MCA KEDAH SOKONG PERLASANAAN HUDUD

August 21, 2012KUALA LUMPUR, 21 Ogos — MCA Kedah hari ini secara terbuka menyokong hukum hudud dilaksanakan di negeri Kedah.Menurut pengerusi MCA negeri Kedah, Datuk Chong Itt Chew, rasionalnya kerana hudud tidak melibatkan orang bukan Islam.“Sekiranya pelaksanaan undang-undang hudud membawa kebaikan kepada negara, ia tidak akan menjadi masalah termasuk kepada bukan beragama Islam.“DAP juga tidak perlu membantah,” katanya lagi yang dipetik dari akhbar Sinar Harian hari ini.Beliau berkata, dalam keadaan sekarang,

PAS harus menimbang semula kedudukannya dalam Pakatan Rakyat (PR) apabila DAP menolak hudud.“PAS perlu buat keputusan dengan meninggalkan PR.“Selagi dengan PR, PAS tidak akan berjaya melaksanakan hukum hudud.“MCA Kedah akan setuju jika PAS ingin bekerjasama dengan Umno dalam perjuangannya.“Saya lihat gabungan Umno dan Pas adalah tindakan terbaik demi masa depan rakyat dan negara,” beliau dilapor berkata.Di sebalik kelantangan MCA pusat menolak sebarang cadangan hukum hudud, MCA negeri menongkah arus dengan bersetuju dengan undang-undang Islam itu.

Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Umno boleh melaksanakan hukum hudud sekiranya PAS sedia bergandingan dengan Umno untuk membangunkan negara Islam.“Pelaksanaan hudud hanya dapat dilaksanakan sekiranya PAS menyertai Umno untuk menggubal perundangan Islam,” kata bekas presiden Umno itu.

Sementara itu, pengerusi Umno negeri Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, walaupun Umno tidak pernah mencadangkan hukum hudud, namun parti itu tidak pernah menolak hukum hudud.“Kita serahkan kepada Pusat dalam membincangkan hal ini, mereka lebih arif dalam hal perundangan hudud ini,” kata Ahmad Bashah lagi.Baru-baru ini, presiden PAS, Datuk Seri Haji Hadi Awang berkata DAP menentang hudud, tetapi Umno menolak hukum Islam itu.

From The Malaysian Insider

Comments

Popular posts from this blog

Doa Nasiri

KENYATAAN MEDIA PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA

kesan apabila kerajaan menarik balik kes rayuan isu kalimah ALLAH