Posts

Showing posts from January, 2021

Kerajaan juga perlu memainkan peranan penting

Image
Asalamuaalaikum  Kerajaan menyarankan supaya rakyat mengikut SOP yang di sarankan oleh KKM. Selepas PKP 1.0 apakah kerajaan juga membuat sanitasi secara berterusan?  Selain rakyat memainkan peranan, kerajaan juga perlu membuat sanitasi secara berterusan, ini juga salah satu cara yang penting supaya apabila habis PKP 2.0 ini COVID-19 dapat dikawal dan juga wajibkan supaya peniaga khususnya pemilik Restoran, Stesyen Minyak, Managment Kondominium, Rumah Pangsa dan lain-lain yang melibatkan sentuhan mewajibkan mereka-mereka melantik satu badan persendirian atau syarikat yang bertauliah untuk membuat sanitasi secara harian.  Peranan kerajaan juga penting supaya “educate” rakyat berkenaan normal baru. Sanitasi ini amat penting, mengapa apabila fogging nyamuk adis boleh dilakukan dan mengapa tidak sanitasi kepada tempat-tempat awam secara berkala. Takkan kita nk tunggu bila mempunyai kes baru buat?  Rakyat rata-rata akur dengan perintah kerajaan walaupun menghadapi kesukaran kehidupan harian,

CAKAP TAK SERUPA BIKIN

Image
 Asalamuaalaikum  Kenyataan ahli politik berkenaan kedudukan parti mereka pada PRU yang akan datang menambahkan kekeliruan kepada rakyat. Seharusnya mereka lebih mementingkan keadaan dan  rakyat pada ketika ini, kita masih lagi melawan Covid-19 yang mana angkanya yang tinggi dan juga banjir yang melanda 6 buah Negeri.  Mereka ini masih lagi mementingkan kedudukan mereka berbanding rakyat yang semakin susah. Majoriti rakyat pada PRU yang lepas telah menolak Barisan Nasional setelah 60 tahun menjadi kerajaan. Mereka diberi peluang, bukan oleh rakyat tetapi daripada ketidak stabilan politik negara dan juga kolibrasi beberapa parti politik dan orang-orang politik.  Kebanyakan rakyat yang sebenarnya rasa diperbodohkan kerana peralihan kerajaan berlaku tetapi hanya sementara. Mereka yang mempunyai masalah-masalah rasuah kembali berkuasa dalam masa yang sama keadaan rakyat masih seperti ditakuk yang sama (tiada perubahan)  Begitu hebat mereka menghentam satu sama lain, didepan ahli-ahli parti