MAC lebih baik jaga bangsa kamu
KENYATAAN MEDIA WIRA PERKASA MALAYSIA 30 Oktober 2016 | 29 Muharram 1438H 1. Wira Perkasa Malaysia ingin menasihati Ketua Biro Keharmonian Kaum dan Agama MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker yang bimbang pihak berkuasa Islam mencampuri pihak bukan Islam agar lebih baik berdiam dari membuat kenyataan yang lebih mengelirukan orang ramai. 2. Ini berikutan isu burger tidak halal P.Ramly yang dijual dipasaraya secara terbuka di pusat membeli belah di Kuala Lumpur baru-baru ini. Dalam hal ini beliau digesa menasihati peniaga supaya lebih berhati-hati dan menjaga sensitiviti masyarakat umum. Bukan bimbang akan peranan dan tanggungjawab pihak berkuasa agama Islam. 3. Pihak berkuasa agama Islam tahu akan peranan dan tanggungjawab mereka. Mereka bertindak atas aduan yang dibuat. Sudah semestinya mereka menyiasat aduan tersebut. Dalam hal ini, premis tersebut disiasat oleh kerana dakwaan pengguna bahawa maklumat tentang penjualan makanan tersebut mengelirukan. Tindakan pihak berkuasa agama Islam memang w