Pusat Hiburan, Kesan Sikap Liberal Khalid Samad


SHAH ALAM: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad adalah salah seorang individu yang harus dipertanggungjawabkan di atas kewujudan sebuah pusat hiburan yang beroperasi secara haram di bandar tersebut selain Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Menurut Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi Ideris, sikap liberal yang ditonjolkan Khalid telah mengundang kepada penularan pelbagai budaya yang tidak sihat di Shah Alam yang diketahui umum majoriti penduduknya beragama Islam.“Pada saya, yang pertama sekali harus bertanggungjawab adalah Menteri Besar. Menteri Besar harus bertanggungjawab. Yang kedua, yang lebih bertanggungjawab adalah Khalid Samad. Dia ini begitu liberal..dia tak kisah.
“Dia bawa bendera PAS yang kononnya satu parti yang memperjuangkan Islam, dalam masa yang sama di Shah Alam, kilang arak dia boleh pergi lawat,” ujar beliau ketika dihubungi Antarapos hari ini.Malah, beliau turut mendakwa Pakatan Rakyat (PR) tidak setanding dengan BN dari segi kredibilitinya untuk mentadbir negeri yang telah terbukti hasilnya.Justeru beliau menyeru pengundi-pengundi di negeri Selangor terutamanya di Shah Alam supaya menolak Khalid pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.
“Pada saya sekarang ini pengundi harus menghukum mereka (Pakatan) ini..mereka ini tak layak digelarkan sebagai pemimpin. Kerajaan BN buat masa ini memimpin negara ini dengan penuh dedikasi dan berpengalaman,” katanya.“Jadi kita desak betul-betul, Khalid Samad harus dipertanggungjawabkan. Saya menyeru kepada pengundi-pengundi di Shah Alam, tumbangkan Khalid Samad..inilah pengkhianat sebenar-benarnya pengkhianat dalam perjuangan orang Islam dan juga Melayu,” tegas beliau.Selain itu, beliau juga akan memastikan agar ahli-ahli Perkasa yang bakal mengundi di Shah Alam pada PRU13 nanti tidak akan mengundi Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor itu.
“Kita (Perkasa) ada ahli di Shah Alam, dan saya akan pastikan ahli-ahli kita tidak akan mengundi calon-calon PAS terutamanya Khalid Samad,” katanya.Sedih dengan perkembangan tersebut, Irwan tidak menolak kemungkinan bahawa ia adalah salah satu cara tersirat PR untuk mengusir komuniti majoriti Melayu keluar daripada Shah Alam selain menyediakan rumah pada harga yang mahal di bandar itu.
“Selama ini, Shah Alam adalah satu kawasan yang aman untuk diduduki..Boleh dikatakan kawasan yang tidak sibuk, ia adalah kawasan yang baik (jadi) mengapa perlu dicemari dengan kelab malam ini.“Jadi inilah mungkin cara mereka (Pakatan) selain daripada menyediakan rumah yang mahal, mungkin ini juga salah satu cara mereka menghalau orang Melayu daripada bumi kita sendiri,” tegasnya.
Kontroversi kewujudan pusat hiburan yang berlokasi di Setia Alam itu bermula apabila Khalid yang pada awalnya menafikan perkara tersebut, namun mengakui tentang kewujudannya.Menurutnya, berdasarkan mesyuarat dengan bahagian perlesenan dan penguatkuasaan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada Khamis, pihaknya mendapati pusat hiburan berkenaan menyalahgunakan lesen bagi tujuan terbabit.Selain itu jelasnya, premis berkenaan turut didapati menjual arak tetapi tidak memohon lesen bagi penjualan minuman keras itu.
Oleh Aidil Syukri Hamzah (Antarapos)

Comments

Popular posts from this blog

Jika tak mampu turunlah dengan cara bermaruah

APAKAH MENTERI DARIPADA DAP INI BODOH ATAU KRANG HAJAR???

Doa Nasiri