Posts

Kali ini sudah pasti kami tidak akan tertipu lagi.

Rakyat semakin hari semakin terhimpit dengan kehidupan seharian, bebanan demi bebanan ditanggung oleh rakyat dalam masa yang sama kebanyakan pegawai-pegawai tinggi kerajaan kini menghadapi pelbagai tuduhan diantaranya adalah Rasuah. Dimanakah perginya hasil kekayan negara seperti minyak, mineral-mineral yang sepatutnya dikembalikan kembali kepada rakyat? Kekayaan negara adalah milik rakyat Mereka hanya mentakbir urus negara sahaja dan bukan mak bapak mereka yang punya. Mereka ini membuat keputusan selalunya merugikan rakyat dan menyenangkan mereka. Perdana Menteri Najib dahulu kita telah memberi peluang dan menyokong beliau pada PRU yang lepas kerana memandangkan dia mengambil alih tugas Pak Lah yang mana prestasi yang buruk. Namun kita memberi peluang kepada dia untuk menjadi nahoda kapal dan dia menang pada pru yang lepas dengan prestasi lebih buruk daripada Perdana Menteri sebelum ini. Kita juga sebelum ini menunggu apakah perubahan yang akan dibawa oleh Perdana Menteri selepas ...

MAC lebih baik jaga bangsa kamu

KENYATAAN MEDIA WIRA PERKASA MALAYSIA 30 Oktober 2016 | 29 Muharram 1438H 1. Wira Perkasa Malaysia ingin menasihati Ketua Biro Keharmonian Kaum dan Agama MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker yang bimbang pihak berkuasa Islam mencampuri pihak bukan Islam agar lebih baik berdiam dari membuat kenyataan yang lebih mengelirukan orang ramai. 2. Ini berikutan isu burger tidak halal P.Ramly yang dijual dipasaraya secara terbuka di pusat membeli belah di Kuala Lumpur baru-baru ini. Dalam hal ini beliau  digesa menasihati peniaga supaya lebih berhati-hati dan menjaga sensitiviti masyarakat umum. Bukan bimbang akan peranan dan tanggungjawab pihak berkuasa agama Islam. 3. Pihak berkuasa agama Islam tahu akan peranan dan tanggungjawab mereka. Mereka bertindak atas aduan yang dibuat. Sudah semestinya mereka menyiasat aduan tersebut. Dalam hal ini, premis tersebut disiasat oleh kerana dakwaan pengguna bahawa maklumat tentang penjualan makanan tersebut mengelirukan. Tindakan pihak berkuasa agama Islam mema...

Shiddiq, Amanah, Tabligh & Fathonah

Shiddiq Shiddiq ertinya benar. Bukan hanya perkataannya yang benar, tapi juga perbuatannya juga benar. Sejalan dengan ucapannya. berbeza dengan kebanyakan pemimpin sekarang yang kebanyakan hanya kata-katanya yang manis, namun perbuatannya berbeza dengan ucapannya. Mustahil Nabi itu bersifat pembohong/kizzib, dusta, dan sebagainya. ÙˆَÙ…َا ÙŠَنطِÙ‚ُ عَÙ†ِ ٱلْÙ‡َÙˆَÙ‰ٰٓ Dan tiadalah yang diucapkannya itu (Al Qur’an) menurut kemauan hawa nafsunya. Ø¥ِÙ†ْ Ù‡ُÙˆَ Ø¥ِÙ„َّا ÙˆَØ­ْÙ‰ٌۭ ÙŠُوحَÙ‰ٰ Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya” [An Najm 4-5] Amanah Amanah ertinya benar-benar boleh dipercaya. Jika suatu urusan diserahkan kepadanya, niscaya orang percaya bahawa urusan itu akan dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.  Oleh karena itulah Nabi Muhammad SAW digelar oleh penduduk Mekkah dengan gelaran “Al Amin” yang ertinya terpercaya jauh sebelum beliau diangkat jadi Nabi. Apa pun yang beliau ucapkan, penduduk Mekkah mempercayainya karena beliau bukanlah orang y...

PDRM Harus bertindak

KENYATAAN MEDIA WIRA PERKASA MALAYSIA 02 OGOS 2016 | 28 SYAWAL 1437H 1. Merujuk kenyataan yang dikeluarkan oleh Malaysiakini yang bertarikh 02 Ogos 2016, berkenaan penutupan kes iaitu laporan polis yang dibuat oleh Khairul Azwan Harun pada minggu lepas. Wira Perkasa Malaysia ingin mempertikaikan keputusan yang dikeluarkan oleh pihak Polis DiRaja Malaysia. Menurut dakwaan dalam kenyataan tersebut, penutupan kes ini berdasarkan ia hanya andaian yang dibuat oleh Khairul Azwan Harun. 2. Saya amat terkejut dengan ulasan yang diberi oleh Tan Sri Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Negara. Mengapa begitu mudah kes ini ditutup? Menurut dakwaan Khairul Azwan pada kenyataan lepas dia mendakwa terdapat satu penyaluran maklumat ke agensi luar termasuk Biro Siasatan Persekutuan (FBI). Tambahan lagi ada beberapa dokumen dipalsukan demi kepentingan individu yang terlibat. Setiap laporan polis dibuat perlu disertakan dengan alasan yang kukuh serta bukti. 3. Tindakan Khairul Azwan Harun ini telah mengaibkan ...

Sokong buat rebah

Kenyataan Media Wira Perkasa Malaysia 27 Julai 2016 | 22 Syawal 1437H 1. Wira Perkasa Malaysia ingin mempersoalkan tindakan Khairul Azwan Harun (Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia) yang telah membuat laporan Polis terhadap Tan Sri Abdul Ghani Patail bekas peguam negara, Tan Sri Zetty Akhtar Aziz bekas gabenor bank negara dan Tan Sri Abu Kasim Mohamed bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mendakwa mereka ini terlibat dalam konspirasi ingin menjatuhkan Perdana Menteri semalam. 2. Bagaimana Khairul Azwan yang lebih mengetahui hal ini?  Di manakah dia mendapat bukti? Dia mendakwa bahawa dia mengesyaki yang ketiga-tiga bekas kakitangan kerajaan ini mempunyai niat yang jahat terhadap Perdana Menteri. Kalau tiada bukti pihak polis pasti polis tidak melayan tindakan dia untuk membuat laporan polis. Jadi persoalan yang perlu dijawab disini adalah mana dia dapat bukti itu dan apakah ia telah diserahkan kepada pihak polis?  3. Saya merasakan dia tidak la...

Kepimpinan Melalui Teladan

Agama adalah landasan dan juga batas-batas kehidupan, ada yang boleh dan ada yang tidak. Saya yakin semua Agama mengajar kebaikan dan menghindarkan keburukan.  Akan tetapi kebanyakan pemimpin-peminpin pada hari ini tidak lagi takut kepada dosa, mungkin mereka ini tidak yakin dengan kehidupan selepas kematian. Mereka juga lupa bahawasanya apabila kita berbohong sebenarnya kita membohongi diri sendiri dan sama juga dengan zalim, ianya sebenarnya menzalimi diri sendiri dan mungkin akan mendapat pembalasan di dunia ini juga.  Sepatutnya pemimpin menjadi contoh "Kepimpinan Melalui Teladan" hari ini ramai yang bertuhankan wang ringgit. Demi wang ringgit sanggup berbuat apa sahaja. Sehingga sanggup menipu, khianat dan pelbagai lagi. Benar wang juga perlu tetapi perolihi lah dengan cara yang halal dan berkat. Janganlah sehingga kita mengambil kesenarang orang lain dan berikan kesusahan kita pada orang lain. Apakah dengan adanya beberapa insiden yang tidak pernah kita jangka dan terli...

"Kes Sivil bukan kes jenayah" Kata Perdana Menteri

Beberapa hari ini negara dikejutkan dengan kenyataan daripada kerajaan Amerika yang menyatakan bahawa seluruh rakyat Malaysia ditipu yang berkaitan dengan 1MDB. Kata Perdana Menteri ianya "Civil case" bukan "Crime case" dan apa pun panggilan ianya tetap bermasalah yang sebelum ini Perdana Menteri sendiri menyatakan ianya tidak bermasalah.  Kebanyakan Rakyat Malaysia dihimpit daripada kos-kos kehidupan seharian yang makin meningkat. Secara jelas himpitan kehidupan Rakyat tidak diendahkan, tetapi mereka hidup bermewahan. Ini jelas kerajaan yang ada sudah tidak boleh dipercayai dan tidak memegang amanah yg diberikan oleh rakyat pada PRU yang lepas.  Para memanda-memanda menteri janganlah kamu mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bodoh atau pun sengaja menyakiti hati rakyat. Apakah kamu-kamu semua bodoh atau pun sengaja memperbodohkan rakyat? Isu syarikat 1MDB amat memalukan Negara sehingga negara kita terkenal dengan persepsi rasuah di seluruh dunia dan kita selaku ra...