Demokrasi Mutlak Tiada Masa Depan
Sepanjang sejarah peradaban manusia, dunia telah melalui pelbagai sistem atau ideologi pemerintahan untuk memenuhi kehendak manusia mentadbir bumi ini. Dari ideologi autokrasi, monarki, dinasti, teokrasi, komunisme, fasisme, hinggalah kepada demokrasi. Mana yang wujud dahulu tidak terlalu penting untuk dibicarakan, tetapi kesan serta hala tuju sesuatu sistem pemerintahan itu yang patut diberi perhatian. Seiringan dengan era penjajahan, Nusantara juga telah mengalami beberapa "revolusi" dalam ideologi yang diguna-pakai untuk menjalankan pemerintahan manusia. Rumpun Melayu pada asalnya adalah serasi dengan sistem MONARKI (yakni beraja) yang telah menjadi fitrah zaman berzaman nenek moyang kita, sejak wujudnya Empayar Srivijaya hingga ke Empayar Melayu Melaka. Begitu lamanya Rumpun Melayu hidup bersistem & beradat yang dinaungi oleh sistem monarki ini tadi sambil diperkuatkan lagi dengan kedatangan agama Islam ke Nusantara.
Tidak dapat dinafikan bahawa tiada SISTEM atau IDEOLOGI pemerintahan yang begitu sempurna selagi ia dikendalikan oleh manusia yang tidak maksum, seperti firman Allah di dalam Al-Quran, bahawa setiap anak Adam itu pasti melakukan kesilapan. Boleh dikatakan semua kerajaan-kerajaan atau empayar-empayar manusia terdahulu mengamalkan ideologi MONARKI-DINASTI dalam pemerintahan mereka, kerana ternyata ialah adalah fitrah manusia sejagat. Melalui sistem ini, perpaduan dalam sesebuah negara itu dapat dijadikan realiti dan kestabilan negara dapat dikawal dalam jangka masa yang agak lama. Ini kerana musuh (saingan) politik merupakan elemen dalaman yang boleh membuka ruangan sesebuah negara itu mengalami kacau bilau & pencerobohan pengaruh asing yang kelak bila-bila masa sahaja dapat bertukar menjadi perang saudara. Kerana itulah dalam pengajian siasah (politik) Islam sebenarnya tiada istilah PEMBANGKANG kerana istilah itu hanya wujud & diwujudkan dalam sistem DEMOKRASI yang kita sedia maklum tidak berasal dari ajaran Islam.
Benarkah DEMOKRASI MUTLAK (BEBAS) akan menghasilkan kesejahteraan & keadilan sejagat? Mustahil, hanya Nabi Isa A.S penyatu umat manusia Akhir Zaman melalui satu akidah & satu sistem pemerintahan dunia (Sistem Khalifah)
Dalam Islam, jika berlaku penentangan politik kepada pemerintah, sama ada terbuka atau tidak, ia sudah boleh dikira sebagai PEMBERONTAKAN (Bughah-Khuruj). Dan pemberontakan biasanya ditangani dengan tegas dalam sejarah tamadun Islam supaya ia tidak terus membarah & melarat sehingga dapat menghancurkan keutuhan sesebuah kerajaan pimpinan Muslim yang sedia ada. Perbezaan pendapat tidak salah dalam politik Islam, tetapi biarlah tidak membelakangi prinsip TAAT kepada pemerintah Muslim yang sah selagi dia tidak melanggar beberapa syarat yang telah dipersetujui oleh ulama-ulama ahlul sunnah yang terdahulu (salaf). Pendek kata, fitrah asal sistem atau ideologi pemerintahan manusia ialah melalui sistem pemerintahan yang berasaskan kepada taat setia terhadap SEORANG pemerintah, dan fitrah ini diakui malah dipertahankan oleh ajaran siasah (politik) Islam itu sendiri. Jangan kita lupa bahawa sistem Khalifah merupakan antara sistem fitrah manusia yang kini dicop bertentangan dengan sistem DEMOKRASI MUTLAK (BEBAS) tajaan kafir Barat. Sistem Khalifah telah diberi gelaran baru oleh pihak yang memperjuangkan DEMOKRASI MUTLAK (BEBAS), yakni ia telah digelar sebagai sistem yang mengamalkan AUTOKRASI & TEOKRASI, suatu sifat pemerintahan yang anti kehendak rakyat. Benarkah demikian?
Sebelum membicarakan dengan lebih lanjut mengenai sistem Khalifah ini, kita sebagai umat Islam perlu mengetahui asas siasah (politik) dalam agama kita sendiri. Kita perlu mengetahui apakah HAK RAKYAT TERHADAP PEMERINTAH & HAK PEMERINTAH TERHADAP RAKYAT dalam Islam. Penulis tidak akan mengulas mengenainya di sini kerana penulis yakin para pembaca boleh mencari jawapannya sendiri kepada yang lebih arif dalam hal agama. Asalkan sumber kita itu adil, sahih & Islamik (Sunni), insyaallah para pembaca akan dapat melihat wujudnya perbezaan corak pemikiran Islamik kita dalam soal ideologi pemerintahan manusia ini berbanding ideologi DEMOKRASI MUTLAK (BEBAS) yang dibawa oleh pihak kafir Barat. Dan janganlah para pembaca semua terkejut jika pengkajian saudara terhadap asal usul DEMOKRASI MUTLAK (BEBAS) ini akhirnya terkait dengn penentangan Iblis (Lucifer) terhadap perintah Allah S.W.T ketika manusia (Adam) mula-mula diciptakan lagi. Ini kerana Iblis adalah makhluk pertama ciptaan Allah yang mengetengahkan idea ENGKAR & MEMBERONTAK TERHADAP ATURAN PEMERINTAH (ALLAH) yang telah tersedia ada. Sistem DEMOKRASI MUTLAK (BEBAS) yang tercipta oleh bangsa Yunani ini, yang merupakan tamadun penyembah berhala adalah satu sistem yang mengetengahkan apa yang dikehendaki oleh nafsu MANUSIA itu sendiri, bukannya apa yang telah digariskan oleh Pencipta manusia itu.
Tamadun Yunani sering mengetengahkan pemikiran yang bercorak FALSAFAH sebelum wujudnya pemikiran yang berpandukan SAINS. Apa itu FALSAFAH? Pernah tak kita bertanya pada diri kita apa maksud FALSAFAH? Penulis biarkan soalan ini untuk para pembaca sendiri mengkajinya. Adakah ajaran Islam asalnya mengandungi unsur-unsur FALSAFAH ini tadi? Jawapannya tidak, namun apabila Islam berkembang, sehingga terwujudnya banyak aliran, mazhab & pecahan, sehingga kepada kemunculan golongan sufi, maka unsur-unsur FALSAFAH ini tadi telah mula menyerap ke dalam pemikiran umat Islam sehingga ada yang dijadikan rujukan. Begitulah "racun" pemikiran dari kafir yang telah mencemari minda masyarakat Muslim kita hari ini, dan ia diperparahkan lagi oleh sejarah penjajahan Barat terhadap Dunia Islam, sehingga memunculnya badan dunia seperti PBB yang giat mendefinisikan apa yang patut dianuti serta dipercayai oleh masyarakat dunia kini. Negara-negara Islam hari ini, termasuk Malaysia, tiada satu pun yang terlepas dari pengaruh & cengkaman yang telah digariskan oleh PBB ini tadi. Maka inilah yang penulis anggap sebagai AKHIR ZAMAN. Suatu era di mana Sistem Khalifah telah diruntuhkan & dunia secara halusnya dikawal oleh satu organisasi naungan kafir. Dalam era sebeginilah, dunia telah disediakan untuk menghadapi kemunculan KERAJAAN SATU DUNIA (One World Government) melalui slogan NEW WORLD ORDER (Tata Dunia Baru). Dan dalam era ini jugalah, insyaallah Al-Masih Dajjal akan muncul untuk membawa dunia ke peringkat yang seterusnya, sebelum ia ditentang hebat oleh Imam Mahdi & Ashabu Raayati Suud (Tentera Panji Hitam) sepertimana yang telah tertulis dalam hadis-hadis sahih termasuk hadis At-Tirmizi.
Sepertimana kata tokoh Yahudi-Zionist terkenal, Albert Einstein, Perang Dunia Keempat akan disertai dengan penggunaan batu & kayu sebagai senjata. Mungkinkah ianya benar? Mari kita doakan kemunculan ASHABU RAAYATI SUUD dari arah Timur (Khurasan) untuk menentang NEW WORLD ORDER DAJJAL.
Namun apakah kedudukan Malaysia kini yang mengamalkan sistem DEMOKRASI TERPIMPIN & RAJA BERPERLEMBAGAAN itu salah atau haram disisi Islam? Jawapannya tidak, ia telah dibahaskan oleh ramai ulama-ulama silam negara termasuk oleh ahli-ahli Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa Malaysia berada dalam kedudukan "DARURAT" akibat telah dijajah ratusan tahun oleh kuasa Barat sehingga Melayu-Islam yang merupakan tonggak rakyat Muslim Malaysia telah dilemahkan dalam banyak perkara termasuk jati diri, pegangan agama, ekonomi, pendidikan & teknologi, dan kini setelah merdeka, Malaysia terus terikat oleh badan-badan dunia ciptaan kafir seperti Komanwel & PBB yang menuntut setiap negara-negara di dalam dunia ini setidak-tidaknya meletakkan istilah DEMOKRASI sebagai asas HAK ASASI MANUSIA. Oleh kerana USA merupakan Kuasa Dunia Tunggal yang boleh mempengaruhi jatuh bangunnya sesebuah negara yang kecil & lemah seperti Malaysia, maka para pemimpin Melayu-Islam terdahulu terpaksa menerima sistem DEMOKRASI ini tadi. Tetapi adakah Malaysia mengamalkan DEMOKRASI MUTLAK (BEBAS) 100% seperti yang diredhai kafir Barat? Jawapannya tidak juga. Ini kerana para pemimpin kita terdahulu tahu bahawa DEMOKRASI MUTLAK (BEBAS) ala Barat itu merupakan serampang dua mata yang boleh menghasilkan pemerintahan lemah sesebuah negara terutama kepada negara yang mempunyai penduduk majmuk yang begitu berlainan dari segi Agama, Bangsa & Budaya seperti Malaysia. Maka diformulakan DEMOKRASI TERPIMPIN (TERKAWAL) disamping RAJA BERPERLEMBAGAAN sebagai teras pemerintahan Malaysia.
Timbul pula satu persoalan, adakah kafir Barat redha dengan sistem DEMOKRASI TERPIMPIN & RAJA BERPELEMBAGAAN yang Malaysia guna hari ini? Jawapannya tidak sepenuhnya. Sejak dari merdeka lagi, kafir Barat terutama dari Britain & USA cuba memperkotak-katikkan kepimpinan Melayu-Islam kita dengan pelbagai muslihat, mereka suka jika Malaysia menjadi kucar-kacir akibat diperintah oleh pemimpin yang lemah & korup agar akhirnya umat Melayu-Islam melutut kembali kepada bekas penjajah Barat. Jika mereka tidak dapat melemahkan kerajaan Malaysia hari ini secara luaran, mereka akan cuba melemahkannya dari dalam, iaitu melalui minda & corak pemikiran para pemimpin politik kita sendiri. Mereka susupkan agenda halus mereka atas nama HAK ASASI MANUSIA. Kafir Barat sedar konsep DEMOKRASI TERPIMPIN & RAJA BERPERLEMBAGAAN Malaysia tidak dapat memberi banyak manfaat jangka panjang terhadap kepentingan kapitalisme mereka di rantau Asia Tenggara ini. Mereka mahu Malaysia menjadi sebuah Republik Demokrasi Liberal (Bebas) seperti Indonesia. Tujuan akhir mereka ialah tidak lain & tidak bukan untuk melahirkan masyarakat "rojak" yang hilang identiti serta jati diri kerana menganut KEBEBASAN yang tiada sempadan. Untungnya bagi pihak Kafir Barat ialah mereka akhirnya dapat kembali menjajah rantau ini melalui ekonomi & kegiatan komersil lain termasuk meratah hasil bumi seperti petroleum. Rumpun Melayu akhirnya akan tinggal sebagai bahan sejarah, akidah Islam akhirnya lupus dari ingatan & panduan warganya. Realitinya, tanpa kuasa politik, Melayu-Islam itu adalah paria di Malaysia, itulah hakikat kasarnya.
Lupakah kita akan asal-usul fitrah pemerintahan Melayu-Islam kita yang dahulunya bertunjangkan sistem MONARKI & TEOKRASI? Berkat sistem lama kita inilah juga yang menyebabkan warga Nusantara cepat menerima Islam tanpa banyak tentangan terutama di Tanah Melayu. Oleh kerana masyarakat Nusantara dahulu taat kepada RAJA, maka apabila RAJA itu tadi memeluk Islam, maka kesemua rakyatnya akan mengikuti jejak langkah RAJAnya tadi memeluk Islam tanpa sebarang penentangan, kerana ketika itu corak pemikiran DEMOKRASI tidak wujud, istilah pembangkang pun tidak wujud. Itulah berkatnya apabila sesama umat (Melayu-Islam) tidak mewujudkan sebarang perbezaan politik. Perbezaan politik tidak bermakna perbezaan pendapat. Dalam Islam, perbezaan pendapat itu diraikan, tetapi ada batasnya, antara batasnya ialah perbezaan pendapat itu tidak boleh memisahkan sesuatu golongan (Muslim) itu dari saf majoriti (kepimpinan) Islam yang sedia ada. Kita digalakkan bermusyawarah dalam satu ukhwah walaupun pahitnya terpaksa ditelan demi manfaat yang lebih besar. Tiada konsep PARTI POLITIK dalam ajaran siasah Islam yang asal. Apatah lagi PARTI ISLAM kerana Islam itu tidak berparti. Berbalik kepada soal RAJA memeluk Islam, apakah si RAJA Rumpun Melayu ini tadi sesenang begitu sahaja memeluk Islam tanpa usaha dakwah yang sabar & berterusan dari para pendakwah awal Islam di Tanah Melayu? Tepuk dada tanya iman, cari & galilah sejarah kedatangan Islam di Tanah Melayu.
Islam mengiktiraf MONARKI sebagai salah satu sistem fitrah pemerintahan manusia, kerana itu di awal kemunculan Empayar Islam, Nabi Muhammad S.A.W telah mengutuskan surat rasmi kepada pemerintah kerajaan Rom & Parsi yang ketika itu mengguna-pakai sistem MONARKI dalam pemerintahan mereka. Atas sebab itu jugalah para pendakwah awal Islam di Tanah Melayu tidak membentuk organisasi yang bersifat menentang RAJA-RAJA kita, kerana mereka tahu bahawa Islam menghormati & mengakui MONARKI sebagai sistem pemerintahan manusia yang sah. Begitu jugalah dengan sistem pemerintahan yang paling ideal dalam ajaran Islam iaitu sistem KHALIFAH yang juga boleh menerima sistem MONARKI sebagai salah satu jalan untuk menzahirkan pemerintahan KHALIFAH. Kerana itu umat Islam (Sunni) hari ini sering diajar mengenai Empayar Khalifah Umaiyyah, Empayar Khalifah Abassiyah & Empayar Khalifah Turki Uthmaniyyah yang kesemuanya menerima pakai sistem MONARKI dalam pemerintahan mereka. Sehingga ke hari ini para ulama muktabar dunia Islam Sunni mengiktiraf ketiga-tiga dinasti pemerintahan dunia Islam setelah Khalifah Ar-Rasyidin ini tadi sebagai pemerintahan KHALIFAH. Atas sebab yang sama juga orang Yahudi & Kristian sedang menunggu Al-Masih (Messiah) yang mereka yakini berasal dari susur galur keluarga (MONARKI) Nabi Daud A.S untuk bertakhta di Jerusalem memerintah Dunia Akhir Zaman. Oleh sebab itu Dajjal yang muncul nanti akan mengaku dia ialah dari keturunan para Nabi, kemudiannya dia akan diangkat oleh kafir (Yahudi & Nasrani) sebagai Al-Masih.
Poster ini suatu realiti, jika Malaysia langsung tidak meletakkan istilah DEMOKRASI pada sistem pemerintahannya, negara kita tidak akan bertahan lama, jadi kucar-kacir seperti nasib Iraq, Afghanistan, Somalia & kini Syria. Kerana itu kita "DARURAT" menerima sistem ini walaupun tidak sepenuhnya.
Nabi Muhammad S.A.W juga pernah bersabda bahawa Imam Mahdi kelak akan berasal dari susur galur keluarganya. Nabi Isa A.S pula adalah pewaris sebenar takhta MONARKI keluarga Nabi Daud A.S di Jerusalem (Baitulmaqdis). Dan Nabi Isa A.S kelak akan mengembalikan sistem KHALIFAH, menghapuskan segala sistem serta ideologi yang tidak Islamik termasuk DEMOKRASI MUTLAK (BEBAS) ini tadi. Dunia sekarang yang sedang dididik ke arah SISTEM DEMOKRASI MUTLAK (BEBAS) & KAPITALIS ini akan berakhir dengan SISTEM KHALIFAH. Kafir Yahudi & Kristian tahu akan hakikat ini, kerana itulah ada di antara mereka, para penyembah Iblis (Lucifer) yang berlindung di sebalik nama Freemasonry, Zionist, Illuminati & persatuan -persatuan rahsia lain mahu menyediakan dunia ini ke arah keruntuhan sistem DEMOKRASI MUTLAK (BEBAS) & KAPITALIS yang disengajakan agar manusia seluruh dunia yang selama ini terpaksa bergantung hidup dengan ekonomi pacuan sistem kapitalisme akan secara tiba-tiba menghadapi zaman gelap yang membuatkan kita semua akan hidup melarat & menderita, sehingga tiba suatu saat di mana kita terpaksa tunduk & akur dengan "bantuan nikmat" yang bakal dihadirkan oleh si Dajjal laknatullah, yang ketika itu telah diangkat menjadi MESSIAH (Al-Masih) oleh para penyembah Iblis yang selama ini memanipulasi perjalanan sejarah dunia sejak terjadinya Revolusi Perancis 1789.
Kesimpulannya DEMOKRASI MUTLAK (BEBAS) seperti yang sering dilaung-laungkan oleh manusia-manusia berpemikiran Liberal seluruh dunia hari ini sebenarnya tiada MASA DEPAN & TIADA HARAPAN. Kerana masa depan untuk ketamadunan anak cucu Adam ini akhirnya akan disimpulkan oleh kedatangan Satu Kerajaan Dunia yang kita orang Islam panggil sebagai Sistem Khalifah yang dinaungi Nabi Isa A.S. Golongan kafir yang kononnya anti NEW WORLD ORDER (NWO) sering melaung-laungkan KEBEBASAN sebenarnya adalah sesat kerana mereka juga secara tidak langsung dipengaruhi oleh unsur-unsur pemikiran Liberal yang pro agenda Dajjal. Jika kita anti kepada NWO sekalipun, jangan kita ikut orang-orang kafir yang menentang NWO dengan corak pemikiran mereka tersendiri kerana corak pemikiran mereka itu secara halusnya memusuhi juga sistem KHALIFAH yang bakal ditegakkan oleh Nabi Isa A.S nanti. Dunia ini tidak akan berakhir dengan KEBEBASAN MUTLAK seperti yang golongan kafir anti NWO itu mahukan. Ia akan berakhir dengan SISTEM KHALIFAH yang akan menggariskan segala perundangan & batas-batas kehidupan manusia berpandukan Al-Quran & Hadis. Setelah sistem Khalifah ini, tiada lagi sistem pemerintahan manusia yang terbaik dapat ditegakkan, dunia akan kembali ke era jahiliyyah (kacau bilau) sebelum kiamat berlaku. Bagi kita yang di Malaysia ini, pertahankanlah kestabilan yang ada melalui sistem "darurat" DEMOKRASI TERPIMPIN & RAJA BERPERLEMBAGAAN ini, selama mana kita mampu mengharungi tahun-tahun mendatang, sebelum manifestasi total NEW WORLD ORDER DAJJAL berlaku, wallahualam.
حدثنا إسحاق أخبرنا يعقوب بن إبراهيم حدثنا أبي عن صالح عن ابن شهاب أن سعيد بن المسيب سمع أبا هريرة رضي الله عنه قال
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم والذي نفسي بيده ليوشكن أن ينزل فيكم ابن مريم حكما عدلا فيكسر الصليب ويقتل الخنزير ويضع الجزية ويفيض المال حتى لا يقبله أحد حتى تكون السجدة الواحدة خيرا من الدنيا وما فيها ثم يقول أبو هريرة واقرءوا إن شئتم
Abu Huraira narrated that the Prophet صلى الله عليه وسلم said, "By whom my soul is in his hand, soon, the Son of Mary (Jesus) will come down to be among you as a just Ruler. He will break the cross, kill (outlaw raising) the pig, and abolish the Jizya (tax on Christians & Jews). There will be abundance (surplus or outflow) in Wealth (and money) to the extent that no one will accept it (if you want to give charity) and a single prostration (in prayer to Allah) will be better than the World and all what is in it." ( Sahih Bukhari, Sahih Muslim)
Comments
Post a Comment