Posts

Showing posts from 2024

APAKAH MENTERI DARIPADA DAP INI BODOH ATAU KRANG HAJAR???

 Kenyataan media Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA)  14/06/2024 *Rakyat Malaysia harus menghormati Kontrak Sosial? Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) mengikuti Perkembangan semasa politik Tanah Air yang semakin membimbangkan terutamanya bila melibatkan kepentingan Orang Melayu yang menjadi majoriti di dalam Negara ini.  Kebimbangan orang melayu semakin terserlah apabila ada pihak pihak yang sudah Mula mencabar secara terbuka Hak-Hak kepentingan orang Melayu yang sudah termaktub dalam Perlembagaan Negara Perkasa melihat terlalu banyak cabaran yang telah melukakan hati orang melayu dan sudah sampai masanya untuk orang melayu memberitahu kepada seluruh Rakyat Malaysia apakah makna definisi Kontrak Sosial  Asas Perlembagaan Tanah Melayu yang kita perlu tahu sangat berkait dengan Kontrak Sosial. Kontrak Sosial di asaskan dari 5 hak Orang Melayu dan dari situlah, Perlembagaan Malaysia di gubal: 1) Perkara 3- Islam sebagai Agama Persekutuan 2) Perkara 14- Kewarganegaraan

KHIANAT PADA JANJI SENDIRI

Image
Asalamuaalaikum Ternyata kerajaan tidak mempunyai kemampuan dan kepakaran dalam mengurus kewangan Negara. Masalah rakyat tidak dapat diselesaikan malah menambah kesusahan rakyat. Dalam masa 2 tahun mereka memerintah pelbagai isu dan keharmonian kaum tidak terjamain. Dua tahun lepas dalam konvension PKR Anwar Ibrahim ada berkata 'bagaimana harga minyak nak turun kita tidak memerintah' sebelum berkuasa kini apabila kamu ditampuk kuasa janji tinggal janji. Kamu khianat pada rakyat, apa yang kamu niat, apa yang kamu ucapkan / kata dan perbuatan kamu adalah berbeza. Kamu seharusnya turun dan kamu juga menjadi Perdana Menteri atas gabungan parti politik yang mempunyai kepenting masing masing. Kamu tidak mendapat mandat rakyat. Kamu harus ingat doa orang yang teraniaya. Rakyat menghadapi kos sara hidup yang meningkat setiap hari. Kerajaan pula menarik pelbagai subsidi yang sekian lama dinikmati oleh rakyat.Mana formular formular? Mana pembatalan PTPTN? mana pendidikan percuma? Mana tu

BLACK FRIDAY 24 MEI 2024

Image
Kenyataan Media Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA)  24 MEI 2024  Black Friday Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) merujuk kepada Teks Khutbah Jumaat Jabatan Agama Islam Perak(JAIPk) yang menyeru Umat Islam untuk menghentikan kempen memboikot produk kepada syarikat Pro-Israel yang di baca oleh Imam Imam seluruh masjid di Negeri Perak.  Perkasa akan terus menyokong pembebasan Negara Palestin dengan bersolidariti bersama rakyat palestin dengan jihad memboikot segala produk dari syarikat yang menyalurkan sumbangan kewangan kepada Rejim Zionis Israel yang sedang bermaharaja lela membunuh Insan yang tidak berdosa di Palestin.  Perkasa berasa hairan apabila Jabatan Agama Islam Perak mengeluarkan Teks Khutbah yang menyeru Umat Islam di Malaysia untuk berhenti melancarkan kempen memboikot ini? Di manakah tahap kesedaran yang ada pada Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) apabila isu sensitiviti Umat Islam cuba di hapuskan? Apakah jihad kita kepada rakyat Palestin selain dari be

PENGUMUMAN DAN PERLAKSANAAN ADALAH DUA PERKARA YANG BERBEZA

Image
Asalamuaalaikum Pembangkang yang hari ini sudah menjadi kerajaan, semasa menjadi pembangkang disajikan kepada rakyat begitu banyak fomular fomular yang dapat menyesaikan masalah rakyat. Kini pembangkang tersebut sudah menjadi kerajaan, fomular mereka adalah menaikkan cukai, menarik subsidi, kos harga barang meningkat, barangan asas hilang daripada pasaran, menutup mulut rakyat yang mengkritik kerajaan, pelabur yang ada lari dan pelbagai lagi. Kini setelah hampir 2 tahun setengah memerintah bukan meringankan beban rakyat tetapi menambah beban kepada rakyat. Kerajaan ini selalu membuat pengumuman dan tetapi tiada perlaksanaan. Selesaikan masalah rakyat yang kian hari dihimpit dengan kos sara hidup yang meningkat. Irwan Fahmi Ideris Ketua Penerangan Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) 10:26am, 23 Mei 2024

Jika tak mampu turunlah dengan cara bermaruah

Image
Asalamuaalaikum WBT Seharusnya dalam keadaan Ringgit menjunam kerajaan perlu merangka rancangan jangka pendek, jangka sederhana dan juga jangka panjang. Menerangkan kepada rakyat dan juga meyakinkan para pelabur yang baru dan yang sedia ada bagaimanakah rancangan kerajaan dan cara-cara menyesaikan masalah ringgit yang kian merosot. Kerajaan seperti tidak berbuat apa-apa dan seperti tiada rancangan bagaimana mahu menyesaikan masalah ringgit. Kerajaan juga bukan sekadar gagal mengukuhkan ringgit tetapi juga gagal merancang ataupun tiada rancangan. Harvard dan Oxford telah mengeluarkan kenyataan bahawasanya ekonomi dunia pada tahun ini 2024 akan meleset. Bayangkan kini dengan keadaan ekonomi negara amat lemah dilanda pula dengan masalah ekonomi dunia yang bakal melanda. Kerajaan dan juga pembangkang seharusnya bersama dalam menyesaikan masalah rakyat dan juga bakal menghadapi  masalah kemelesetan ekonomi dunia. Masalah rakyat adalah masalah yang lebih utama yang perlu diselesaikan. Jika k

Mingkin Pesta Chap Go Meh Lebih Penting daripaya Nyawa Rakyat

Image
 Kenyataan Media Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia(PERKASA)  Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia(PERKASA) merujuk kepada portal berita kesihatan Codeblue yang menerbitkan surat daripada seorang pesara yang dikatakan tidak boleh menerima rawatan di Institut Jantung Negara(IJN) baru baru ini.  Perkasa terkejut dengan cadangan yang di buat oleh pihak KKM yang akan discaj ke semua pesakit Penjawat Awam dan pesara di IJN sebagai langkah penjimatan kos yang di lihat sebagai menggadaikan nyawa rakyat yang sedang mendapatkan rawatan di IJN.  Sedangkan penjawat awam ini juga berjasa kepada Negara, membangunkan Negara. Perkasa juga ingin bertanya adakah pihak KKM bercadang untuk mengeluarkan ke semua pesakit pesakit Penjawat Awam dan pesara di IJN seperti mana dakwaan yang di buat oleh KKM?   Perkasa juga ingin bertanya apakah ada jaminan pemantauan yang akan di buat oleh pihak KKM bila pesakit pesakit yang telah di discaj dari IJN nanti? Apakah nyawa mereka ini tidak penting? Sepatutnya pihak

Kerajaan yang tidak bertanggungjawab

Image
Asalamuaalaikum  Kos sara hidup seharian meningkat, rakyat tidak mahu tahu siapa yang kenakan hukuman dan sebagainya, kos kehidupan seharian makin meningkat ianya seperti pemimpin tidak memperdulikan masalah rakyat.  Dalam keadaan rakyat terhimpit kerajaan terus menarik pelbagai subsidi. Diesel akan meningkat, apabila meningkat sudah pasti kos-kos pengankutan juga akan meningkat. Kesannya sudah tentu kepada rakyat dan masalah rakyat  tidak selesa dan mungkin akan bertambah masalah.  Nampaknya kerajaan kini GAGAL menyesaikan masalah rakyat dan menambah pula masalah kepada rakyat.  Ingat kamu melihat kami kerdil di bawah dan juga kami selaku rakyat melihat kamu juga kerdil di atas.  Irwan Fahmi Ideris  Ketua Penerangan Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia  12:02am, 21 Feb 2024

Hari ini Sejarah Hitam untuk Undang Udang Syariah

Image
Asalamualaikum Seharusnya Raja-raja Melayu berbincang berkenaan undang undang Syariah disetiap negeri hendaklah sama. Kini undang undang Syariah disetiap negeri berbeza.  Seharusnya Raja-raja Melayu bersepakat undang-undang dan juga hukuman hendaklah sama disetiap negeri. Seharusnya perkara ini dibincangkan dalam Mesyuarat Raja-raja Melayu, bukan sekadar bermesyuarat memilih Perdana Menteri. Kepentingan umat Islam seharusnya menjadi agenda penting. Keputusan Mahkamah hari ini adalah suatu tamparan hebat kepada Raja-raja Melayu selaku ketua Agama di Negeri masing-masing.  #BlackFriday  Irwan Fahmi Ideris  Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia  3:21pm, 9 Feb 2024 

MEREKA MEWAH DIKALA RAKYAT MENDERITA

Image
Asalamuaalaikum. Apabila persempadanan kawasan-kawasan pilihanraya berlaku siapa yang rugi dan siapa yang untung? Sudah tentu apabila persempadanan semula ini berlaku maka bertambahlah kos-kos untuk membayar gaji-gaji Ahli Parlimen. Kini jumlah Ahli Parlimen adalah 222 Setiap tahun Ahli-ahli Parlimen diberi sejumlah gaji dan elaun untuk mereka menjalankan tugas sebagai wakil rakyat. Peruntukan ini termasuklah gaji sebagai Ahli Parlimen, kehadiran ke sidang Dewan Rakyat, elaun ke mesyuarat dan banyak lagi yang jika dikira boleh mencecah hampir RM40,000. Kami senaraikan gaji dan elaun Ahli Parlimen menurut infografik yang disediakan Malaysiakini, yang memetik sumber: Akta Ahli Parlimen (saraan) 1980 Nota: Nilai dan angka ini berdasarkan maklumat sehingga tahun 2020. Mungkin terdapat sedikit sebanyak perubahan. Artikel ini hanya ingin memberi gambaran kasar tentang tangga gaji Ahli Parlimen. 1. Gaji: RM16,000 sebulan 2. Elaun kehadiran sidang Parlimen: RM400 sehari 3. Mesyuarat/bengkel ag