Bubur Lambuk, Lembah Pantai

Asalamuaalaikum WBT.

Alhamdulillah program anjuran Wira Perkasa Malaysia dan anjuran bersama Wira Perkasa Wilayah Persekutuan pada petang tadi berjaya. Wira Perkasa berjaya mengagihkan sebanyak 4500 bubur lambuk untuk penduduk sekitar Lembah Pantai,

Tujuan program ini adalah memeriahkan bulan puasa sambil-sambil membuat ibadah bersedekah. Kepimpinan Wira juga berterima kasih kepada penduduk Lembah Pantai kerana sanggup beratur hanya untuk mendapatkan bubur Lambuk. Terima Kasih.

Terima kasih juga kepada YB Dato Raja Nong Chik, Wira Perkasa Wilayah Persekutuan dan juga yang berkerja keras Hj Helmi bendehari Wira Perkasa Wilayah Persekutuan. Saya dan kepimpinan Wira Perkasa Malaysia amat berterima kasih,

InsyaALLAH program Bubur Lambuk ini akan kita jadikan sebagai program tahunan atau pun aktiviti tahunan untuk Bulan Puasa. Saya sekali lagi berterima kasih kepada semua yang menjayakan Program ini. Sekian Terima Kasih

IRWAN FAHMI IDERIS @ I.F.I






Comments

Popular posts from this blog

Doa Nasiri

KENYATAAN MEDIA PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA

kesan apabila kerajaan menarik balik kes rayuan isu kalimah ALLAH