Posts

Showing posts from September, 2015

Apa Itu TPPA?

Image
Trans Pacific Partnership Agreement atau Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik adalah salah satu cara lain untuk kepentingan-kepentingan korporat US mengongkong negara-negara yang sedang membangun dari sudut geo-politik. Dalam hal ini, di kawasan Asia-Pasifik. Sebenarnya, apa saja cadangan dari Amerika Syarikat dalam perjanjian ini akan menguntungkan kepentingan-kepentingan korporat dari Negara itu, dan akan merugikan kita. Mereka mengatakan ia adalah perdagangan bebas; tapi ia adalah perdagangan yang tidak bebas dan tidak adil; cuba dikawal ketat melalui undang-undang antarabangsa. Apa yang dikehendaki dari persefahaman ini adalah supaya mereka dapat peluang monopoli perolehan kerajaan dan pasaran Malaysia selepas ia dibuka kepada syarikat asing tanpa kawalan. Malah, Amerika yang dikuasai oleh gergasi-gergasi korporat ingin meletakkan kepentingan syarikat-syarikat pelabur lebih tinggi daripada kepentingan rakyat dari pelbagai aspek kehidupan, seperti hak untuk kesihatan dan hak u

Sedangkan Singapura tidak mengamalkan Sek Jenis Kebangsaan,

Image
Kenyataan Wira Perkasa Malaysia 11 Zulkhijah 1436 / 24hb Sept 2015 Wira Perkasa Malaysia menyokong kenyataan Datuk Sirajuddin, Pengerusi Biro Pendidikan terhadap sekolah satu aliran mewujudkan kestabilan sosial dan memperkukuhkan perpaduan. Cadangan ini harus di ambil perhatian terutamanya oleh pihak kerajaan dan semua lapisan bangsa. Wira Perkasa berpandangan jika sekolah satu aliran ini diterapkan ia akan memberi impak yg besar terutamanya pada perpaduan kaum. Tambahan pula sejak kebelakangan ini permasalahan kaum makin merebak dan menyular dengan begitu pantas. Kami melihat tiada permasalahan atau kesan negatif tentang sekolah satu aliran. Jadi agak musykil jika masih ada pihak yg masih tidak bersetuju dengan perkara yg baik seperti ini. Kami mengiktirafkan mereka yg menolak sekolah satu aliran ini adalah rasis dan tidak bersama dalam perpaduan kaum. Puak2 seperti ini harus diperlucutkan kerakyatan mereka sahaja. Hanya sekadar bercakap pasal perpaduan kaum tp tidak menyokong terhada

Bakal penganti wajib mempunyai sifat-sifat ini.

Carilah penganti pemimpin yang mempunyai 4 sifat-sifat ini:- Pertama Siddiq Siddiq ertinya benar. Benar adalah suatu sifat yang mulia yang menghiasi akhlak seseorang yang beriman kepada Allah dan kepada perkara-perkara yang ghaib. Ia merupakan sifat pertama yang wajib dimiliki para Nabi dan Rasul yang dikirim Tuhan ke alam dunia ini bagi membawa wahyu dan agamanya. Kedua Amanah  Amanah ertinya benar-benar boleh dipercayai. Jika satu urusan diserahkan kepadanya, nescaya orang percaya bahawa urusan itu akan dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Oleh kerana itulah penduduk Makkah member gelaran kepada Nabi Muhammad SAW dengan gelaran ‘Al-Amin’ yang bermaksud ‘terpercaya’, jauh sebelum beliau diangkat jadi seorang Rasul. Apa pun yang beliau ucapkan, dipercayai dan diyakini penduduk Makkah kerana beliau terkenal sebagai seorang yang tidak pernah berdusta.   Ketiga Tabligh  Tabligh ertinya menyampaikan. Segala firman Allah SWT yang ditujukan oleh manusia, disampaikan oleh Baginda. Tidak ada ya