Rakyat Malaysia tidak lagi Merdeka
Assalamuaalaikum WBT Isnin 16 Zulkaedah 1436 / 31 Ogos 2015 Negara kita mengalami keadaan ekonomi yang amat sukar. Dengan kedudukan mata wang menjadi rendah ada juga yang menyatakan beberapa buah Negara sudah mula tidak menerima mata wang kita. Mengapa ini berlaku? Ini semua kerana pelabur asing telah tidk percaya (Lost confident) kepada Negara kita, juga keadaan pemimpin kerajaan gagal mentadbir urus Negara dengan baik. Ini juga cukup untuk menurunkan mata wang Negara kita. Saya difahamkan bahawasanya perlaksanaan GST tidak mencapai matlamat kerajaan. Mengapakah tindakan kerajaan mengenakan cukai GST terhadap seluruh rakyat Malaysia? Adakah disebabkan kerajaan ingin membayar segala hutang-hutang negara dan membuat keputusan mengenakan GST? Rakyat semakin hari semakin membenci kerajaan kerana himpitan kehidupan seharian dan dalam pada masa yang sama Rakyat perlu bersusahan dan pemimpin pada hari ini bermewahan. Isu 1MDB juga adalah suatu perkara yang amat memalukan Negara.