Posts

Showing posts from February, 2024

Jika tak mampu turunlah dengan cara bermaruah

Image
Asalamuaalaikum WBT Seharusnya dalam keadaan Ringgit menjunam kerajaan perlu merangka rancangan jangka pendek, jangka sederhana dan juga jangka panjang. Menerangkan kepada rakyat dan juga meyakinkan para pelabur yang baru dan yang sedia ada bagaimanakah rancangan kerajaan dan cara-cara menyesaikan masalah ringgit yang kian merosot. Kerajaan seperti tidak berbuat apa-apa dan seperti tiada rancangan bagaimana mahu menyesaikan masalah ringgit. Kerajaan juga bukan sekadar gagal mengukuhkan ringgit tetapi juga gagal merancang ataupun tiada rancangan. Harvard dan Oxford telah mengeluarkan kenyataan bahawasanya ekonomi dunia pada tahun ini 2024 akan meleset. Bayangkan kini dengan keadaan ekonomi negara amat lemah dilanda pula dengan masalah ekonomi dunia yang bakal melanda. Kerajaan dan juga pembangkang seharusnya bersama dalam menyesaikan masalah rakyat dan juga bakal menghadapi  masalah kemelesetan ekonomi dunia. Masalah rakyat adalah masalah yang lebih utama yang perlu diselesaikan. Jika k

Mingkin Pesta Chap Go Meh Lebih Penting daripaya Nyawa Rakyat

Image
 Kenyataan Media Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia(PERKASA)  Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia(PERKASA) merujuk kepada portal berita kesihatan Codeblue yang menerbitkan surat daripada seorang pesara yang dikatakan tidak boleh menerima rawatan di Institut Jantung Negara(IJN) baru baru ini.  Perkasa terkejut dengan cadangan yang di buat oleh pihak KKM yang akan discaj ke semua pesakit Penjawat Awam dan pesara di IJN sebagai langkah penjimatan kos yang di lihat sebagai menggadaikan nyawa rakyat yang sedang mendapatkan rawatan di IJN.  Sedangkan penjawat awam ini juga berjasa kepada Negara, membangunkan Negara. Perkasa juga ingin bertanya adakah pihak KKM bercadang untuk mengeluarkan ke semua pesakit pesakit Penjawat Awam dan pesara di IJN seperti mana dakwaan yang di buat oleh KKM?   Perkasa juga ingin bertanya apakah ada jaminan pemantauan yang akan di buat oleh pihak KKM bila pesakit pesakit yang telah di discaj dari IJN nanti? Apakah nyawa mereka ini tidak penting? Sepatutnya pihak

Kerajaan yang tidak bertanggungjawab

Image
Asalamuaalaikum  Kos sara hidup seharian meningkat, rakyat tidak mahu tahu siapa yang kenakan hukuman dan sebagainya, kos kehidupan seharian makin meningkat ianya seperti pemimpin tidak memperdulikan masalah rakyat.  Dalam keadaan rakyat terhimpit kerajaan terus menarik pelbagai subsidi. Diesel akan meningkat, apabila meningkat sudah pasti kos-kos pengankutan juga akan meningkat. Kesannya sudah tentu kepada rakyat dan masalah rakyat  tidak selesa dan mungkin akan bertambah masalah.  Nampaknya kerajaan kini GAGAL menyesaikan masalah rakyat dan menambah pula masalah kepada rakyat.  Ingat kamu melihat kami kerdil di bawah dan juga kami selaku rakyat melihat kamu juga kerdil di atas.  Irwan Fahmi Ideris  Ketua Penerangan Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia  12:02am, 21 Feb 2024

Hari ini Sejarah Hitam untuk Undang Udang Syariah

Image
Asalamualaikum Seharusnya Raja-raja Melayu berbincang berkenaan undang undang Syariah disetiap negeri hendaklah sama. Kini undang undang Syariah disetiap negeri berbeza.  Seharusnya Raja-raja Melayu bersepakat undang-undang dan juga hukuman hendaklah sama disetiap negeri. Seharusnya perkara ini dibincangkan dalam Mesyuarat Raja-raja Melayu, bukan sekadar bermesyuarat memilih Perdana Menteri. Kepentingan umat Islam seharusnya menjadi agenda penting. Keputusan Mahkamah hari ini adalah suatu tamparan hebat kepada Raja-raja Melayu selaku ketua Agama di Negeri masing-masing.  #BlackFriday  Irwan Fahmi Ideris  Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia  3:21pm, 9 Feb 2024