Posts

Showing posts from January, 2011

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat Raja-Raja Melayu ini disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu dan adalah berikut:   "Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.   Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA ).   Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYUsehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.   Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.   Keemp

Utusan Malaysia Online - Berita Utama

Utusan Malaysia Online - Berita Utama KUALA LUMPUR 27 Jan. - Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) menerima baik keputusan kerajaan meneruskan penggunaan novel Interlok untuk komponen sastera (Komsas) dalam Bahasa Melayu tingkatan lima. Bagaimanapun pada masa sama, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) tidak bersetuju dengan keputusan tersebut kerana ia diteruskan dengan pindaan pada bahagian tertentu. Setiausaha Satu Gapena, Prof. Madya Datuk Zainal Abidin Borhan berkata, mereka menyambut baik keputusan kerajaan untuk mengekalkan penggunaan novel  Interlok  itu. Malah katanya, penubuhan panel bebas bagi membuat pindaan pada bahagian tertentu dalam novel karya Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain itu adalah dialu-alukan. ''Kami bersyukur kerajaan membuat keputusan itu. Bagaimanapun kami berharap perkataan asal dalam novel itu tidak diubah malah menyediakan glosari dan nota kaki bagi menjelaskan maksud perkataan-perkataan tertentu,'' katan

KHUTBAH WIDA' RASULLULAH S.A.W

Wahai Manusia, Dengarkanlah baik-baik apa yang hendak ku sampaikan dan ku katakan, aku tidak mengetahui apakah aku akan dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarkanlah dengan teliti kata-kata ku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak hadir disini pada hari ini. Wahai Manusia, Sepertimana kamu menganggap pada bulan ini dan kota ini suci, maka anggaplah bahawa jiwa dan harta setiap orang muslim itu sebagai amanah yang suci. Kembalikanlah harta-harta kamu yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu menyakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah sesungguhnya kamu akan menemui tuhan kamu, dan Dia pasti akan membuat perhitungan di atas amalan-amalan kamu. Allah S.W.T telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba adalah terbatal melalui sekarang. Berwaspadalah kamu terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu, dia telah berputus asa untuk menyesatka

Rapat Umum Perhimpunan Melayu di Pasir Salak...Disabotaj...

Asalamualaukum Pada permulaan Rapat Umum Himpunan Melayu yg akan diadakan di Pasir Salak pada 26 Feb 2011 ni mendapat panggilan supaya di KIV kan, ini juga dengan jelas kerajaan Negeri tidak menghormati Mantan Perdana Menteri ygh akan menyampaikan ucapan ucapan pada hati tersebut. Di sini juga jelas mereka mahu menjaga bangsa lain sehingga mengenepikan bangsa sendiri dan juga seperti tidak menghormati Manatan Perdana Menteri Tun Mahathir. Apakah mereka yg menerajui "Kerajaan Kalah" takut dengan bayang-bayang sendiri? Apakah tiada jasa Tun Mahathir mengtakbir Negara selama 22 tahun? Kepimpinan negeri Perak perlu sedar dan kembali kepada asas menjaga yg Majoriti bukan yang minoriti..... Perkasa adalah NGO yg mana terus menentang kezaliman tak kira sesiapa pun..... Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

ifi: BLOGGER Sent from my BlackBerry® wireless device ...

ifi: BLOGGER Sent from my BlackBerry® wireless device ... : "BLOGGER Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile."

Perhimpuna Wira Negara Revolusi

Image
Asalamualikum, Perhimpunan Wira Negara Revolusi telah berjaya menarik anak-anak muda daripada golongan Rockers, skate, Mat Rempit dan lain-lain golongan, perhimpunan selama 3 hari tu berjaya menarik lebih kurang 23,000 pengunjung Muda yg mana lebih kurang 65% tidak di daftarkan sebagai pengundi kerana mereka kurang minat terehadap Politik. Walau bagaimana pun Wira Perkasa berjaya mendaftarkan mereka sebagai pengundi. Ini juga kejayaan yang besar kerana berjaya mendapatkan pengundi baru. Walau pun kami mendapat pelbagai tanggapan negatif daripada kebanyakan pihak. Wira Perkasa berjaya mengumpulkan seramai 20,000 lebih dengan Tiada Bantuan Kerajaan. Begitu pun kami tetap gigih menjayakan program tersebut. Wira Perkasa turut berterima kasih kepada Yayasan Bina Upaya, Ketua Pemuda UMNO Perak, Presiden Belia 4B yang turut membantu menjayakan program tersebut. InsyALLAH kami akan meneruskan Program-Program sebegini untuk menarik golongan-golongan muda khususnya untuk sayangkan Nega
BLOGGER Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.