Memo Bantahan Terhadap HLBB
MEMORANDUM BANTAHAN Wira Perkasa Malaysia dengan ini ingin menyampaikan Memorandum Bantahan terhadap Hong Leong Bank Berhad. Memorandum ini adalah bertujuan untuk mengetengahkan isu-isu berkaitan pekerja-pekerja berbangsa Melayu yang masih bekerja dan yang telah diberhentikan oleh HLBB. Perkasa telah didatangi oleh beberapa pekerja dan bekas pekerja HLBB yang mana mereka mengadu telah berlaku beberapa insiden dan tindakan yang dilihat sebagai menindas mereka. Perkasa amat mengambil berat keatas perkara tersebut. Pengaduan mereka, yang kebanyakkannya, kalau tidak semua, yang terdiri dari ahli Kesatuan Pekerja Bank Kebangsaan atau NUBE, adalah disertakan bukti dan kronologi yang kelihatan jelas kepada Wira Perkasa sebagai tulen dan benar-benar memberikan persepsi bahawa HLBB telah bertindak dengan tidak professional, malah mungkin kearah bersikap rasis. Memorandum ini juga mengutuk sekeras-kerasnya, jika benar ianya berlaku, insiden yang berlaku di Johor Baharu. Kami diberitahu, berla