Merdek Yang ke 54...
Sahabat-sahabat sekalian, kemerdekaan negara yang ke 54, adakah begitu bermakna? Ramai anak-anak muda yang tak tahu erti kemerdekaan, disini mana silapnya? Ramai yang tahu Hari Kemerdekaan adalah cuti umum, saya yakin tak ramai yang tak reti menghayati kemerdekaan. Ramai anak-anak muda yang sudah pupus sifat-sifat patriotik yang mana sayangkan Negara, kerana apa? Kerana bukan mereka yang memperjuangkan Kemerdekaan, disini tugas sebagai seorang yang sayangkan Negara perlu tahu nilai-nilai yang ada pada Rukun Negara secara asasnya
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
Disini juga kita lihat betapa ramai anak-anak Muda yang sudah tidak tahu sifat-sifat sebagai seorang Islam, saya yakin semua Agama mengajar kearah kebaikan, tetapi malangnya ramai yang terpesong dari segi Akidah,pemakayan & banyak lagi.
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
Ini juga memperlihatkan sudah ramai yang berani mempertikaikan titah-titah Raja-Raja Melayu, ada yang sudah berani mempersendakan Raja-Raja Melayu, tetapi ini berlaku apabila orang-orang Melayu sendiri mempertikaikan titah-titah Raja-Raja. Ada mereka yang tidak bertanggungjawab sudah mula berani. Ini juga kita kene terapkan semua, pahamkan bahawa Raja-Raja Melayu mempunyai Kuasa Mutlak...
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
Disini juga ramai anak-anak muda tidak memahami Perlembagaan Negara yang menjadi Teras perpaduan selama lebih 50 tahun, ramai juga yang tidak menghormati undang-undang negara. InsyALLAH kita akan menggesa Kerajaan supaya meletakkan pembelajaran Perlembagaan Negara sebagai satu Pelajaran Wajib bagi sekolah-sekolah Kerajaan supaya biar Rakyat paham & mengetahwi apa itu Perlembagaan Negara.
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
Ini juga sifat-sifat yang melambangkan orang-orang Melayu, tetapi malanyan sifat-sifat ini telah pupus terutama pada anak-anak Melayu, kerana apa? Kerana anak-anak Melayu leka dengan Hiburan. Ini juga adalah permainan orang-orang Yahudi melalaikan Orang-orang Islam.
Dahulu kerana Rukun Negara ini dipratikkan ke Sekolah-sekolah tetapi kebelakangan ini sudah diabaikan kerana leka dengan dunia hiburan. Ini sekadar renungan kepada kita semua supaya menjaga nilai-nilai murni yang menjamin keamanan Negara
Kita renung-renungkan dengan sehalus-halusnya kerana kita akan mendapat jawapannya
Sekadar Renungan
Wasalam, Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri & Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Negara yang ke 54...Happy Birthday Malaysia...
Irwan Fahmi Ideris
Comments
Post a Comment