PDRM Harus bertindak
KENYATAAN MEDIA WIRA PERKASA MALAYSIA 02 OGOS 2016 | 28 SYAWAL 1437H 1. Merujuk kenyataan yang dikeluarkan oleh Malaysiakini yang bertarikh 02 Ogos 2016, berkenaan penutupan kes iaitu laporan polis yang dibuat oleh Khairul Azwan Harun pada minggu lepas. Wira Perkasa Malaysia ingin mempertikaikan keputusan yang dikeluarkan oleh pihak Polis DiRaja Malaysia. Menurut dakwaan dalam kenyataan tersebut, penutupan kes ini berdasarkan ia hanya andaian yang dibuat oleh Khairul Azwan Harun. 2. Saya amat terkejut dengan ulasan yang diberi oleh Tan Sri Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Negara. Mengapa begitu mudah kes ini ditutup? Menurut dakwaan Khairul Azwan pada kenyataan lepas dia mendakwa terdapat satu penyaluran maklumat ke agensi luar termasuk Biro Siasatan Persekutuan (FBI). Tambahan lagi ada beberapa dokumen dipalsukan demi kepentingan individu yang terlibat. Setiap laporan polis dibuat perlu disertakan dengan alasan yang kukuh serta bukti. 3. Tindakan Khairul Azwan Harun ini telah mengaibkan