Posts

Showing posts from May, 2024

BLACK FRIDAY 24 MEI 2024

Image
Kenyataan Media Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA)  24 MEI 2024  Black Friday Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) merujuk kepada Teks Khutbah Jumaat Jabatan Agama Islam Perak(JAIPk) yang menyeru Umat Islam untuk menghentikan kempen memboikot produk kepada syarikat Pro-Israel yang di baca oleh Imam Imam seluruh masjid di Negeri Perak.  Perkasa akan terus menyokong pembebasan Negara Palestin dengan bersolidariti bersama rakyat palestin dengan jihad memboikot segala produk dari syarikat yang menyalurkan sumbangan kewangan kepada Rejim Zionis Israel yang sedang bermaharaja lela membunuh Insan yang tidak berdosa di Palestin.  Perkasa berasa hairan apabila Jabatan Agama Islam Perak mengeluarkan Teks Khutbah yang menyeru Umat Islam di Malaysia untuk berhenti melancarkan kempen memboikot ini? Di manakah tahap kesedaran yang ada pada Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) apabila isu sensitiviti Umat Islam cuba di hapuskan? Apakah jihad kita kepada rakyat Palestin selain dari be

PENGUMUMAN DAN PERLAKSANAAN ADALAH DUA PERKARA YANG BERBEZA

Image
Asalamuaalaikum Pembangkang yang hari ini sudah menjadi kerajaan, semasa menjadi pembangkang disajikan kepada rakyat begitu banyak fomular fomular yang dapat menyesaikan masalah rakyat. Kini pembangkang tersebut sudah menjadi kerajaan, fomular mereka adalah menaikkan cukai, menarik subsidi, kos harga barang meningkat, barangan asas hilang daripada pasaran, menutup mulut rakyat yang mengkritik kerajaan, pelabur yang ada lari dan pelbagai lagi. Kini setelah hampir 2 tahun setengah memerintah bukan meringankan beban rakyat tetapi menambah beban kepada rakyat. Kerajaan ini selalu membuat pengumuman dan tetapi tiada perlaksanaan. Selesaikan masalah rakyat yang kian hari dihimpit dengan kos sara hidup yang meningkat. Irwan Fahmi Ideris Ketua Penerangan Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) 10:26am, 23 Mei 2024