Posts

Showing posts from February, 2014

7 Wasiat Raja Raja Melayu, Siapa Khianat Siapa?

1. Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU. (Sudah Tiada) 2. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain. (Sudah ketinggalan) 3. Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara. (Masih kekal sehingga kini) 4. Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini. (Sudah ramai berani mempertikaikan) 5. Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan. (Sudah yg mula Agama lain mempertikaikan konon konon Perlembagaan Negara fasal 11 tetapi mereka terlupa tertakluk kepada (4) ) 6. Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAH

Siapa Nur Jazlan mahu menasihati PERKASA?

KENYATAAN MEDIA WIRA PERKASA MALAYSIA 23 Rabiulakhir 1435 / 23 Feb 2014 Jika berpolitik atas dasar kepentingan individu dan bukan untuk bangsa dan agama,lebih baik Nur Jazlan tutup mulut. Adakah beliau faham akan matlamat penubuhan Perkasa itu sendiri.Perkasa tidak perlu sesiapapun untuk dijinakkan. Perkasa adalah sebuah pertubuhan yang mempunyai matlamat yang jelas dalam mempertahankan dan memperkasakan agama Islam, mempertahankan hak hak keistimewaan bangsa melayu dan pribumi, memperkasakan kedaulatan raja raja melayu.Perkasa bukan binatang untuk dijinakkan. Beliau harus faham akan matlamat Perkasa ditubuhkan. Perkasa tidak pernah memanggil atau memaksa ahli ahli Umno untuk menyertai Perkasa tetapi ada pelbagai alasan kenapa ahli Umno tersebut menyertai Perkasa. Umno sudah tidak mampu lagi membela nasib orang Melayu seratus peratus, orang Melayu sudah terlalu kecewa dengan Umno itu sendiri, terutama dengan sikap pemimpin seperti Nur Jazlan ini. Fikirkanlah isu yang lebi