Posts

Showing posts from August, 2012

Penghinaan yang Paling Buruk Dalam Sejarah Negara.

Image
Penyebaran Risalah menukar Jalur Gemilang pada Malam Malaysia menyambut keMERDEKAan. Kita melihat ini perkara yang serious, kerana ada pihak yang tak bertanggungjawab mengedarkan risalah ini. Apakah tujuan ianya di keluarkan? Ini juga satu hasutan kepada rakyat. Bendera ini melambangkan sesebuah Negara, tetapi ianya telah dilacurkan oleh pihak yang tak bertanggungjawab. Wira Perkasa memandang serious perkara ini, kita menganggap pihak tak bertanggungjawab ini tidak menghormati Negara dan Raja2 Melayu. Irwan Fahmi yang juga Ketua WIRA Perkasa merujuk akan sebaran risalah di sekitar Dataran Merdeka dan beberapa kawasan yang bertujuan mengajak rakyat menukar rupa bentuk bendara negara. Sikap sikap yang tak bertanggungjawab ini tak ubah seperti orang orang yang tidak bertamadun, bersikap seperti kebudak-budakan. Apakah tujuan Mereka? Apakan mereka ini mahu Malaysia menjadi Republik?, kata Irwan melalui pesanan ringkasnya sebentar tadi. “Kita juga berharap Pihak PDRM jalankan tugas sepe

MCA KEDAH SOKONG PERLASANAAN HUDUD

August 21, 2012KUALA LUMPUR, 21 Ogos — MCA Kedah hari ini secara terbuka menyokong hukum hudud dilaksanakan di negeri Kedah.Menurut pengerusi MCA negeri Kedah, Datuk Chong Itt Chew, rasionalnya kerana hudud tidak melibatkan orang bukan Islam.“Sekiranya pelaksanaan undang-undang hudud membawa kebaikan kepada negara, ia tidak akan menjadi masalah termasuk kepada bukan beragama Islam.“DAP juga tidak perlu membantah,” katanya lagi yang dipetik dari akhbar Sinar Harian hari ini.Beliau berkata, dalam keadaan sekarang, PAS harus menimbang semula kedudukannya dalam Pakatan Rakyat (PR) apabila DAP menolak hudud.“PAS perlu buat keputusan dengan meninggalkan PR.“Selagi dengan PR, PAS tidak akan berjaya melaksanakan hukum hudud.“MCA Kedah akan setuju jika PAS ingin bekerjasama dengan Umno dalam perjuangannya.“Saya lihat gabungan Umno dan Pas adalah tindakan terbaik demi masa depan rakyat dan negara,” beliau dilapor berkata.Di sebalik kelantangan MCA pusat menolak sebarang cadangan hukum hudud, M

Salam AidilFitri Maaf Zahir & Batin

Asalamuaalaikum WBT 20hb Ogos 2012. Dikesempatan ini saya menghulur 10 jari memohon Ampun dan Maaf jika mempunyai salah dan silap. Wasalam Irwan Fahmi Ideris @ i.F.i

Salam AidilFitri

Asalamuaalaikum WBT Ya ALLAH kau limpahkan keberkatan Mu, Nikmat Mu berikankalah kemenagan jua kejayaan buat mereka yg mengejar amalan2 dibulan ramadhan yg berlalu walau sedikit kejayaannya dr bulan2 sebelumnya dlm mencari kekamilan. Bergema Takbir di punghujung ramadhan tanda hadirnya Syawal kejayaan buat kalian setelah berpuasa selama sebulan peganglah kejayaan itu buat hari mendatang walau ianya sedikit moga akn bertambah buat hari2 yg mendatang. Ingatilah Dia Kasihilah Dia dng zikirrullah seringan2 amaln dunia dan seberat2 timbangan dari amalan2 yg dilakukan. Dia mengingati, mengasihi jua menyangi kita selagi mana kita mengingatiNya. Selamat Hari Raya AidilFitri saudaraku  seribu kemaafan dr insan yg lemah ini andai ada kecelaan diri baik sengaja mau pun tidak. Mendoakan kebahgian jua kesejahteraan buat kalian disamping insan2 tersayang. Salam Ukwah, Salam Hai ya alal Falah buat kalian. Irwan Fahmi Ideris @ i.F.i sekeluarga

Demokrasi Mutlak Tiada Masa Depan

Sepanjang sejarah peradaban manusia, dunia telah melalui pelbagai sistem atau ideologi pemerintahan untuk memenuhi kehendak manusia mentadbir bumi ini. Dari ideologi autokrasi, monarki, dinasti, teokrasi, komunisme, fasisme, hinggalah kepada demokrasi. Mana yang wujud dahulu tidak terlalu penting untuk dibicarakan, tetapi kesan serta hala tuju sesuatu sistem pemerintahan itu yang patut diberi perhatian. Seiringan dengan era penjajahan, Nusantara juga telah mengalami beberapa "revolusi" dalam ideologi yang diguna-pakai untuk menjalankan pemerintahan manusia. Rumpun Melayu pada asalnya adalah serasi dengan sistem MONARKI (yakni beraja) yang telah menjadi fitrah zaman berzaman nenek moyang kita, sejak wujudnya Empayar Srivijaya hingga ke Empayar Melayu Melaka. Begitu lamanya Rumpun Melayu hidup bersistem & beradat yang dinaungi oleh sistem monarki ini tadi sambil diperkuatkan lagi dengan kedatangan agama Islam ke Nusantara. Tidak dapat dinafikan bahawa tiada SISTEM ata

Bubur Lambuk, Lembah Pantai

Image
Asalamuaalaikum WBT. Alhamdulillah program anjuran Wira Perkasa Malaysia dan anjuran bersama Wira Perkasa Wilayah Persekutuan pada petang tadi berjaya. Wira Perkasa berjaya mengagihkan sebanyak 4500 bubur lambuk untuk penduduk sekitar Lembah Pantai, Tujuan program ini adalah memeriahkan bulan puasa sambil-sambil membuat ibadah bersedekah. Kepimpinan Wira juga berterima kasih kepada penduduk Lembah Pantai kerana sanggup beratur hanya untuk mendapatkan bubur Lambuk. Terima Kasih. Terima kasih juga kepada YB Dato Raja Nong Chik, Wira Perkasa Wilayah Persekutuan dan juga yang berkerja keras Hj Helmi bendehari Wira Perkasa Wilayah Persekutuan. Saya dan kepimpinan Wira Perkasa Malaysia amat berterima kasih, InsyaALLAH program Bubur Lambuk ini akan kita jadikan sebagai program tahunan atau pun aktiviti tahunan untuk Bulan Puasa. Saya sekali lagi berterima kasih kepada semua yang menjayakan Program ini. Sekian Terima Kasih IRWAN FAHMI IDERIS @ I.F. I

PROGRAM BUBUR LAMBUK WIRA PERKASA MALAYSIA DENGAN KERJASAMA WIRA PERKASA WILAYAH PERSEKUTUAN

Asalamuaalaukum WBT Anda dijemput utk bsama-sama ke Program Pengagihan Bubur Lambuk Anjuran Wira Perkasa Malaysia dengan kerjasama Wira Perkasa Wilayah Persekutuan Dan Majlis Iftar Bersama Menteri Wilayah, Tempat : PPR Kerinchi Lembah Pantai, Tarikh : 12 Ogos 2012, Masa : 3.00 ptg Solat Hajat Utk Umat Islam Rohingya di Masjid Ikhlasiah Lembah Pantai dan 5.00 ptg agihan bubur lambuk. Marilah kita bersama-sama menjayakan Program ini sambil-sambil kita beramal ibadah pada bulan Ramadan ini Wasalam Irwan Fahmi Ideris Ketua Wira Perkasa Malaysia

10 Malam Terakhir Ramadan

Asalamuaalaikum, Mari kita bersama-sama meningkatkan lagi amalan-amalan pada 10 Hari terakhir Ramadan ini. Antara kelebihan besar bulan Ramadhan ialah di dalamnya terdapat lalilatul-Qadar atau malam al-Qadar (kemuliaan) yang dinyatakan keistimewaannya secara khusus oleh Allah dalam surah al-QadrCukuplah saban tahun kita mengorbankan 10 Malam Terakhir Ramadhan dengan persiapan Hari Raya, berlepak-lepak, dan bermain mercun bagi kanak-kanak. Cubalah kita persiapkan awal-awal lagi persiapan raya itu agar kita dapat menumpukan perhatian pada 10 Malam Terakhir Ramadhan tahun 2012 ini. Apa salahnya kan?"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur'an) pada malam al-Qadar (kemuliaan). Dan tahukah kamu apakah malam al-Qadar itu? Malam al-Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar". (al-Qadr: 1-5)Dalam surah ini kita melih

Hudud.

Asalamuaalaikum, Salam Sejahtera. MCA masih lagi mempertikaikan hukum Hudud. Sebelum ini saya sedah mengeluarkan statement di Malaysiakini sebelum ini, 'Hukuman Hudud Biar orang Islam yang Menentukan'. Ini kerana perungandan Islam adalah dibawah bidang kuasa Raja-Raja Melayi bagi Negeri yang mempunyai Sultan dan bagi Negeri-Negeri yang tidak mempunyai Sultan segala perungdangan Agama terletak dalam bidang kuasa Yang Dipertuan Agong. Ini juga satu penghinaan terhadap umat Islam apabila Pemimpin MCA Chua Sooi Lek mempertikaikan undang-undang Islam. Kita dapat melihat MCA sudah lagi seperti tidak relevant bagi myasarakat Cina. Buktinya pada PRU yang lepas Mereka kalah dan hanya menang di kawasan yang mempunyai Majoriti pengundi Melayu. Kepimpinan Wira Perkasa mencabar MCA bertanding di kawasan majoriti Cina. Kembalikan sit-sit majoriti pengundi Melayu kepada Calon Melayu. Sepatutnya MCA perlu bertindang dengan lebih matang, bukan berani mempertikaikan hukuman Islam. Biar umat I