Posts

Showing posts from April, 2017

Ayuh Bagun Anak Muda

Angaran seramai 200 ribu graduan baru setiap tahun dan kebayakan graduan ini membuat pinjaman daripada PTPTN. Setelah grad tiada kerja lalu kerajaan menyenarai hitam mereka ini kerana gagal membayar PTPTN. Apakah ini adil untuk graduan / anak muda? Ayuh anak muda kita perlu membuat ketetapan untuk mengubah nasib anda dengan menukar kerajaan pada PRU yang akan datang. Modes operandinya amat mudah, jangan pangkah dacing.  Irwan Fahmi Ideris  12hb April 2017 3:30am

Rakyat kian derita

Kehebatan pemimpin masa kini adalah dengan menjual aset negara lalu mengumumkan ekonomi negara kita kini stabil. Sebenarnya mereka yang stabil dan rakyat menderita. Rakyat kini terpaksa mengharungi keadaan ekonomi dengan berbagai yang meningkat secara mendadak. Cuba kita renungkan hari ini rata-rata kita mendengar keluhan rakyat, peniaga pun juga merasa akibat salah urus ekonomi negara dan kekayaan negara tidak diagihkan dengan adil. Akibatnya pemimpin kaya raya lalu rakyat menderita.  Ramai yang menyatakan bahawasanya melayu ini bangsa subsidi. Sebenarnya inilah juga cara kerajaan mengagihkan kekayaan negara kepada rakyat secara terus.  BR1M? Bukan semua mendapat bantuan ini dan bantuan ini nampaknya sekadar melepaskan batuk di tangga. Memberi BR1M lalu kaut kembali daripada rakyat. Ramai pegawai tinggi kerajaan diberhentikan atas pelbagai alasan. Sepatutnya PERDANA MENTERI seharusnya meletakkan jawatan. Kerana dibebani dengan pelbagai skandal. Saya juga tidak paham m