Posts

Showing posts from 2015

G25? Lori ke Bas???

Saya merasakan kumpulan G25 ini terlampau mengikut budaya barat. Mereka ini menjadi Islam sekadar dilahirkan sebagai Islam. Hakikat tidak mengikuti ajaran Islam. Jahilnya kumpulan ini sehingga tidak tahu menilaikan yang baik dan yang buruk dan bersandarkan kepada akal semata-mata, Kita mengecam kenyataan kumpulan ini. Mereka ini darjatnya sama seperti binatang.  Sekian 

Negara bakal dijajah kembali

Apakah negara kita membagun dengan adanya bantuan daripada Negara luar? Tidak ada TPP, negara kita sudah pun diketegerikan antara yang sedang membangun.  Adakah Sejarah akan berulang? Malaysia secara tidak langsung  akan menerima 'US Advisor' setaraf dengan 'British Advisor' atau Residen British pada masa campur tangan Inggeris sehingga Tanah Melayu terjajah secara fisikal. Adakah negara kembali dijajah dengan ode baru? Neo-colonisation atau adakah TPPA sekadar merentasi era globalisasi ? dan akan terhakiskah kedaulatan Raja-raja Melayu dalam suatu masa tertentu ? Semasa ekonomi dunia gawat, negara kita mengambil beberapa tindakan drastik membuat keputusan bijak dengan tidak meminjam pinjaman daripada IMF, tidak memperdagangkan Ringgit.  Dasar pandang ke timur pun mula diperkenalkan ini kerana Jepun sebagai contoh antara negara yang cepat (recovery) apa bila sesuatu berlaku daripada serangan Bom perang dunia ke dua dan pada 2008 Tsnunami. Kita lihat negara ini begitu ce

Nyatakan ketetapan, adakah tindakan diambil sebab 90% adalah dikalangan orang Melayu?

Yb Datuk S Subramaniam, saya minta Kementerian Kesihatan hentikan serbuan di kedai2 vape seluruh Malaysia. nyatakan dahulu pendirian tetap KKM. Jangan berpolitik tentang isu ini. Hari ni haram vape, esok rampas nikotin, seterusnya kenakan cukai dan rampas semua barang2an vapor. Apa semua ni?  Punca pendapatan 90% anak muda Melayu di dalam industri vape. Jangan ganggu. Datuk kena ingat parlimen 140 Segamat MAJORITI orang Melayu. Orang-orang Melayu yang angkat Datuk sehingga menjadi Menteri. Jangan pulak nak berpaling tadah sekarang ni. Kalau nak rampas tolong rampas semua penjualan rokok yang ada nikotin. Rokok lebih jauh lebih merbahaya daripada Vape, Jangan pilih kasih dalam isu ini. Sekian,  Irwah Fahmi Ideris

Haramkan juga peniaga-peniaga kedai rokok, mereka juga menjual nicotine

Kenyataan Wira Perkasa Malaysia 23 Muharam 1437H | 5 November 2015    Wira Perkasa Malaysia hari ini ingin mempersoalkan tentang kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Kesihatan Datuk S. Subramaniam yang ingin membanteras penjualan cecair nikotin tanpa lesen yang digunakan untuk e-rokok. Merujuk kenyataannya melalui portal Malaysiakini, jika didapati tidak mempunyai lesen untuk menjual, pihaknya akan merampas e-rokok yang mengandungi cecair nikotin. Perkara ini sebenarnya telah dibangkitkan oleh Kementerian Kesihatan sejak tahun 2013. Namun hingga kini masih tidak mempunyai ketetapan  dari segi perlaksanaan penguatkuasaan mengikut Akta Racun 1952. Soalnya mengapa sekarang? Setelah beberapa tahun penjualan nikotin didalam e-rokok, baru sekarang mereka mahu mengambil tindakan. Apa sebenarnya yang mereka mahukan? Selepas penjualan e-rokok meningkat dan memberi hasil yang lumayan kepada peniaga barulah mereka mencari pelbagai kaedah untuk membanteras penjualan e-rokok. Penjualan rokok tem

Daulat Tuanku

Kenyataan Wira Perkasa Malaysia 27 Zulhijjah 1436H | 10 Oktober 2015 Wira Perkasa Malaysia ingin menyatakan sokongan penuh terhadap titah DYMM Raja-Raja Melayu yang terkandung dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Sesungguhnya Raja-Raja Melayu perihatin dengan kemelut isu 1MDB yang masih belum selesai. Apabila sesuatu masalah berlaku dalam negara khususnya melibatkan isu besar dan kepentingan rakyat, Raja berhak menitahkan kepada pentadbiran kerajaan untuk menyelesaikan dengan kadar segera. Siasatan terhadap 1MDB harus diselesaikan dengan kadar segera, kerana ia jelas ini adalah masalah paling besar yang negara sedang alami kini. Siasatan yang telus dan adil harus dilaksankan. DYMM Raja-Raja menitahkan agar jangan ada tangan-tangan luar yang cuba mencampuri siasatan kes 1MDB. Ini sangat penting dalam kita memelihara kedaulatan negara Malaysia. Kami Wira Perkasa Malaysia menyokong ucapan titah yang disampaikan oleh Baginda Sultan Johor Tuanku Sultan Ibra

Berita daripada Israel

Berita daripada Israel

Apa Itu TPPA?

Image
Trans Pacific Partnership Agreement atau Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik adalah salah satu cara lain untuk kepentingan-kepentingan korporat US mengongkong negara-negara yang sedang membangun dari sudut geo-politik. Dalam hal ini, di kawasan Asia-Pasifik. Sebenarnya, apa saja cadangan dari Amerika Syarikat dalam perjanjian ini akan menguntungkan kepentingan-kepentingan korporat dari Negara itu, dan akan merugikan kita. Mereka mengatakan ia adalah perdagangan bebas; tapi ia adalah perdagangan yang tidak bebas dan tidak adil; cuba dikawal ketat melalui undang-undang antarabangsa. Apa yang dikehendaki dari persefahaman ini adalah supaya mereka dapat peluang monopoli perolehan kerajaan dan pasaran Malaysia selepas ia dibuka kepada syarikat asing tanpa kawalan. Malah, Amerika yang dikuasai oleh gergasi-gergasi korporat ingin meletakkan kepentingan syarikat-syarikat pelabur lebih tinggi daripada kepentingan rakyat dari pelbagai aspek kehidupan, seperti hak untuk kesihatan dan hak u

Sedangkan Singapura tidak mengamalkan Sek Jenis Kebangsaan,

Image
Kenyataan Wira Perkasa Malaysia 11 Zulkhijah 1436 / 24hb Sept 2015 Wira Perkasa Malaysia menyokong kenyataan Datuk Sirajuddin, Pengerusi Biro Pendidikan terhadap sekolah satu aliran mewujudkan kestabilan sosial dan memperkukuhkan perpaduan. Cadangan ini harus di ambil perhatian terutamanya oleh pihak kerajaan dan semua lapisan bangsa. Wira Perkasa berpandangan jika sekolah satu aliran ini diterapkan ia akan memberi impak yg besar terutamanya pada perpaduan kaum. Tambahan pula sejak kebelakangan ini permasalahan kaum makin merebak dan menyular dengan begitu pantas. Kami melihat tiada permasalahan atau kesan negatif tentang sekolah satu aliran. Jadi agak musykil jika masih ada pihak yg masih tidak bersetuju dengan perkara yg baik seperti ini. Kami mengiktirafkan mereka yg menolak sekolah satu aliran ini adalah rasis dan tidak bersama dalam perpaduan kaum. Puak2 seperti ini harus diperlucutkan kerakyatan mereka sahaja. Hanya sekadar bercakap pasal perpaduan kaum tp tidak menyokong terhada

Bakal penganti wajib mempunyai sifat-sifat ini.

Carilah penganti pemimpin yang mempunyai 4 sifat-sifat ini:- Pertama Siddiq Siddiq ertinya benar. Benar adalah suatu sifat yang mulia yang menghiasi akhlak seseorang yang beriman kepada Allah dan kepada perkara-perkara yang ghaib. Ia merupakan sifat pertama yang wajib dimiliki para Nabi dan Rasul yang dikirim Tuhan ke alam dunia ini bagi membawa wahyu dan agamanya. Kedua Amanah  Amanah ertinya benar-benar boleh dipercayai. Jika satu urusan diserahkan kepadanya, nescaya orang percaya bahawa urusan itu akan dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Oleh kerana itulah penduduk Makkah member gelaran kepada Nabi Muhammad SAW dengan gelaran ‘Al-Amin’ yang bermaksud ‘terpercaya’, jauh sebelum beliau diangkat jadi seorang Rasul. Apa pun yang beliau ucapkan, dipercayai dan diyakini penduduk Makkah kerana beliau terkenal sebagai seorang yang tidak pernah berdusta.   Ketiga Tabligh  Tabligh ertinya menyampaikan. Segala firman Allah SWT yang ditujukan oleh manusia, disampaikan oleh Baginda. Tidak ada ya

Rakyat Malaysia tidak lagi Merdeka

Assalamuaalaikum WBT Isnin  16 Zulkaedah 1436 /  31 Ogos 2015    Negara kita mengalami keadaan ekonomi yang amat sukar. Dengan kedudukan mata wang menjadi rendah ada juga yang menyatakan beberapa buah Negara sudah mula tidak menerima mata wang kita. Mengapa ini berlaku? Ini semua kerana pelabur asing telah tidk percaya (Lost confident) kepada Negara kita, juga keadaan pemimpin kerajaan gagal mentadbir urus Negara dengan baik. Ini juga cukup untuk menurunkan mata wang Negara kita. Saya difahamkan bahawasanya perlaksanaan GST tidak mencapai matlamat kerajaan. Mengapakah tindakan kerajaan mengenakan cukai GST terhadap seluruh rakyat Malaysia? Adakah disebabkan kerajaan ingin membayar segala hutang-hutang negara dan membuat keputusan mengenakan GST? Rakyat semakin hari semakin membenci kerajaan kerana himpitan kehidupan seharian dan dalam pada masa yang sama Rakyat perlu bersusahan dan pemimpin pada hari ini bermewahan. Isu 1MDB juga adalah suatu perkara yang amat memalukan Negara.

Kene betindak lebih bukan sekadar becakap

Kenyataan Wira Perkasa Malaysia 24 Syawal 1436 / 9hb Ogos 2015 Kenyataan yang dikeluarkan oleh YB Khairy Jamaluddin baru-baru ini amat melucukan. Tidak takut kehilangan jawatan atas mempertahankan SPRM berikutan isu 1MDB. Setakat bersuara lantang dan beri kenyataan sesiapa pun boleh buat. Bercakap soal perjuangan, kita harus ikhlas dalam mengambil tindakan. Jangan asyik bercakap walhal tidak nampak apa pun hasilnya. Pemimpin muda seperti dia harus jadikan dirinya contoh kepada masyarakat. Jika dia benar berani, lakukanlah apa sahaja demi menegakkan kebenaran seperti yang dilakukan oleh Tan Sri Mayhuddin Yassin. Menyuarakan kebenaran hingga dipecat.  Itu barulah seorang pemimpin yang berani dan tegas. Tidak berpura-pura seperti ini dalam menyatakan kebenaran. Lakukan dan buktikan sesuatu dari kenyataan tersebut. Jika tidak sokong, nyatakan saja. Apa yang nak dikhuatir kan? Nyatakan dengan jelas. Jika kenyataan seperti ini lebih baik dia berdiam diri saja. Kenyataan ini seperti sekadar m

Iftar Wira Perkasa bersama OKU

Image
Asalamualaikum  Majlis Berbuka Puasa Bersama Warga OKU anjuran Wira Perkasa Malaysia pada : Tarikh : 8 Julai 2015 (Rabu) Masa : Jam 6.30 petang Tempat: No.G21, Jalan Bandar 4, Taman Melawati Hulu Kelang, Selangor. Turut sama hadir Dato Ibrahim Ali, Presiden Perkasa, Datuk Abdul Rahman Abu Bakar (Timbalan Presiden Perkasa), Sdr Syed Hassan Syed Ali (Setiausaha Agung Perkasa), Ustaz Hassan Basri (Ketua Penerangan Perkasa), Sdr Abu Bakar Yahya (YDP Perkasa Selangor), Encik Zakaria Yahya (Penasihat Persatuan Cacat Penglihatan Islam Malaysia), Jawatankuasa Wira Perkasa Malaysia. Seramai lebih 170 org hadir termasuk 70 warga OKU yg hadir dan diraikan dlm majlis tersebut. Sumbangan berupa kain pelikat dan duit saguhati hari raya disampaikan kepada warga OKU oleh Sdr Irwan Fahmi Ideris, Ketua Wira Perkasa.

Semua seperti dijangka.

Image
Negara kita sudah tercalar di mata dunia akibat daripada sikap ambil mudah dan budaya mengampu pemimpin-pemimpin. Inilah yang dahulu tahun 2013 saya perkatakan dan cuba sampaikan demi kebaikan semua, akan tetapi ia dipandang mudah akhirnya?, semua telahan menjadi nyata. Meraka sudah tiada rasa takut kepada pencipta.  Mungkin mereka lupa Menzalimi itu adalah menzalimi diri sendiri. Kuasa yang ada pada manusia adalah bersifat sementara.  "Berkata benar walaupun ianya pahit"  Ya ALLAH, selamatkanlah Agama Mu, bangsa ini dan bumi bertuah ini Allahuakhbar!!! Irwan Fahmi Ideris

DBKL PERLU AWASI PAPAN TANDA ELETRONIK

Image
KENYATAAN WIRA PERKASA MALAYSIA 6 JULAI 2015 | 19 RAMADHAN 1436/1437 Pada 1.15 jam petang, 6 Julai 2015, Wira Perkasa Malaysia telah berkumpul dan menyerahkan Memo Bantahan terhadap paparan iklan oleh syarikat Servcorp di Ibu Pejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Jalan Raja Laut. Memo bantahan tersebut diserahkan oleh Ketua Wira Perkasa Malaysia Sdr. Irwan Fahmi Ideris dan diterima oleh Pembantu Peribadi kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur, En.Shukri. Kedatangan Wira Perkasa  disambut baik oleh pihak DBKL. Wira Perkasa Mendesak supaya DBKL lebih bertanggungjawab bagi menentukan kelulusan apa jua iklan papan tanda supaya menepati segala perundangan dan ciri2 budaya identiti negara(termasuk mendaulat Bahasa Kebangsaan) selaras dgn prinsip2 rukun negara serta Islam Agama Persekutuan dan memainkan peranan yg penting supaya perkara seperti syarikat Servcorp  menggunakan gambar binatang untuk pakaikan pakaian rasmi orang Melayu Islam tidak berulang dan juga membuat ucapan Selamat Hari Raya yang

Dihimpit dan terus dihimpit.

Kepimpinan Wira Perkasa merasa kesal akibat penambahan kadar toll. Ini bukalah masa untuk menaikkan kadar toll. Ini kerana rakyat sekarang ini dibebani dengan masalah kos kehidupan yang tinggi. Sepatutnya kerajaan harus memikirkan suatu cara untuk mengatasi masalah dengan tidak membebankan rakyat. Kita lihat rakyat dihari ini yang mana rata-rata terhimpit akibat kenaikan barang- barang asas.  Ketidak cekap kerajaan yang menguruskan kewangan Negara dan akibatnya yang ditanggung oleh rakyat. Sedangkan memanda-memanda menteri yang menggunakan kenderaan kerajaan, tidak perlu membayar toll dan tidak perlu membayar petrol yang mungkin tidak dapat memahami keadaan kesusahan rakyat.  Kita juga perlu melihat keamanan hari ini adalah daripada kepimpinan pemimpin dahulu yang begitu cekap mengtakbir negara sehingga krisis kewangan dunia kita dapat mengatasi dan menyelamatkan negara kita daripada hutang dengan IMF. Inilah sepatutnya menjadi contoh kepada kepimpinan kerajaan hari ini supaya tidak me

Ini anatara pemimpin paling bodoh abad ini

Kenyataan bodoh oleh Bekas Timbalan Menteri Melayu. Semalam keluar satu kenyataan media yang sangat bodoh dilakukan oleh seorang Bekas Timbalan Menteri Melayu. Menidakkan hak Melayu dan Bumiputera dalam RMK 11 adalah satu perkara yang tidak rasional bagi kami WIRA PERKASA MALYSIA.  Siapa dia yang mahu bersuara untuk menidakkan hak Melayu dan Bumiputra? Selepas menjadi timbalan menteri kini dia berani bersuara untuk memangkah orang-orang Melayu yang dulu mengangkat sehingga menjadi Timbalan Menteri. Dasar kacang lupakan kulit, mudah benar lupa diri. Kalau bukan orang Melayu yang angkat dia dulu siapa dia sekarang? Cuba menjadi pembela bangsa asing dan sebenarnya dia membangsatkan diri dihadapan orang Melayu! Contoh orang Melayu yang lupa dri dan bodoh amat teserlah.  Apa agenda dia dalam manjadi pejuang bangsa asing? Benar kata Tun Mahathir, Melayu mudah lupa. Inilah buktinya! Jika kita nak jadi pemimpin tak pelu mempopularkan diri dengan mengeluarkan kenyataan bodoh seperti ini. Cukup

Ditipu Hanya Sekali

Keputusan PRU 13 yang lepas membuktikan hasil kerja buat kerajaan yang tidak dapat menarik undi kaum Cina setelah semuanya digadai. antaranya adalah:- 1. Membenarkan pencetakan dalan Negara dan mengimpot bible daripada Indonesia (Dalamnya mempunyai Kalimah Allah) dan mengedarkan di Seluruh Malaysia. Yang mana ianya bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan Fasal 11(4) 2) BR1M 3) Memberi jutaan ringgit kepada sekolah cina sedangkan banyak sekolah Tahfiz yang tidak dibantu. Sebanyak 87% kaum ini keluar mengundi dan ianya sejarah yang terbanyak keluar mengundi tetapi kerajaan hanya mendapat 3% ke 5% undi sahaja dan sehingga kini Hj Najib masih lagi membuat perkara yang sama sedangkan segala kerja buat nya tidak membuahkan hasil. PRU13 yang lepas orang-orang melayu tiada pilihan terpaksa memilih Barisan Nasional. Kerajaan harus ingat kerana UNDI MELAYU mereka berkuasa. Kita lihat Hj Najib masih lagi sombong dan angkuh menjawab persoalan rakyat dengan sindiran. Harus diingat de

Tabung Haji atau pun Tabung 1MDB ???

Kenyataan Wira Perkasa Malaysia 19 Rejab 1436/1437 Saya amat merasa dukacita dan kesal dengan tindakan Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez yang membenarkan Tabung Haji terlibat dalam urusan pembelian tanah 1MDB. Bagaimana perkara seperti ini boleh berlaku? Dimana letak keperihatinan dan tanggungjawab Pengerusi dan Pegawai Eksekutif Operasi Tabung Haji? Apa kepentingan Tabung Haji membeli tanah tersebut? Tabung haji adalah badan kewangan yang memegang amanah rakyat yang menyimpan wang bagi urusan mengerjakan Haji di Mekah. Jadi apa kaitan tanah 1MDB dengan Tabung Haji?  Perkara ini telah mengundang kritikan dan kemarahan rakyat kepada Pengerusi Tabung Haji, Datuk Abdul Azeez apabila beliau menafikan dakwaan bloger didalam laman sosial beliau. Setelah isu ini semakin hangat diperkatakan akhirnya beliau menjelaskan bahawa Tabung Haji telah membeli satu lot tanah 1MDB. Tindakan seperti ini tidak harus berlaku. Seperti yang dijangka semasa perlantikan beliau didalam Tabung Haji seb

TPPA??? APAKAH AKAN TERGADAI NEGARA KITA???

Khabarnya Kerajaan akan menandatangani perjanjian TPPA. Saya difahamkan ianya tidak mendatangkan keuntungan kepada Negara, jika ianya baik sekali pun mengapa ianya tidak diterangkan kepada rakyat? dan ianya seperti menyembunyikan sesuatu. Adakah disebabkan agenda TPPA ini sehingga Barak Obama datang ke Malaysia dan boleh meluangkan masa bermain golf pada waktu krismas tempoh hari?  Jika ianya memudaratkan negara saya bersama kepimpinan Wira Perkasa Malaysia membantah Kerajaan menandatangani TPPA. Irwan Fahmi Ideris Ketua Wira Perkasa Malaysia

Sudah Cukup segalanya digadai 2

Kenyataan Wira PERKASA Malaysia 17 Jamadilakhir 1436 / 7hb April 2015 Saya bersama kepimpinan Wira PERKASA Malaysia menyokong penuh terhadap mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad. Umum mengetahui kritikan Tun Mahathir kepada Dato Seri Najib baru baru ini telah memberi kesan yang sangat hebat. Saya merasakan bahawa kritikan Tun Mahathir adalah jelas kerana apa yang kita lihat hari ini bahawa Dato Sri Najib telah gagal dalam pentadbiran beliau sebagai seorang Perdana Menteri. Kritikan Tun Mahathir adalah relevan. Pengalaman beliau selama 22 tahun sebagai pemerintah negara telah membuktikan bahawa Malaysia telah diangkat dimata dunia. Jasa Tun Mahathir kepada negara amat besar dan tidak ternilai. Sumbangan beliau terhadap Agama, Bangsa dan Negara sangat beharga. Pembangunan pesat, penstrukturan ekonomi yang kukuh dan kehadiran Tun di Majlis-majlis rasmi serta Kongres dunia telah membuktikan bahawa Tun Mahathir adalah seorang pemimpin yang berkaliber.  Kami akan bersama dgn Tun Mahat

Alhamdullillah akhirnya Hudud dilaksanakan

Assalamualaikum WBT Saya bersama kepimpinan Wira PERKASA Malaysia menyokong penuh dengan perlaksanaan Hukum Hudud di negeri Kelantan. Hukum hudud yang sekian lama menjadi buah mulut masyarakat kini akhirnya akan dilaksanakan di Kelantan selepas pembentangan rang undang-undang syariah awal telah pun diluluskan di sidang dewan Kelantan. Kita sebagai seorang Islam seharusnya kita harus bersedia dalam apa jua perlaksanaan dan tindakan dalam melaksanakan perintah Allah. Tidak perlu lagi kita berdolak dalih dalam perkara wajib yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. Saya ingin mengingatkan bahawa negara ini adalah negara Islam menurut dalam Perlembagaan negara. Perlembagaan Negara ada menyatakan bahawa Agama Islam adalah Persekutuan. Justeru tidak perlu lagi menjadi pertikaian bagi mana-mana pihak tentang perlaksanaan hukum Hudud.  Mengapa perlu membuat provokasi dan kempen yang mahu mengalihkan pandangan masyarakat Islam khususnya bagi menolak hukum hudud? Kita umat Islam di Malaysia ini tidak

GST: EKONOMI BERPENDAPATAN TINGGI, ANTARA REALITI DAN FANTASI

Kenyataan Wira Perkasa Malaysia 30 Jamadil Akhir 1436 / 21hb Mac 2015 Pelaksanaan GST kini memasuki Fasa Terakhir. Sesi penerangan GST sedang giat diperhebatkan di seluruh pelusuk negara. Namun begitu, berdasarkan satu kajian rambang menunjukkan kesan pelaksanaan GST ke atas pendapatan bulanan seorang rakyat adalah diantara 1.0% hingga 1.2%. Ini bermakna jika pendapatan bulanan seorang rakyat ialah RM3,000.00, maka kesan GST adalah sebanyak RM30.00 sebulan dan RM360.00 setahun setiap seorang. Oleh yang demikian, KEPIMPINAN WIRA PERKASA menggesa pihak kerajaan untuk menangguhkan sahaja pelaksanaan GST sehingga satu kajian menyeluruh dilaksanakan ke atas impak sebenar perlaksanaan GST atas ekonomi seorang rakyat marhean. Walaupun langkah penangguhan ini akan dilihat sebagai membantutkan pertumbahan ekonomi Negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi. Sebagai balasan keatas hasrat kerajaan melaksanakan GST ini, KEPIMPINAN WIRA PERKASA berpendapat, antara langkah terbaik yang patut dilakuk

Jangan disebabkan bangsa lain kita berpecah belah

KENYATAAN MEDIA WIRA PERKASA MALAYSIA 24 Rabiul Akhir 1436 / 16hb Febuari 2015  Wira perkasa merasa amat tidak berpuas hati malah sangat marah apabila melihat  kenyataan Suhaizan Dewan Pemuda PAS Malaysia yang amat biadap dan kurang waras apabila menyatakan 'cadangan boikot peniaga cina adalah setaraf Perkasa' di dalam sebuah laman web. Siapa dia untuk memperkatakan sedemikian dan memperlekehkan Perkasa sebegini?. Adakah dia mengenali Perkasa? Tahukah dia tentang Perkasa serta halatujunya? Pernah dia duduk bersama Perkasa? Jangan hanya pandai melabelkan sahaja tanpa mengenali. Beliau sudah lupa yang Wira Perkasa pernah menghantar untuk memohon membuat kunjungan hormat bersama Pemuda PAS dengan sebab wira Perkasa  ingin mencari tiik persamaan dalam perjuangan Islam serta Melayu tetapi amat mengejutkan permintaan kami itu dibatalkan atas sebab tidak munasbah.  Tidak layak langsung untuk dia mengata apa-apa tentang Perkasa. Orang seperti dia lah yang merenggang kan lagi ukhwah ant

Syabas.....

Kenyataan Wira Perkasa Malaysia 11 RabiulAkhir 1436 / 3hb Febuari 2015 Kenyataan Ketua Wira Perkasa Malaysia Tahniah dan syabas diucapkan kepada Menteri Pertanian Industri dan Asas Tani Dato' Seri Ismail Sabri atas keberanian beliau dlm mengeluarkan kenyataan baru baru ini. Beliau meminta kepada peniaga kaum cina agar menurunkan harga barang disebabkan pihak kerajaan telah menurunkan harga minyak sejak Disember lalu. Namun kenyataan ini telah diputar belitkan beberapa pihak hingga mengakibatkan timbul salah faham dan menyebabkan Dato Seri Ismail Sabri dikatakan menegeluarkan kenyataan yang berbaur perkauman. Mengapa perlu diperlakukan sedemikian? Apa lagi yang mereka mahu? Jangan cuba menyimbah minyak kedalam api. Kita sedia maklum bahawa peniaga berbangsa cina boleh mempengaruhi harga barangan kerana mereka sememangnya menguasai perniagaan barangan asas di Malaysia. Jangan hanya kerana permintaan dibuat oleh seorang menteri berbangsa Melayu maka kenyataan ini mudah dipusing dan di

Tidak menggangu gugat agama bangsa lain.

Kenyataan Wira Perkasa Malaysia 10 RabiulAkhir 1436 / 2hb Febuari 2015 Setinggi tahniah dan terima kasih diucapkan pada Datuk Ustaz Kazim Elias atas perkara yang dinyatakan dalam ceramah beliau yang saya tonton melalui applikasi whatsapp baru baru ini. Beliau telah menyedarkan segelintir orang orang melayu yang kini ramai yang telah berpaling arah untuk menjaga dan mempertahankan maruah bangsa Melayu. Saya rasa sesiapa saja yang menonton pasti akan terkesan kerana kini sudah ramai yang tidak mahu ambil kisah tentang pejuang negara yang majoriti berbangsa Melayu yang mempertahankan keselamatan dan kedaulatan tanah air. Persetankan kepada mereka yang hanya tahu mengeji mencaci memaki usaha kita dalam mempertahankan maruah agama bangsa dan negara ini. Tidak ada manfaat yang kita peroleh dari mereka pun. Apa salah Datuk Ustaz Kazim Elias hingga ada antara mereka sanggup membuat laporan polis dengan menyatakan bahawa Datuk Ustaz Kazim Elias membuat kenyataan yang berbaur perkauman..?? Apa y

Siapa yang bela samseng?

KENYATAAN WIRA PERKASA MALAYSIA 19 Rabiulawal 1436 / 10hb Januari 2015 KAMI WIRA PERKASA MALAYSIA INGIN MENYATAKAN RASA KESAL DENGAN TINDAKAN BIADAP YANG MELAMPAU DARI  PEGAWAI KHAS MENTERI BELIA DAN SUKAN YB KHARI JAMALUDIN JUGA MERANGKAP KETUA PEMUDA UMNO LENGGONG IRUAN ZULKIFLI BIN MOHAMAD YANG TELAH MEMUKUL KETUA WIRA PERKASA PARLIMEN LENGGONG SAUDARA SAAD BIN ABD RAHMAN. KEJADIAN ITU TELAH MENGAKIBATKAN BELIAU MENGALAMI KECEDERAAN DIBAHAGIAN MUKA. DIFAHAMKAN TINDAKAN LIAR DAN TIDAK BERTAMADUN ITU BERLAKU BERPUNCA DARI SALAH FAHAM KECIL SAHAJA. SAYA INGIN BERTANYA MENGAPA SAMPAI PERLU MENGANGKAT TANGAN KE MUKA BANGSA SENDIRI..?? SEBAGAI SEORANG PEGAWAI KHAS JUGA KETUA PEMUDA UMNO LENGGONG MANA PERGI KREDIBELITI DAN INTEGRITI NYA?? JIKA TIDAK SUKA DENGAN WIRA PERKASA SEKALIPUN TIDAK PERLULAH MEMBUAT TINDAKAN SEDEMIKIAN. ADAKAH DIA MERASAKAN DENGAN ADANYA JAWATAN TERSEBUT BELIAU BOLEH BERTINDAK SESUKA HATI?! SAUDARA SAAD TELAH MEMBUAT LAPORAN POLIS TENTANG KEJADIAN INI. SAYA AMAT BER

Selepas Hardrock kini kuil canggih bakal dibina

KENYATAAN MEDIA WIRA PERKASA MALAYSIA. 17 Rabul Awal 1436 / 8hb Januari 2015  KAMI AMAT DUKACITA DENGAN BERITA YANG SAYA TERIMA APABILA KUIL PALING UNIK TELAH DIBINA DAN AKAN SIAP TIDAK LAMA LAGI. KUIL TERSEBUT TERLETAK DI PRISINT 20 PUTRAJAYA, BERDEKATAN DENGAN KAWASAN TANAH PERKUBURAN. SIAPA YANG TELAH MEMBERI KELULUSAN BAGI PROJEK INI..? BEGITU MUDAH MENYERAHKAN TAPAK UNTUK MEMBINA KUIL DISITU. MENGAPA MESTI DI PUTRAJAYA? RATA  RATA KAWASAN YANG DIHUNI OLEH ORANG ORANG MELAYU.  TERNYATA MENTERI WILAYAH DAN YDP MAJLIS PERBANDARAN PUTRAJAYA GAGAL DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN PERANCANGAN PERBANDARAN. RATA2 KUIL YANG DIBINA DISELURUH NEGARA KINI BEGITU MUDAH UNTUK MENDAPAT KELULUSAN DAN DIBINA, SEPERTI CENDAWAN TUMBUH. JELAS KITA LIHAT DARI PERANCANGAN HINGGA PENGUATKUASAAN TETNYATA GAGAL.  INGAT, ISLAM AGAMA PERSEKUTUAN MALAYSIA. JIKA KITA BUAT PERMOHONAN UNTUK MEMBINA MASJID ADA SAJA ALASAN UNTUK MELULUSKANNYA. TAPI JIKA KUIL, BINA DAHULU BARU DAPAT KELULUSAN. MANA PERGI INTEGRITI DALAM ME