Posts

Showing posts from March, 2020

HARGA BARANG MELAMBUNG KETIKA COVID-19

Image
Asalamuaalaikum WBT Sudah dekat dua minggu kita berada dirumah, sama-sama kita berdoa semoga kita memperolehi kesihatan yang baik hendaknya. Semasa keadaan #Covid19 melular, harga minyak dunia turun. Harga minyak petrol turun sehingga bawah RM1.50. Kebiasaan atas alasan ini peniaga-peniaga menaikkan harga barang, kini RM100 membeli di pasar seperti makan kurang daripada seminggu terutama barangang basah seperti sayur, ikan, ayam, daging dan sebagainya. Apakah alasan peniaga masih mengekalkan haraga barang-barang pada haraga minyak RM2,00 lebih dulu? Dahulu peniaga menggunakan alasan minyak mahal, transport dan senbagainya. Seharusnya KPDNKK perlu memantau peniaga-peniaga yang mengambil kesempatan. Seharusnya KPDNKK tidak boleh mengumumkan topeng muka boleh dijual dengan harga syiling sebanyak RM2.00 sekeping. Jika topeng ini berharga dengan begitu mahal sudah pasti orang tidak mampu memilikinya dan terdedah kepada penyakit ini. Apabila tidak membeli pendedahan penyakit akan

Jemaah Tabliq Adalah Jemaah Yang Taat

Asalamuaalaikum WBT Ramai rakyat Malaysia termasuk umat Islam sendiri menyalahkan jemaah Tabliq, sedangkan mereka ini tidak pernah memberi maslah kepada kerajaan sebelum ini. Mereka ini hanya mengamalkan perintah ALLAH dan sunah Rasulullah SAW. Jemaah Tabliq ini juga menjalakan kerja-kerja dakwah, kerja-kerja dakwah mereka bukan dibayar dan tidak dibiayai oleh mana-mana pihak. Mereka buat kerana ALLAH. Setidak tidaknya jemaah Tabliq ini mampu mengumpul umat Islam dengan begitu ramai. Tak perlu dibayar pun. Janganlah kita memandang serong terhadap Jemaah Tabliq ini kerana dakwah-dakwah mereka yang tak mampu kita laksanakan. Inilah sebab Islam mengHARAMkan minum arak yang boleh menyebabkan kita hilang kawalan pada diri sendiri serta mengHARAMkan juga memakan binatang-binatang seperti babi, binatang bertaring, binatang yang mempunyai kuku yang tajam, binatang dua alam (hidup didarat dan didalam air) dan sebagainya kerana kebanyakan bintang-binatang ini merbahaya dan beracun. Ini adal

Day 11- Cadangan Pusat Saringan Khas Untuk Covid-19

Image
Asalamuaalaikum WBT Sekadar Cadangan Adalah lebih baik jika kerajaan menyediakan pusat khas Corona Virus / Covid-19 Assessment Center yang berlainan daripada Hospital. Ini kerana apabila di Hospital ianya juga merisikokan pesakit-pesakit yang sudah ada di Hospital. Kita semua tahu buat masa ini Hospital Sg Buluh sudah pun menjadi Center utk pesakit-pesakit Covid-19 dan berkemungkinan Hospital Selayang akan menjadi tempat kedua untuk tumpu kepada Pesakit Covid-19 Ini baik untuk orang yang tinggal berdekan. Bagaimana pula dengan luar daripada Kuala Lumpur dan Selangor? Cadangan saya ialah saya yakin dan percaya ada kuoters-kouters kerjaan yang sudah tidak digunakan maka kita jadikan kuoters-kuoters tersebut untuk menjalankan saringan covid-19 sahaja. Apabila didapati Positif barulah bawakan ke Hospital yang berdekatan. Setidak-tidaknya hospital tidaklah penuh dengan sekadar membuat ujian-ujian Covid-19. Jika seorang persakit positif Covid-19 datang ke Hospital sebelum disarin

Day 10 JUMAAT MALAYSIA MOVEMENT CONTROL ORDER

Image
#Day10 #Covid19 Asalamuaalaikum  Salam Jumaat  Hari ini adalah minggu ke dua kita tidak menunaikan Solat Jumaat. Adakah pernah terfikir oleh kita perkara sebegini akan berlaku? Sudah pasti tidak.  Di kelapangan ini juga kita perlu bermuhasabah diri, melihat kembali kesilapan pada diri sendiri supaya diperbaiki pada masa yang akan datang. Suatu musibah itu berlaku adalah kerana kesilapan pada diri kita sendiri dan kita bersubahat (dengan tidak menegur salah laku orang lain) maka kita juga akan menerima musibah tersebut.  Seketika ini kita mempunyai ruang dan peluang masa yang begitu banyak untuk kita berbuat perkara yang jarang kita buat. Padanglah apakah tujuan kita dihidupkan? Setiap daripada kita mempunyai Amanah dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.  Inilah masanya kita mensucikan hati, sentiasa bersangka baik dan sentiasa memandang jalan penyesaian daripada berbicara perkara yang sudah berlaku.  Perkara yang penting adalah jaga diri sendiri maka akan

Covid-19 Kerajaan perlu Pro Aktif

Image
Tindakan kerajaan melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan adalah keputusan mungkin yang terbaik. Melanjutkan tempoh berkenaan kerana tiada pengurangan kes Covid-19 di negara kita. Angka-angka yang naik mendadak menjadikan tahap penyakit ini agak kritikal. Seperti yang saya nyatakan sebelum ini pendekatan kerajaan masih lagi berharap agar frontline kita dapat mengawal keadaan dengan harapan memperkecilkan angka-angka jangkitan. Saya tidak pasti sama ada adakah kerajaan telah melakukan sanitize ditempat-tempat yang mempunyai bilangan kes yang tinggi. Saya melihat kerajaan bergantung sepenuhnya kepada Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menyesaikan masalah yang besar ini. Kerajaan seharusnya melihat daripada aspek pencegahan. Benar dengan cara duduk dirumah boleh memutuskan rakaian jankitan Covid-19 ini, tetapi kerajaan kene pro aktif dengan menggunakan selurun jentera kerajaan seperti bomba, pihak kerajaan tempatan dan lain-lain agensi kerajaan membantu dengan membuat pembersi

Curfew Malaysia Covid-19

Asalamuaalaikum WBT Sekadar cadangan, adalah lebih baik jika kerajaan mengikut jejak kerajaan Negeri Sarawak menjalankan "Curfew" daripada 7:00pm malam kepada 7:00am pagi. Ini juga salah satu cara membendung wabak ini daripada berleluasa. Mungkin dengan cara ini dapat wabak Covid-19 ini dapat berkurangan. Ini memdangkan tiada urusan ke kedai dan sebagainya yang dapat dibuat selepas jam 7:00pm (Jikalau tinggal di Perak) Dalam masa yang sama juga pihak kerajaan KKM juga boleh membuat Sanitize di kawasan awam seperti di Supermarket, market, tempat "Red Zone" , pejabat kerajaan dan tempat-tempat yang banyak dikunjugi oleh orang ramai memandangkan pada masa itu tiada orang. Ini juga salah satu cara membunuh/membendung wabak Covid-19 ini merebak. Dengan waktu ini juga kita dapat membuat 2 perkara serentak iaitu membasmi serta mengelak rakyat daripada terus berjangkit. Memandangkan cara ini tidak pernah dilakukan oleh mana-mana negara. Kebanyakan n