case" dan apa pun panggilan ianya tetap bermasalah yang sebelum ini Perdana Menteri sendiri menyatakan ianya tidak bermasalah.  Kebanyakan Rakyat Malaysia dihimpit daripada kos-kos kehidupan seharian yang makin meningkat. Secara jelas himpitan kehidupan Rakyat tidak diendahkan, tetapi mereka hidup bermewahan. Ini jelas kerajaan yang ada sudah tidak boleh dipercayai dan tidak memegang amanah yg diberikan oleh rakyat pada PRU yang lepas.  Para memanda-memanda menteri janganlah kamu mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bodoh atau pun sengaja menyakiti hati rakyat. Apakah kamu-kamu semua bodoh atau pun sengaja memperbodohkan rakyat? Isu syarikat 1MDB amat memalukan Negara sehingga negara kita terkenal dengan persepsi rasuah di seluruh dunia dan kita selaku ra...

Masuk Islam jika mahu mengenal Islam

KENYATAAN MEDIA WIRA PERKASA MALAYSIA 02 Julai 2016 | 27 Ramadhan 1437H 1. Merujuk kenyataan dari potal berita Malaysiakini pada 01 Julai 2016, Wira Perkasa Malaysia hari ini ingin mempersoalkan tentang tindakan yang dilakukan oleh Syed Azmi Alhabshi tentang isu berbuka puasa di sebuah gereja. 2. Persoalannya, apakah motif utama yang mereka mahu tunjukkan?  Adakah sekadar mahu menunjukkan bahawa rakyat Malaysia yang penyayang masih wujud? Tujuan penganjuran majlis mereka pun tidak ada asas yang kukuh. Apakah rakyat Malaysia yang ada pada pada hari ini sudah tidak mempunyai sifat penyayang? Ini semua perkara yang tidak masuk akal. 3. Saya ingin bertanya kepada dia, apakah dia sedar di Malaysia ini kita mempunyai undang2 dan perlembagaan yang perlu kita patuhi? Adakah dia sedar atau tidak tentang sensitiviti agama dalam masyarakat yang berbilang kaum? Jangan hanya buat perkara semata-mata menurut akal. Ini bukan melibatkan adab dan budaya sahaja tapi melibatkan akidah umat islam. Ada...

Jangan biadap Ketua Pemuda MIC

Kenyataan Media Wira Perkasa Malaysia 11 April 2016 | 03 Rejab 1437H Wira Perkasa Malaysia mahu pemuda MIC agar berhenti daripada terus bercakap dan masuk campur dalam isu yang melibatkan hal ehwal Agama Islam. Ini adalah berikutan tentang mereka mahu menghalang Dr. Zakir Naik yang akan mengadakan syarahan di Melaka. Umum mengetahui bahawa Dr. Zakir Naik merupakan seorang tokoh agama yang amat disenangi. Cara penyampaian ceramah dan menjawab soalan sangat dikagumi ramai. Saya nak tanya mereka mengapa perlu menghalang Dr. Zakir dari memberi ceramah? Apakah disebabkan tajuknya iaitu persamaan agama Hindu dan Islam? Saya menyeru agar mereka duduk dan fikir seketika. Kebanyakan penyampaian ceramah oleh Dr. Zakir Naik disampaikan dengan penuh ilmiah. Beliau mengupas sesuatu isu dengan cukup teliti dan penuh yakin. Beliau juga mengupas jawapan kepada setiap persoalan dengan lebih jelas dan terpeinci. Saya ingatkan mereka sekali lagi, jangan cuba mencurah minyak didalam api. Datanglah ceramah...

Rasuah....Rasuah.... Rasuah

Kenyataan Media Wira Perkasa Malaysia 21 Mac 2016 | 12 Jamadilakhir 1437H Wira Perkasa amat kecewa berhubung isu rasuah yang bernilai RM100juta yang melibatkan pegawai di Kementerian Belia dan Sukan. Bagaimana hal ini boleh berlaku? Isu ini amat besar kerana ia melibatkan dana kerajaan. Apakah YB Menteri Khairy tidak sedar dalam hal ini? RM100juta bukan sikit. Kejadian ini telah lama berlaku. YB Khairy mesti mesnjelaskan hal ini. Ini bukan perkara yang boleh dibuat main. Alasan YB Khairy hari ini adalah kerana kelemahan teknikal dalam hal ini. Sepatutnya kelulusan setiap aliran wang yang keluar dan masuk harus diperincikan. Inilah yang terjadi akibat mengambil mudah. YB Khairy juga harus perjelaskan hal ini dengan lebih terpeinci. Apakah status penyasiatan oleh pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia? Selepas laporan dan sisatan siap ia harus dimaklumkan kepada semua. Saya melihat sepanjang Kementerian Belia dan Sukan ditubuhkan ini merupakan isu rasuah paling besar melanda dalam Ke...