Penghinaan yang Paling Buruk Dalam Sejarah Negara.

Penyebaran Risalah menukar Jalur Gemilang pada Malam Malaysia menyambut keMERDEKAan. Kita melihat ini perkara yang serious, kerana ada pihak yang tak bertanggungjawab mengedarkan risalah ini. Apakah tujuan ianya di keluarkan?

Ini juga satu hasutan kepada rakyat. Bendera ini melambangkan sesebuah Negara, tetapi ianya telah dilacurkan oleh pihak yang tak bertanggungjawab. Wira Perkasa memandang serious perkara ini, kita menganggap pihak tak bertanggungjawab ini tidak menghormati Negara dan Raja2 Melayu.

Irwan Fahmi yang juga Ketua WIRA Perkasa merujuk akan sebaran risalah di sekitar Dataran Merdeka dan beberapa kawasan yang bertujuan mengajak rakyat menukar rupa bentuk bendara negara.

Sikap sikap yang tak bertanggungjawab ini tak ubah seperti orang orang yang tidak bertamadun, bersikap seperti kebudak-budakan. Apakah tujuan Mereka? Apakan mereka ini mahu Malaysia menjadi Republik?, kata Irwan melalui pesanan ringkasnya sebentar tadi.

“Kita juga berharap Pihak PDRM jalankan tugas seperti biasa, menjadi benteng kepada Rakyat & Negara. Kita berharap supaya pihak pihak berwajib perlu menjalankan tugasnya terutama Peguam Negara”.

Wira Perkasa merasakan Peguam Negara ini gagal menjalankan tugas dan Amanahnya sebagai Peguam Negara. Telah banyak lapuran lapuran Polis tetapi tiada tindakan, Contoh isu Ambiga sebanyak 6000++ lapuran polis telah dibuat tetapi tiada tindakan daripada Peguam Negara.

“Kita Mendesak Dato Ghani Patail MELETAKKAN JAWATANNYA kerana tak menjalankan tugasnya”.

“Wira Perkasa merasakan ini Penghinaan yang terburuk dalam sejarah Malaysia”.

Irwan Fahmi Ideris
Ketua Wira Perkasa Malaysia



Comments

Popular posts from this blog

Doa Nasiri

KENYATAAN MEDIA PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA

kesan apabila kerajaan menarik balik kes rayuan isu kalimah ALLAH