Posts

Showing posts from January, 2022

PEMIMPIN YANG KHIANAT PADA RAKYAT

Image
Asalamuaalaikum Saya melihat ramai pemimpin mementingkan kepentingan diri sendiri daripada rakyat. Sedangkan rakyat memberi kepercayaan kepada mereka untuk membela nasib dan menjadi wakil kepada mereka. Malangnya mereka ini tidak membela nasib rakyat yang sedang susah dikala Covid dan pelbagai lagi. Rakyat terpaksa menangung dengan kos sara hidup yang tinggi, rakyat sudah tertekan dengan keadaan sekeliling dan ditambah pula dengan pemimpin yang tamak. Sedangkan rakyat telah menolak mereka ini pada pilihan raya umum yang lepas. Tetapi dengan technical mereka ini kembali memerintah dan terus menerus mengkhianti dan menyusahkan rakyat. Rakyat tidak lagi dibela, rakyat tidak lagi diendahkan malah pemimpin kini menyusahkan rakyat pula. Pemimpin sebegini biar ALLAH SWT membalasnya dengan setimpal dengan perbuatan kamu. Kalian mungkin mempunyai wang yang banyak tetapi pasti masalah kamu (Pemimpin) tidak boleh diselesaikan dengan wang. Mungkin masalah rakyat hanya dengan tiada wang.... Irwan F

TENAGA NASIONAL BERHAD MENGAUT KEUNTUNGAN DARIPADA RAKYAT YANG SEDANG SUSAH

 Tenaga Nasional Bhd (TNB) meraih keuntungan bersih RM1.82 bilion bagi separuh pertama tahun ini, lebih tinggi berbanding RM1.41 bilion yang dicatatkan dalam tempoh sama tahun lalu.  Namun TNB akan menggunakan kadar tarif yang baru Ianya dijangka berlaku kenaikan harga. Mengapakah mereka ini tidak merasakan bertanggungjawab dalam keadaan rakyat susah. Sebelum ini saya ada menyatakan supaya TNB mengurangkan keuntungan mereka sedikit demi membantu rakyat. Kali ini rakyat rata sedang dalam keadaan sukar menjalani kehidupan seharian. Kerajaan perlu memikirkan rakyat dahulu, seperti eletrik ini rakyat tiada pilihan bukan ada syarikat lain yang membolehkan rakyat membuat pilihan. Ini adalah keperluan asas janganlan ada menteri mengeluarkan kenyataan bodoh seperti bertukar mengunakan lampu LED dan sebagainya. Ini membebankan rakyat. Bertukar kepada lampu LED tu perlu membeli bukan boleh dapat percuma. Menteri-menteri ini kalau bodoh lebih baik diam. “tak bantu tak mengapa tetapi jamgan pula m