Alhamdullillah akhirnya Hudud dilaksanakan
Assalamualaikum WBT Saya bersama kepimpinan Wira PERKASA Malaysia menyokong penuh dengan perlaksanaan Hukum Hudud di negeri Kelantan. Hukum hudud yang sekian lama menjadi buah mulut masyarakat kini akhirnya akan dilaksanakan di Kelantan selepas pembentangan rang undang-undang syariah awal telah pun diluluskan di sidang dewan Kelantan. Kita sebagai seorang Islam seharusnya kita harus bersedia dalam apa jua perlaksanaan dan tindakan dalam melaksanakan perintah Allah. Tidak perlu lagi kita berdolak dalih dalam perkara wajib yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. Saya ingin mengingatkan bahawa negara ini adalah negara Islam menurut dalam Perlembagaan negara. Perlembagaan Negara ada menyatakan bahawa Agama Islam adalah Persekutuan. Justeru tidak perlu lagi menjadi pertikaian bagi mana-mana pihak tentang perlaksanaan hukum Hudud. Mengapa perlu membuat provokasi dan kempen yang mahu mengalihkan pandangan masyarakat Islam khususnya bagi menolak hukum hudud? Kita umat Islam di Malaysia ini tidak