Posts

Showing posts from 2020

Kelemahan kita

Image
Asalamuaalaikum Terima kasih kepada frontlines yang bertugas siang dan malam yang menjaga keselamatan dan ketenteraman awam, malangnya saya melihat masih ada sekatan jalan raya yang seperti tiada sekatan, hanya papan tanda pemeriksaan pihak berkuasa tetapi tidak diperiksa khasnya di kawasan lembah kelang. Saya memahami frontline kita kepenatan dan stress dgn tugas dan tanggungjawab. Akan tetapi kes-kes #Covid19 meningkat dengan mendadak sehingga hari ini 2188 kes baru. Vaksin yang berkesan yang telah kita lakukan sebelum ini adalah dengan mengurangkan pergaulan dan mengelak daripada berkunjung ke tempat-tempat yang sesak. Saya amat berharap supaya pohak berkuasa bertindak dengan lebih tegas supaya kita dapat mengawal dan mengurangkan kes-kes Covid-19 di negara kita. Kita pula sebagai masyarakat yang bertanggungjawab seharusnya menjaga diri sendiri dan keluarga kita sendiri. Masing-masing mempunyai peranan dalam melawan Virus Covid-19 ini Irwan Fahmi Ideris 24hb Nov 2020 7:09pm

Covid-19 dan Pam minuak

Asalamuaalaikum dan salam sejahtera. Beberapa hari yang lalu, ada beberapa kekeliruan yang berlaku yang mana orang yang mengisi minyak jika tidak masuk ke dalam petrol station dan hanya berurusan di pam minyak sahaja tidak perlu mendaftar My Sejehtera. Saya berpandangan keperluan mendaftar My Sejahtera adalah WAJIB. Salah satu punca jangkitan Covid-19 adalah melalui sentuhan. Sebagai contoh Jika seorang yang mempunyai Covid-19 tidak mendaftar My Sejahtera menyentuh pum minyak dan tempat pin card yang berada di pam minyak bagaimana kita mahu menjejaki orang tersebut apabila ianya merebak? Adalah lebih baik setiap urusan meWAJIBkan setiap orang mendaftar My Sejahtera bukan sajaha di station minyak. Mari kita sama-sama mempunyai sifat brtanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Bersama kita putuskan rangkain Covid-19. Kerana buat masa ini, inilah Vaksin yang ada untuk melawan Covid-19. Terima Kasih Irwan Fahmi Ideris

KRONOLOGI KONFRONTASI 1963-1965 INDONESIA TERHADAP MALAYSIA YANG PERLU ANDA KETAHUI.

1. Konfrontasi ini disebabkan oleh pembangkang politik dan tentera Indonesia yang tidak menyetujui penyatuan Tanah Melayu dengan tanah jajahan Mahkota British iaitu, Sabah dan Sarawak. 2. Penentangan ini dilakukan oleh Sukarno kerana cita-cita tingginya menentang penjajahan di Nusantara sebagai perang masa depan. 3. Di Brunei, pemberontak Kalimantan melakukan cubaan menculik Sultan Brunei dan merampas ladang minyak dan menjadikan orang Eropah sebagai tebusan. Tetapi, berjaya dipatahkan oleh Angkatan tentera Malaysia dan Gurkha dari Singapura. 4. Pada awalnya, Filipina & Indonesia secara rasminya bersetuju untuk menerima pembentukan Malaysia selepas mendapat pungutan suara yang dikelolakan oleh PBB. 5. Namun, dengan sikap Indonesia yang lalang bertukar menjadi penentangan keras penubuhan Malaysia daripada sebuah negara bebas. Soekarno mengutuk Malaysia secara terus-menerus dalam sidang kemuncak yang diadakan di Manila. 6. Selain mengutuk, Soekarno juga memutuskan hubungan diplomatik

Tidak Adil Kepada Melayu

Adalamuaalaikum WBT  Keperluan menjaga kepentingan dan kuasa Islam Melayu (16 juta daripada 30 juta rakyat Malaysia) keperluan persempadanaan semula itu amat penting, kerana ketika ini dilihat kepentingan Islam dan Melayu tidak sekata, malah sama dengan bangsa-bangsa minoriti. Kedudukan ini tidak adil kepada orang Islam Melayu dan merugikan orang Islam Melayu itu sendiri.  Persempadanaan semula ini memerlukan sokongan 2/3 majoriti bersamaan dengan 148 Ahli Parlimen menyokong untuk melaksanakan persempadanaan semula. Peduduk negara semakin bertambah adalah lebih baik juga Ahli Parlimen juga ditambah. Kali terakhir persempadanaan semula ini berlaku adalah pada tahun 1999.  Irwan Fahmi Ideris  27 Ramadhan 1441H 20hb Mei 2020 11:16am

Peniaga harus bertanggungjawab

#Day25 #Covid19 #MalaysiaMovementControlOrder #KekalTenang #StaySafe #StayHome #SaveLives Menurut KKM.. 'Terdapat 69 kes sporadik setakat ini yang tidak diketahui dari mana punca jangkitan. Kes sporadik itu dikesan selepas lebih 8,000 disaring berdasarkan ILI(Influenza-Like Illness) dan SARI(Severe Acute Respiratory Infection).' Sporadik maksudnya.. PUNCA JANGKITAN KITA TAK TAU DARI MANA Pesakit tiba-tiba datang klinik/hospital dengan gejala ILI (demam, batuk, sakit tekak) atau datang dengan sesak nafas etc. Tak ada ke luar negara. Tak ada contact dengan sesiapa covid +ve pun. Tak ada jumpa kluster itali ke, tabligh ke, kenduri kawin ke.. So dari mana punca? Pasar ke? Tesco ke? Giant ke? Supermart ke? Stesen minyak? Saudara mara kita ke? Sahabat handai kita ke? Kenalan kita yang kita pergi melawat rumah dia ke? Belum gi gunting rambut! Belum gi hantar dobi! Belum gi servis kereta! Pekara sebegini seharusnya pihak yang dinyatakan diatas perlu mengambi tindakan pro aktif. Mereka

HARGA BARANG MELAMBUNG KETIKA COVID-19

Image
Asalamuaalaikum WBT Sudah dekat dua minggu kita berada dirumah, sama-sama kita berdoa semoga kita memperolehi kesihatan yang baik hendaknya. Semasa keadaan #Covid19 melular, harga minyak dunia turun. Harga minyak petrol turun sehingga bawah RM1.50. Kebiasaan atas alasan ini peniaga-peniaga menaikkan harga barang, kini RM100 membeli di pasar seperti makan kurang daripada seminggu terutama barangang basah seperti sayur, ikan, ayam, daging dan sebagainya. Apakah alasan peniaga masih mengekalkan haraga barang-barang pada haraga minyak RM2,00 lebih dulu? Dahulu peniaga menggunakan alasan minyak mahal, transport dan senbagainya. Seharusnya KPDNKK perlu memantau peniaga-peniaga yang mengambil kesempatan. Seharusnya KPDNKK tidak boleh mengumumkan topeng muka boleh dijual dengan harga syiling sebanyak RM2.00 sekeping. Jika topeng ini berharga dengan begitu mahal sudah pasti orang tidak mampu memilikinya dan terdedah kepada penyakit ini. Apabila tidak membeli pendedahan penyakit akan

Jemaah Tabliq Adalah Jemaah Yang Taat

Asalamuaalaikum WBT Ramai rakyat Malaysia termasuk umat Islam sendiri menyalahkan jemaah Tabliq, sedangkan mereka ini tidak pernah memberi maslah kepada kerajaan sebelum ini. Mereka ini hanya mengamalkan perintah ALLAH dan sunah Rasulullah SAW. Jemaah Tabliq ini juga menjalakan kerja-kerja dakwah, kerja-kerja dakwah mereka bukan dibayar dan tidak dibiayai oleh mana-mana pihak. Mereka buat kerana ALLAH. Setidak tidaknya jemaah Tabliq ini mampu mengumpul umat Islam dengan begitu ramai. Tak perlu dibayar pun. Janganlah kita memandang serong terhadap Jemaah Tabliq ini kerana dakwah-dakwah mereka yang tak mampu kita laksanakan. Inilah sebab Islam mengHARAMkan minum arak yang boleh menyebabkan kita hilang kawalan pada diri sendiri serta mengHARAMkan juga memakan binatang-binatang seperti babi, binatang bertaring, binatang yang mempunyai kuku yang tajam, binatang dua alam (hidup didarat dan didalam air) dan sebagainya kerana kebanyakan bintang-binatang ini merbahaya dan beracun. Ini adal

Day 11- Cadangan Pusat Saringan Khas Untuk Covid-19

Image
Asalamuaalaikum WBT Sekadar Cadangan Adalah lebih baik jika kerajaan menyediakan pusat khas Corona Virus / Covid-19 Assessment Center yang berlainan daripada Hospital. Ini kerana apabila di Hospital ianya juga merisikokan pesakit-pesakit yang sudah ada di Hospital. Kita semua tahu buat masa ini Hospital Sg Buluh sudah pun menjadi Center utk pesakit-pesakit Covid-19 dan berkemungkinan Hospital Selayang akan menjadi tempat kedua untuk tumpu kepada Pesakit Covid-19 Ini baik untuk orang yang tinggal berdekan. Bagaimana pula dengan luar daripada Kuala Lumpur dan Selangor? Cadangan saya ialah saya yakin dan percaya ada kuoters-kouters kerjaan yang sudah tidak digunakan maka kita jadikan kuoters-kuoters tersebut untuk menjalankan saringan covid-19 sahaja. Apabila didapati Positif barulah bawakan ke Hospital yang berdekatan. Setidak-tidaknya hospital tidaklah penuh dengan sekadar membuat ujian-ujian Covid-19. Jika seorang persakit positif Covid-19 datang ke Hospital sebelum disarin

Day 10 JUMAAT MALAYSIA MOVEMENT CONTROL ORDER

Image
#Day10 #Covid19 Asalamuaalaikum  Salam Jumaat  Hari ini adalah minggu ke dua kita tidak menunaikan Solat Jumaat. Adakah pernah terfikir oleh kita perkara sebegini akan berlaku? Sudah pasti tidak.  Di kelapangan ini juga kita perlu bermuhasabah diri, melihat kembali kesilapan pada diri sendiri supaya diperbaiki pada masa yang akan datang. Suatu musibah itu berlaku adalah kerana kesilapan pada diri kita sendiri dan kita bersubahat (dengan tidak menegur salah laku orang lain) maka kita juga akan menerima musibah tersebut.  Seketika ini kita mempunyai ruang dan peluang masa yang begitu banyak untuk kita berbuat perkara yang jarang kita buat. Padanglah apakah tujuan kita dihidupkan? Setiap daripada kita mempunyai Amanah dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.  Inilah masanya kita mensucikan hati, sentiasa bersangka baik dan sentiasa memandang jalan penyesaian daripada berbicara perkara yang sudah berlaku.  Perkara yang penting adalah jaga diri sendiri maka akan

Covid-19 Kerajaan perlu Pro Aktif

Image
Tindakan kerajaan melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan adalah keputusan mungkin yang terbaik. Melanjutkan tempoh berkenaan kerana tiada pengurangan kes Covid-19 di negara kita. Angka-angka yang naik mendadak menjadikan tahap penyakit ini agak kritikal. Seperti yang saya nyatakan sebelum ini pendekatan kerajaan masih lagi berharap agar frontline kita dapat mengawal keadaan dengan harapan memperkecilkan angka-angka jangkitan. Saya tidak pasti sama ada adakah kerajaan telah melakukan sanitize ditempat-tempat yang mempunyai bilangan kes yang tinggi. Saya melihat kerajaan bergantung sepenuhnya kepada Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menyesaikan masalah yang besar ini. Kerajaan seharusnya melihat daripada aspek pencegahan. Benar dengan cara duduk dirumah boleh memutuskan rakaian jankitan Covid-19 ini, tetapi kerajaan kene pro aktif dengan menggunakan selurun jentera kerajaan seperti bomba, pihak kerajaan tempatan dan lain-lain agensi kerajaan membantu dengan membuat pembersi

Curfew Malaysia Covid-19

Asalamuaalaikum WBT Sekadar cadangan, adalah lebih baik jika kerajaan mengikut jejak kerajaan Negeri Sarawak menjalankan "Curfew" daripada 7:00pm malam kepada 7:00am pagi. Ini juga salah satu cara membendung wabak ini daripada berleluasa. Mungkin dengan cara ini dapat wabak Covid-19 ini dapat berkurangan. Ini memdangkan tiada urusan ke kedai dan sebagainya yang dapat dibuat selepas jam 7:00pm (Jikalau tinggal di Perak) Dalam masa yang sama juga pihak kerajaan KKM juga boleh membuat Sanitize di kawasan awam seperti di Supermarket, market, tempat "Red Zone" , pejabat kerajaan dan tempat-tempat yang banyak dikunjugi oleh orang ramai memandangkan pada masa itu tiada orang. Ini juga salah satu cara membunuh/membendung wabak Covid-19 ini merebak. Dengan waktu ini juga kita dapat membuat 2 perkara serentak iaitu membasmi serta mengelak rakyat daripada terus berjangkit. Memandangkan cara ini tidak pernah dilakukan oleh mana-mana negara. Kebanyakan n