Sokong buat rebah
Kenyataan Media Wira Perkasa Malaysia 27 Julai 2016 | 22 Syawal 1437H 1. Wira Perkasa Malaysia ingin mempersoalkan tindakan Khairul Azwan Harun (Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia) yang telah membuat laporan Polis terhadap Tan Sri Abdul Ghani Patail bekas peguam negara, Tan Sri Zetty Akhtar Aziz bekas gabenor bank negara dan Tan Sri Abu Kasim Mohamed bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mendakwa mereka ini terlibat dalam konspirasi ingin menjatuhkan Perdana Menteri semalam. 2. Bagaimana Khairul Azwan yang lebih mengetahui hal ini? Di manakah dia mendapat bukti? Dia mendakwa bahawa dia mengesyaki yang ketiga-tiga bekas kakitangan kerajaan ini mempunyai niat yang jahat terhadap Perdana Menteri. Kalau tiada bukti pihak polis pasti polis tidak melayan tindakan dia untuk membuat laporan polis. Jadi persoalan yang perlu dijawab disini adalah mana dia dapat bukti itu dan apakah ia telah diserahkan kepada pihak polis? 3. Saya merasakan dia tidak layak untuk