Siapa Nur Jazlan mahu menasihati PERKASA?
KENYATAAN MEDIA WIRA PERKASA MALAYSIA 23 Rabiulakhir 1435 / 23 Feb 2014 Jika berpolitik atas dasar kepentingan individu dan bukan untuk bangsa dan agama,lebih baik Nur Jazlan tutup mulut. Adakah beliau faham akan matlamat penubuhan Perkasa itu sendiri.Perkasa tidak perlu sesiapapun untuk dijinakkan. Perkasa adalah sebuah pertubuhan yang mempunyai matlamat yang jelas dalam mempertahankan dan memperkasakan agama Islam, mempertahankan hak hak keistimewaan bangsa melayu dan pribumi, memperkasakan kedaulatan raja raja melayu.Perkasa bukan binatang untuk dijinakkan. Beliau harus faham akan matlamat Perkasa ditubuhkan. Perkasa tidak pernah memanggil atau memaksa ahli ahli Umno untuk menyertai Perkasa tetapi ada pelbagai alasan kenapa ahli Umno tersebut menyertai Perkasa. Umno sudah tidak mampu lagi membela nasib orang Melayu seratus peratus, orang Melayu sudah terlalu kecewa dengan Umno itu sendiri, terutama dengan sikap pemimpin seperti Nur Jazlan ini. Fikirkanlah isu yang lebi...