Posts

Showing posts from 2018

SEPAKAT MEMBAWA BERKAT

Assalamualaikum w.t.h 1. Muthakhir ini kita di dengarkan dengan kenyataan dan ulasan dari 2 tokoh politik ternama Parti Keadilan Rakyat, iaitu Yang Berhormat Datuk Seri Azmin Ali dan Sdr Rafizi Ramli. Kedua tokoh ini amat disegani dikalangan pemimpin parti dan rakyat. 2. Namun terdapat beberapa komen, ulasan dan ucapan yang tidak molek untuk didengar. Menjadi seorang pemimpin bukan mudah. Apabila kita diberi amanah dan tanggungjawab oleh rakyat, seharusnya kita perlu peka dengan keadaan sekeliling. Lebih lagi apabila ketika berucap dikhalayak umum, setiap ayat harus diperhalusi sebelum dilontarkan. Mereka adalah wakil pucuk pimpinan parti, hal seperti ini harus diberi keutamaan oleh kerana ia menjadi cerminan kepada seluruh pucuk pimpinan. 3. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian. Paling penting cara pendekatan yang sesuai perlu digunakan bagi menjadikan ia satu contoh yang baik. Janganlah kerana tidak sependapat akhirnya kita melatah dengan apa sahaja ucapan atau ulasan yang

Apabila Pengkhianat Bersuara

KENYATAAN MEDIA OLEH IRWAN FAHMI IDERIS Mantan Ketua Wira Perkasa Malaysia 2010 - 2016 Tarikh : 5 Julai 2018 Saya ingin merujuk kenyataan Bekas Perdana Menteri Malaysia ke 6, Dato’ Seri Najib Bin Tun Abdul Razak di Malaysiakini yang bertarikh 5 Julai 2018. Saya amat percaya kenyataan ini dibuat selepas beliau merasa amat sedih dan kecewa kerana majoriti rakyat Malaysia telah menolak seluruh kepimpinannya pada Pilihan Raya Umum 14. Selaku Mantan Ketua Wira Perkasa Malaysia saya terpanggil membalas kenyataan yang dibuat beliau yang menyebut Perdana Menteri Malaysia kini iaitu YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad bersekongkol dengan pergerakan pelampau Melayu, PERKASA. Pertamanya saya ingin bertanya kepada beliau. Adakah beliau tahu akan peranan PERKASA? Benarkah PERKASA pergerakan pelampau Melayu? Semasa saya memegang jawatan Ketua Wira Perkasa Malaysia, kita tidak pernah membuat tindakan yang melanggar undang-undang dan perlembagaan. Kita hanya mempertahankan hak yang sepatutnya dibuat.

Perjuangan belum selesai

Kita menghalang kemasukan bekas-bekas ahli Umno ke dalam Pakatan Harapan kita tidak mahu mereka-meraka telah ditolak oleh rakyat akan menjadi virus dan penyakit kepada kita. Fokus utama adalah merencanakan Menifesto Pakatan Harapan kepada rakyat. Kita perlu memastikan setiap janji dikotakan. Ini buka masa berpolitik tetapi ini adalah masa untuk berkhimat seperti yang di janjikan. Sebagai contoh Menteri Besar Johor mengambil orang Umno sebagi Setiausaha Politik adalah tindakan yang tidak masuk akal dan ianya dan ianya akan membawa malapetaka kepada Pakatan Harapan. Oleh itu kita mohon supaya pucuk pimpinan Pakatan Harapan mengkaji kedudukan Menteri Besar Johor ini. Kerana tindakanya akan mendatangkan masalah kepada Pakatan Harapan. Jangan sampai rakyat menghukum seperti Umno Barisan Nasional. Watak-watak hero juga tidak diperlukan. Berkhimatlah kepada rakyat yang memberi peluang kepada kita mentadbir Negara. Sekian Terima Kasih Irwan Fahmi Ideris

Apakah Perdana Menteri mengkhianati umat Islam di Malaysia???

Kenyataan Media oleh Irwan Fahmi Ideris 14 Febuari 2018 | 07.00 petang 1. Negara Malaysia dikejutkan dengan kehadiran diplomat Israel secara rasmi menurut portal berita Malaysiakini pada 13 Febuari 2018. Ini merupakan satu perkhabaran yang mengejutkan buat semua. 2. Pertamanya sebagai seorang rakyat Malaysia yang umumnya kita tahu bahawa Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel, saya ingin bertanya apakah motif utama kedatangan diplomat ini? Jika dia hadir ke persidangan yang diadakan, siapa yang jemput mereka? Siapa juga membenarkan kemasukan diplomat ini dan delegasi yang lain ke dalam negara ini? Sememangnya jelas ia menunjukkan tindakan ini telah mencabar kewibawaan dan maruah negara. 3. Bebrapa bulan yang lepas rakyat Malaysia jelas telah menyampaikan mesej menolak dari mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara selepas pengumuman pengiktirafan itu telah dibuat oleh sekutu kuatnya Amerika Syarikat. Saya lihat juga pimpinan kerajaan juga turut buat perkara yang