Posts

Showing posts from November, 2015

Negara bakal dijajah kembali

Apakah negara kita membagun dengan adanya bantuan daripada Negara luar? Tidak ada TPP, negara kita sudah pun diketegerikan antara yang sedang membangun.  Adakah Sejarah akan berulang? Malaysia secara tidak langsung  akan menerima 'US Advisor' setaraf dengan 'British Advisor' atau Residen British pada masa campur tangan Inggeris sehingga Tanah Melayu terjajah secara fisikal. Adakah negara kembali dijajah dengan ode baru? Neo-colonisation atau adakah TPPA sekadar merentasi era globalisasi ? dan akan terhakiskah kedaulatan Raja-raja Melayu dalam suatu masa tertentu ? Semasa ekonomi dunia gawat, negara kita mengambil beberapa tindakan drastik membuat keputusan bijak dengan tidak meminjam pinjaman daripada IMF, tidak memperdagangkan Ringgit.  Dasar pandang ke timur pun mula diperkenalkan ini kerana Jepun sebagai contoh antara negara yang cepat (recovery) apa bila sesuatu berlaku daripada serangan Bom perang dunia ke dua dan pada 2008 Tsnunami. Kita lihat negara ini begitu ce

Nyatakan ketetapan, adakah tindakan diambil sebab 90% adalah dikalangan orang Melayu?

Yb Datuk S Subramaniam, saya minta Kementerian Kesihatan hentikan serbuan di kedai2 vape seluruh Malaysia. nyatakan dahulu pendirian tetap KKM. Jangan berpolitik tentang isu ini. Hari ni haram vape, esok rampas nikotin, seterusnya kenakan cukai dan rampas semua barang2an vapor. Apa semua ni?  Punca pendapatan 90% anak muda Melayu di dalam industri vape. Jangan ganggu. Datuk kena ingat parlimen 140 Segamat MAJORITI orang Melayu. Orang-orang Melayu yang angkat Datuk sehingga menjadi Menteri. Jangan pulak nak berpaling tadah sekarang ni. Kalau nak rampas tolong rampas semua penjualan rokok yang ada nikotin. Rokok lebih jauh lebih merbahaya daripada Vape, Jangan pilih kasih dalam isu ini. Sekian,  Irwah Fahmi Ideris

Haramkan juga peniaga-peniaga kedai rokok, mereka juga menjual nicotine

Kenyataan Wira Perkasa Malaysia 23 Muharam 1437H | 5 November 2015    Wira Perkasa Malaysia hari ini ingin mempersoalkan tentang kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Kesihatan Datuk S. Subramaniam yang ingin membanteras penjualan cecair nikotin tanpa lesen yang digunakan untuk e-rokok. Merujuk kenyataannya melalui portal Malaysiakini, jika didapati tidak mempunyai lesen untuk menjual, pihaknya akan merampas e-rokok yang mengandungi cecair nikotin. Perkara ini sebenarnya telah dibangkitkan oleh Kementerian Kesihatan sejak tahun 2013. Namun hingga kini masih tidak mempunyai ketetapan  dari segi perlaksanaan penguatkuasaan mengikut Akta Racun 1952. Soalnya mengapa sekarang? Setelah beberapa tahun penjualan nikotin didalam e-rokok, baru sekarang mereka mahu mengambil tindakan. Apa sebenarnya yang mereka mahukan? Selepas penjualan e-rokok meningkat dan memberi hasil yang lumayan kepada peniaga barulah mereka mencari pelbagai kaedah untuk membanteras penjualan e-rokok. Penjualan rokok tem